Metafizik
Soalan:
Faham faham
Faedah kebaikan kembali kepada diri sendiri
Soalan:
Biasa kalau bangun Qiamullail pukul 3pagi, tido balik tak? Atau terus jaga sampai subuh?..
Saya selalu Qiamullail pukul 5-5.30 pagi..
Jawapan :
Seeloknya sambung teruslah sampai ke Subuh, penuhkan malam dengan Tahajjud 12 rakaat, Witir 3 rakaat, istighfar dan amalkan bacaan ayat 1000 dinar hingga azan subuh..
Allah SWT berfirman:
اِنْ اَحْسَنْتُمْ اَحْسَنْتُمْ لِاَنْفُسِكُمْ ۙ وَاِنْ اَسَأْتُمْ فَلَهَا ؕ فَاِذَا جَآءَ وَعْدُ الْاٰخِرَةِ لِيَسُـوْۤءا وُجُوْهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوْهُ اَوَّلَ مَرَّةٍ وَّلِيُتَبِّرُوْا مَا عَلَوْا تَتْبِيْرًا
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya." (QS. Al-Isra': Ayat 7)
Apa yang difaham dari Surah 17 ayat 7 itu?
Ini kisah Yahudi Zionis kan sifu?
Benar itu yang TERSURAT, yang TERSIRAT lain Allah nak sampaikan itu. Yahudi Zionis mengkaji kitab Al quran dan kitab kitab sufi. Cerdik-cerdik depa ada bodohnya juga depa, bila depa menjumpai statement BARANGSIAPA BERJAYA MENAWAN BAITULMUQADDIS IA BAKAL MENAWAN DUNIA..itu yang depa duk gali berkurun lamanya tak sudah, depa ingat ada King Solomom Mines bawah Baitulmuqaddis itu.
Sebenarnya yang dikatakan dengan BAITULMUQADDIS ITU TANAH AKAL...SIAPA YANG BERJAYA MENAWAN BAITULMUQADDIS, BERMAKSUD SIAPA YANG BERJAYA MENGGUNAKAN PEMIKIRAN (QALBU) UNTUK MENGAWAL AKAL (MINDA), MAKA DI SITU ADA KETENANGAN BILA MEMANDANG SEMUA ALLAH..BILA TENANG MAKA KALAU DIHADAP SEMUA ITU ALLAH, SELESAIKAN SEGALA MASALAH ITU..ITU YANG DIKATAKAN BERJAYA MENAWAN DUNIA.
Surah 17 ayat 7 itu, kita ambil ibrah yang tersirat begini :
Bila kita nak berbuat baik, dapatlah manfaat kebaikan itu.
Bila kita berbuat jahat, maka kesannya akan berbalik kepada kita jua.
Bila kita mula nak berhijrah ke arah yang lebih baik, kena kuat dan bersedialah kerana terpaksa bertarung dengan makhluk 3 beradik yang sifu share sebelum ini dalam diri, peperangan sebenar di dalam diri bukannya di luar, yang lebih awal mendiami di situ.
Faham faham
0 comments:
Post a Comment