Metafizik
Ilmu Terapi sedekah & Ilmu Yakin
ILMU TERAPI SEDEKAH & ILMU YAKIN
Bismillah...
Sahaja Aku Berkongsi Ilmu Kerana Allah Taala
Dalam pengajian ilmu tasawwuf, makam YAKIN ini adalah makam tertinggi, makam terendah adalah TAUBAT.
YAKIN itu mana boleh dibuat-buat kerana YAKIN ini adalah merupakan anugerah dari Allah SWT. Mintalah pada Allah di waktu sujud terakhir Tahajjud itu semoga Allah kurniakan Hati yang YAKIN kepada Allah SWT. Hati yang senantiasa melihat akhirat.
Pada suatu hari, baginda Rasulullah SAW berjalan bersama sahabat maka bertemu dengan bangkai kambing.
Kemudian Rasulullah bertanya kepada para sahabat, apakah itu..??
Para sahabat berkata,"Itu adalah bangkai kambing Ya Rasulullah.
Rasulullah SAW bertanya lagi,"Adakah kamu mahu makan bangkai kambing..??"
Para sahabat berkata,"Tidak mahu Ya Rasulullah, saya masih sihat."
Rasullah SAW berkata lagu,"Tahukah kamu bahawa dunia itu lebih hina daripada bangkai kambing itu..??
Kalau kita nak menggunakan logik akal, mana mungkin wang yang banyak, pajero sport lebih hina daripada bangkai kambing. Persoalan di sini adalah yang tak sampai ilmunya adalah kita atau Rasulullah SAW yang belum sampai kepada ILMU YAKIN..??
Yang membuatkan kita ini hidup tak ketahuan zaman sekarang adalah dunia sebenarnya. Ingin dipuji orang, dihina sikit sakit hati kita. Ini berlaku kerana perangai kita ingin dimuliakan orang, ingin dipuji orang.
Sejujurnya Roh kita ini sebenarnya memberontak, Roh atau Jiwa kita ni sebenarnya hanya ingin KEMBALI KEPADA TUAN PEMILIKNYA.
Rasulullah SAW selalu berkata,
"Demi Allah seandainya dunia itu masih lebih baik daripada satu sayap nyamuk, sungguh Allah tidak akan memberikan air minuman kepada orang yang kafir kepada Allah".
Kalau kita ini ditakdirkan kaya, lari ke mana pun dikejar oleh kekayaan itu. Tapi kalau ditakdirkan cukup, maksudnya Allah mentakdirkan dalam urusan rezeki dan kehidupan manusia itu dua iaitu :-
1. Lebih dari cukup
2. Cukup
Tidak ada takdir miskin. Kalau ada pun itu pilihan sendiri mengikut hawa nafsu.
Macam mana nak datangkan ILMU YAKIN..??
YAKIN ini bukannya dipelajari, satu-satunya cara untuk menghadirkan YAKIN itu adalah dengan melakukan riadah-riadah atau amalan rohani seperti bangun 1/3 malam, sunat qabliyah dan baadiyah dihidupkan dan seperti SOP yang disediakan dalam BUKU 555. Nanti Allah sendiri akan titipkan YAKIN ke dalam hati kita. Sunnah-sunnah Nabi dihidupkan dan sebagainya.
TAUHID & AMAL SOLEH ibarat TANAH DENGAN POHON. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan pohon-pohonnya seperti melakukan amal soleh, tapi kita lupa pada tanahnya. Pohon yang bagus ditanam pada tanah yang subur, akan tumbuh baik. Iaitu TAUHID kita pada Allah, RASA kebergantungan secara total kepada Allah, tujuannya utama adalah akhirat.
Pohon yang bagus ketika diterpa oleh angin kerna ditanam di atas pasir, akarnya tidak kuat maka akan tumbang juga. Kalau TAUHID dia ditegakkan dalam diri, tak perlu bergantung pada makhluk terus direct mengadu pada Allah, "Ya Allah, Engkau Maha Melihat, Engkau Tahu apa yang Aku alami, aku yakin engkau Maha Menyaksikan Ya Allah." Maka Allah akan beri ketenangan.
Bagaimana kita melihat musibah..??
Bagaimana kita melihat kemiskinan..??
Bagaimana kita melihat kekurangan..???
Semuanya bergantung kepada TAUHID kita kepada Allah.
Surah Al Hadid ayat 20,
"Ketahuilah olehmu sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan senda gurau sahaja".
0 comments:
Post a Comment