Metafizik
Ilmu Yakin dari rukun solat
Bismillah...
Assaamuaalaikum dan Selamat Pagi Wahai Jiwa Jiwa Yang Tenang semua..
Apa khabar hari ini, sihat semua ka..??
Hari ini sifu nak sambung lagi sharing tentang Ilmu Basic dalam Kehidupan supaya lebih faham, boleh boleh..Pagi ini sifu nak kupas Kandungan Tersirat dari Surah Al-Alaq. Ramai nak tahu ka..??
Kenapa sifu terpanggil nak kupas BAB BASIC ILMU ini, kita meroket pergi mencari ILMU DUNIA tapi terlepas pandang ilmu basic kehidupan ini seperti ILMU 3 RUAS, IQRA dan sebagainya sedangkan ini adalah ilmu fardu kifayah..sebab itu bila kita didedahkan dengan ilmu-ilmu sebegini, ramai memandang jelik..sebab dah meroket meninggi perginya, bila tengok yang bawah-bawah ini terasalah gayatnya...
Semua ok ka dengan SOP Buku 555, ada ragu ragu bab sedekah lagi ka?
Nak sedekah hujung jari jer, online jer mana mana pembangunan Tahfiz dan sebagainya, cuma bila mai nak bersedekah itu masih ada hitung-hitung dan berkira-kira esok nak makan apa nak tunggu cukup bulan tu, maka macam-macam akan ada halangan dalam tindakan kita..YAKIN..sifu dah kupas panjang lebar tentang ilmu YAKIN..
Kalam Allah always hadir tiba tepat pada masanya, Surah 8 ayat 29 menyokong dan janji Allah tentang YAKIN.
Yang membuatkan susah nak memupuk YAKIN tu sebab kita tak faham dan ada BIG WHY, nak memupuk YAKIN itulah sebab wujudnya BUKU 555 itu. YAKIN ini bukannya boleh diwarisi dan dipelajari, satu-satunya cara untuk memupuk YAKIN DALAM DIRI itu adalah dengan melakukan riadah dan amalan rohani seperti SOP dalam BUKU 555 seperti antaranya bangun 1/3 malam, dhuha dan sebagainya itu. Dengan izinNya, Allah sendiri akan titipkan YAKIN ke dalam hati kita. Bangunkan sunnah-sunnah Nabi dalam diri dan tegakkan agama dalam diri.
YAKIN ini IMAN..IMAN ini PERCAYA..dan RUKUN IMAN yang 1st adalah PERCAYA KEPADA ALLAH di sebalik sesuatu walau dalam apa jua keadaan sekalipun..kalau ini kita goyang, kita ini nak dikatakan apa, hidup beragama atau tak..?? RUKUN ISLAM itu SYARIAT. (Di saksikan dengan Mata Kepala Zahir), manakala RUKUN IMAN itu HAKIKAT (Di saksikan dengan Mata Hati/Batin)
Baik, Rukun Solat yang PERTAMA apa??
Sifu nak bab nak TEGAK YAKIN dalam diri ini, sebab tidak ditegahkan itulah yang hadir gundah gulana di jiwa dan berbolak balik di hati hingga gagal nak follow SOP.
....Berdiri tegak/betul...
Benar itu, Rukun Solat Pertama itu adalah BERDIRI TEGAK.
Baik, soalan sifu seterusnya APA YANG NAK DITEGAKKAN..??
Sifu nak share supaya lebih ada Jiwa untuk proceed dengan SOP BUKU 555 itu..
Sebab itu RAHSIA DI SEBALIK BUKU 555, ada dalam Surah 5 ayat 555 yang ada mesej di situ
"DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT"...Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan, andai kita DIRIKAN SOLAT - itu baru selesai urusan hubungan kita dengan Tuhan, maksudnya selesai Habluminallah.
Bila bab TUNAIKAN ZAKAT itu kita goyang dan tidak buat, itulah sebab urusan Habluminannas kita tidak selesai. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Allah alirkan rezeki kepada kita untuk kita TADBIR DAN URUS sebaik mungkin untuk memakmurkan insan. Itu antara tugas kita sebagai khalifah. Bukan nak KUASAI hingga jadi KEMUT DAN BERKIRA-KIRA...Bila kita ada niat untuk MENGUASAI, maka kita sudah mencabar HUKUM TUHAN.
Sebab kita tak buat yang TUNAIKAN zakat itulah yang menyebabkan Allah tak gerakkan orang datang berbisness dengan kita, tidak dipermudahkan segala urusan dan sebagainya.
"DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT", kenapa diulang sebanyak 28x dalam Al quran.??
Apa itu 2 apa itu 8..??
Kenapa di sebut DIRIKAN dan bukannya TUNAIKAN..?? Cer jawab
Dr Asri Ishak :
Terima kasih sifu… Maaf teman baca celup2 tapi terasa gatal nak boh nasi tambah sket… 😅😅😅
Macam yang sifu kata, Allah SWT menciptakan sesuatu tuh bukan saja2... Dalam Al Quran Allah SWT merakamkan kata2 mereka yang sentiasa memikir tentang ciptaan-Nya dengan lafaz lebih kurang "Wahai Tuhan kami tidaklah Engkau jadikan semua ni dengan sia2, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami daripada azab api neraka."
Mengapa tiap ciptaan Allah SWT ada kadar & angka2 ni…? Pertama, kita belajar salah satu daripada sifat 20 iaitu mukhalafatuhu lilhawadith & dalam surah Al Ikhlas pun Allah SWT berfirman "walam yakun lahu kufuwan ahad"… Allah SWT tuh sifatnya tunggal yang tak berbilang. berbeza sama sekali dengan tiap makhluk ciptaan-Nya yang dijadikan dengan sifat ada angka, boleh dikira & ada hasil kira…
Kedua, Allah SWT yang Maha Tunggal lagi Maha Meliputi berbeza dengan setiap daripada kita ynag ada kadar, bleh dihitung & diliputi... dengan kata lain kalau boleh dikira tu maksudnya ada had menunjukkan betapa azimnya Allah SWT & betapa lemahnya kita sebagai makhluk-Nya…
Dalam sebuah hadith qudsi Allah SWT berfirman lebih kurang maksudnya "Aku yakni Allah adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin untuk dikenal, maka Aku ciptakan makhluk, hingga melalui-Ku mereka mengenal akan Aku…"
So, siapa yang kenal akan dirinya maka kenal ia akan Tuhannya…
Teman ingat pesan sifu, sudah2lah bergantung kepada yang mati kita bergantung sepenuhnya kepada Yang Maha Hidup…
Wallahualam…
Nasi Tambah yang penuh RASA. Benar itu..syukur alhamdulillah Terima Kasih Dr Asri.
MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU
(Barangsiapa Yang Mengenal Dirinya, akan Mengenal Allah Akan Dia)
MAN ARAFA = ADAM
NAFSAHU = ROH/JIWA/NAFSU
FAQAD ARAFA = ALLAH ITU
RABBAHU = ESA
Seperti Firman Allah dalam al Quran dalam Surah 33 ayat 72:-
"Sesunggunya Kami Telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan pada ketika itu manusia dengan segala persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan."
Berdasarkan ayat inilah sifu selalu ulang di tribe ini, BARANGAPA LAGI YANG KITA MAHU CARI, SEGALA-GALANYA ALLAH SUDAH SEDIAKAN BEKAL UNTUK KITA DI DUNIA INI. HANYA KEBODOHAN, KEEGOOAN, KESOMBONGAN DAN KEJAHILAN KITA SAHAJA YANG MEMBUATKAN HIDUP KITA TIDAK KETAHUAN.
Oleh kerana Amanah atau Rahsia Allah telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk tunaikan janjinya. Amanah itu sudah tertulis di tapak tangan kanan 18 Asmaul Husna + tangan kiri 81 Asmaul Husna = 99 Asmaul Husna ini kena dijalin hubungan yang 1 utk disempurnakan. NAFI 99 itu Kita Punya, ISBAT HANYA 1 iaitu Allah punya.
Dengan erti kata lain, tugas manusia adalah menjaga dan menjalin hubungannya dengan Tuan Empunya Rahsia setiap saat dan ketika.
DIRIKAN SOLAT...itulah seumpama kita nak dirikan sebuah rumah. Yang perlu ada tiang-tiang dan asas yang kukuh. Mana mungkin rumah berdiri kukuh, tegap dengan tiang yang dimakan anai-anai dan asas simen yang tidak kukuh. Apa yang tersirat yang Allah nak sampaikan di sebalik DIRIKAN SOLAT itu adalah, di sebalik SOLAT itu didirikan dengan 13 Rukun Solat yang perlu kita hadam, ASAS SIMENNYA adalah TAUHID yang kita kena pasak kukuh dalam diri. Tanpa ASAS TAUHID sebab itu kita tidak ada YAKIN, TAK BOLEH NAK BERIMAN DENGAN ALLAH. SOP ini perlu kita faham, kaji supaya perjalanan hidup kita berjalan lancar .
SOP kehidupan dunia sudah Allah sediakan di sini, tapi andai kita tidak faham maka sepertimana niat itu "SAHAJA-SAHAJA", sekadar penat dan lelah sahaja. Silibus matematik dari Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke universiti dan kolej kita boleh terima transisi perubahannya. kenapa tentang ilmu fardu kifayah ini kita tidak MENCARI JAWAPAN DAN TERIMA PERUBAHANnya. Allah cipta sesuatu itu bukan sahaja-sahaja, melainkan tiada lain tidak bukan untuk nyatakan DIA, KATAKANLAH ALLAH ITU ESA. Kalau kita faham ini maka YAKIN kita WAJIB ada TEGAK, KEJAP, PASAK kukuh dalam diri.
Andai ini kita cuba menolaknya, maka kita tergolong di kalangan orang orang yang CELAKA dalam solat sepertimana firman Allah dalam Al quran iaitu Surah Al-Mauu'uun Ayat 4 & 5 yang berbunyi :
"Celakalah Mereka Orang Yang Lalai dalam Solat".
Ayat ini Allah memberi satu ancaman kepada hambaNya iaitu celakalah orang-orang yang mengerjakan solat dengan tubuh dan lidahnya tapi tidak sampai ke hatinya. Lalai di sini dimaksudkan tidak faham apa yang diperlakukannya, tidak faham apa yang diucap di lidah dan dikerjakan oleh sendi anggotanya. Ia rukuk dan sujud dalam keadaan tidak faham dalam erti kata lain tak faham apa yang Allah nak sampaikan di sebalik 13 rukun solat itu. Semua itu adalah hanya gerak tunduk bangun dan hafalan kosong semata mata yang tidak mempengaruhi apa apa, tidak ubah seperti robot.
TUNAIKAN SOLAT itulah seperti gerakan tunduk bangun itu sahaja..
Jadi, selama ini kita DIRIKAN SOLAT atau HANYA TUNAIKAN SOLAT..?? Cer jawab...
Sifu kupas di sini adalah RUKUN SOLAT YANG PERTAMA ADALAH BERDIRI TEGAK.
YANG NAK DITEGAKKAN DI SINI ADALAH AGAMA DALAM DIRI.
BILA AGAMA TIDAK DITEGAKKAN DALAM DIRI ITU SEBAB GOYAH DAN GUNDAH GULANA
Baik, apakah SYARAT HIDUP BERAGAMA..??
SYARAT HIDUP BERAGAMA terletak pada 2 KALIMAH SYAHADAH..
Bagaimanakah MAKSUDNYA 2 KALIMAH SYAHADAH itu..??
Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Dalam 2 kalimah Syahadah itu ada terkandungnya 2 kalimah iaitu
KALIMAH TAUHID - Aku Bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah
KALIMAH RASUL - Dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah.
Baik, hari ini kita kupas bab KALIMAH TAUHID dulu iaitu AKU BERSAKSI TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
Sifu nak tanya, kita pernah jumpa Allah ka..??
Jumpa kat mana macam mana..??
Jumpa dalam solat yang khusyuk. Tapi jika tak khusyuk..?
Formula Khusyuk :
Khusyuk — Ingat--- Kenal--- Belajar — Bodoh Sombong
Mana mungkin datang khusyuk kalau tak Ingat, mana mungkin datang ingat kalau tak kenal, mana mungkin kenal kalau tak belajar, takkan dapat belajar kalau kita bodoh sombong.
Jadi kita duk di bahagian mana?
Baiklah, selagi kita tak kenal, maka tak ingatlah kita.
Bila tak ingat jauh lagilah nak datang khusyuknya.
Sepertimana kita kenal wajah isteri dan suami kita sayang sebagai contoh, maka kita akan ingat walau di mana jua kita berada, walau tak berada di hadapan mata.
Andai masih ada AKU dalam diri, maka selagi itulah tidak Ingat akan Allah.
Baik, kita balik kepada KALIMAH TAUHID tadi - AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
Kita semua pasti tidak pernah melihat ALLAH
Bila kita tidak pernah MELIHAT ALLAH DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI, mana mungkin kita boleh bersaksi.
Saksi di sini adalah melihat dengan mata kepala sendiri..
Yang dikatakan SAKSI dalam Kalimah tauhid ini adalah SAKSI BUKAN DENGAN MATA ZAHIR
TAPI SAKSI DENGAN MATA HATI, SAKSI DENGAN AINUL YAKIN
YAKIN BAHAWA KEBERADAAN ALLAH DI SEBALIK SESUATU, DI SEBALIK SETIAP APA YANG BERLAKU, DI SEBALIK APA JUA KEADAAN SEKALIPUN SAMA ADA SUKA, DUKA, PAHIT, MANIS, PUJI DAN HINA, KAYA MAHUPUN FAKIR.
DI SITULAH AKAN HADIR YAKIN.
BILA KITA TAK MAMPU BERSAKSIKAN DENGAN MATA HATI.
BILA KITA TAK MAMPU YAKIN KEBERADAAN ALLAH DI ATAS SEGALA SESUATU.
BILA KITA TIDAK YAKIN DAN PERCAYA KEPADA ALLAH.
BILA KITA TIDAK PERCAYA KEPADA ALLAH MAHA BESAR, MAHA MEMBERI REZEKI, MAHA MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH DAN MAHA SEGALA-GALANYA.
MAKA CACAT DAN TERBATALLAH KALIMAH SYAHADAH KITA ITU, TIDAK AKAN SEMPURNA
BILA TERBATALNYA KALIMAH SYAHADAH, MAKA KITA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI BELUM LAGI BERAGAMA PADA HAKIKATNYA.
YANG ALLAH TILIK ITU BUKAN PADA PAKAIAN TAPI PADA HATI.
Faham Faham...
Jadi, masih ada keraguan lagi kah tentang YAKIN ini...ini baru sifu 1 daripada 13 rukun Solat, dan dalam 1/2 dari 1 rukun itu sendiri.
Kalau kita nak BERSEDEKAH itu masih ada TIDAK YAKIN TENTANG REZEKI tentang macam mana aku nak SURVIVE DAN HIDUP SEHINGGA HUJUNG BULAN. Sedangkan Baginda Rasulullah SAW berkata kepada para sahabat BELI KESULITAN HIDUPMU DENGAN SEDEKAH, PANCING REZEKI DENGAN SEDEKAH..
Kenapa kita masih ada gusar di hati dan gundah gulana..?? Ingat dan pegang kukuh, bila kita tidak ada YAKIN, apa kan jadi dengan KALIMAH SYAHADAH KITA..?? BATAL atau TIDAK..?? bila kita pasakkan dalam diri kukuh, kejap, tidak bergoncang, isu YAKIN ini tidak sepatutnya wujud lagi dalam hidup kita lagi sebenarnya.
Bila kita YAKIN, ini janji Allah
Allah SWT berfirman:
وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ؕ وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ؕ اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖ ؕ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (QS. At-Talaq, 65 : 3)
Semoga bermanfaat untuk semua, sekian terima kasih.
0 comments:
Post a Comment