Metafizik

Mertua vs Menantu

3:09 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Kisah lawak ibu mertua dengan menantu2....yang bekerja dan berkedudukan dan menantu yang tak bekerja tetap.

😬😬😬😬😬😬😬😬😬
Menantu yang pertama adalah seorng doktor manakala menantu kedua kerja kampung sahaja.
Ibu mertua amat memandang hina pada menantu kedua kerana cuma bersekolah pondok.
Dengan niat yang jahat, ibu mertua mengajak kedua2 menantunya ini ke bandar bersama.
Dalam perjalanan, ibu mertua ternampak angsa mengejar budak dengan bunyi yang cukup kuat. Lalu ibu bertanya kepada menantu pertama...

"Wahai menantu kesayanganku. Kenapa suara angsa begitu kuat?"

Lalu menantu pertama mjawab...

"Mengikut kajian saintis, lehernya panjang, jadi dia boleh simpan banyak udara sebab tu bunyi dia kuat."

Ibu tersenyum gembira dengan kebijaksanaan menantu pertamanya.
Lalu ibu mertua dengan nada kasar bertanya kepada menantu kedua ...

"Apa jawapan kau?"

Menantu kedua itu menjawab ...

"Ini semua kuasa ALLAH."

Ibu mertua terus bkata ...

"Tu sajalah jawapan kau, macam tak sekolah!"

Kemudian sambil menuju keluar kampung ibu mertua ternampak itik berenang. Lalu dengan nada lembut, dia bertanya kepada menantu pertama

"Kenapa itik boleh terapung, nak?"

Menantu yang pertama mnjawab ...

"Mengikut kajian sainstifik, bulu itik dapat mengumpul udara di celah2nya. Sebab tu dia dapat apungkan badannya.

Lalu dia bertanya pula kepada menantu kedua soalan yang sama.

Jawabnya "kuasa ALLAH, mak."

Dengan muka tension ibu mertua terus berkata...

"Menyampah!"

Setelah hampir sampai ke bandar, ibu mertua ternampak seorng lelaki tua sedang menunggu bas sambil memakai kopiah. Apabila dibuka kopiah tu, ternampak kepalanya yang botak tengah.

Lalu ditanya pada menantu yang pertama ..

"Mengapa kepala pakcik tu botak tengah?"

Menantu yang pertama menjawab ...

"Mengikut kajian sainstis, pakcik tu selalu pakai kopiah; jadi kepalanya jarang kena pancaran matahari; sebab itu sel rambut mati.

Ibu mertua terus berkata ..

"Kau dengar tu. Orang yang belajar tinggi; jawapannya semua lengkap. Ko bila ditanya, jawapan ko semuanya kuasa ALLAH. Bodoh!"

Setelah sampai ke bandar dan selesai urusan semua mereka pun pulang ke rumah & makan bersama.
Semasa di meja makan, si ibu menceritakan semua kepada anak2 perempuannya.
dia berkata ...

"Menantu mak yan pertama memang bijak. Yang kedua tak boleh pakai."

Menantu yang kedua terus bersuara ...

"Mak. Semua jawapan menantu pertama mak tadi semua tak betul."

Ibu mertuanya dengan marah berkata ...

"Alah! Depan bini nak tunjuk pandai. Kalau kau pandai, apa jawapannya?"

Lalu menantu kedua itu pun menjawab ...

"Ini semua kuasa ALLAH. Mak dengar apa yang saya nak terangkan ni.

Soalan pertama sebab apa angsa suara kuat pasal leher panjangkan?

Cuba mak dengar suara katak selepas hujan; sekampung dengar. Sedangkan katak tu langsung tiada leher.

Kedua itik bulu banyak; sebab tu boleh terapung kat air. Itu jawapan menantu kesayangan mak kan?

Abis tu, feri kat laut tak bulu pon kenapa boleh terapung?

Yang ketiga. Rambut pakcik tadi tak tumbuh sebab selalu pakai kopiah; jadi kepala tak kena pancaran matahari; sebab tu sel matikan?

Abis mak hari2 pakai spenda, siap pakai kain lagi kat luar. Kenapa bulu tumbuh jugak?

Ibu mertua terus menundukkan muka dan terdiam.

Menantu keduanya berkata ...

"Ini semua kuasa ALLAH. DIA Maha Segalanya. Kita ni tak bijak mana pun. Jadi, jangan riak sangat & suka menghina orang lain."

Terus si ibu mertua menangis dan meminta maaf pada menantu keduanya itu...

MORAL:
Ilmu dunia belum tentu menjamin kita selamat di dunia, tetapi ilmu agama dapat membantu kita selamat di dunia dan akhirat.

Cermin peribadi, ilmu itu luas jangan terkongkong pada satu idea...Ikut pada tempat

Allah lebih berkuasa.
😊😊😊😊..
Senyum itu simple...
Tapi belum tentu ramai yang boleh melakukannya dengan penuh keikhlasan....

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.. 😭

0 comments: