Metafizik
Di kala usia semakin senja
🌅🌇🌄 DI KALA USIA SEMAKIN SENJA...
Apabila umur meningkat tua, dengan sendirinya kita semakin bijak berkira-kira, tanpa disedari kita menerima hakikat mahal atau murahnya sesutu barangan itu...matlamat akhirnya adalah sama...
Dengan memakai jam tangan RM30,000 atau jam tangan RM300 - - kedua-duanya menunjukkan masa yang sama.
Sama ada kita memiliki dompet atau beg tangan berharaga RM30,000 atau RM300 - jumlah wang di dalam adalah sama.
Sama ada kita makan di gerai kaki lima atau di restoren mewah, kenyangnya tetap sama.
Sama ada rumah kita berukuran 300 kaki persegi atau 3,000 kaki persegi...Kesepiannya adalah sama.
Anda secara tidak langsung sedar bahawa kebahagiaan batin itu bukan hadir dari nilai kebendaan.
Oleh itu imbaulah kenangan lalu...di suatu masa dulu anda mempunyai sanak-saudara, rakan dan taulan, sahabat handai dsbnya...pernah sama-sama berjenaka, bergurau-senda, gelak ketawa...ulangilah saat-saat indah itu...hubungi mereka...lepak semula dengan mereka bualkan apa saja...ceritakan apa saja...tentang utara-selatan-timur-barat atau langit dan bumi...percayalah Itulah hakikat kebahagiaan yang sebenar!!!
6 FAKTA YANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN:
1. Jangan didik anak-anak anda untuk menjadi kaya. Didiklah mereka untuk menjadi gembira. Kelak apabila mereka dewasa mereka tahu menilai perbezaan antara kekayaan zahir Dan batin.
2: Antara perkataan terbaik: "Makanlah makanan anda sebagai ubat supaya anda tidak perlu makan ubat-ubatan sebagai makanan..."
3: Orang yang menyayangi anda tidak akan meninggalkan anda walaupun terdapat 100 sebab untuk melupakan anda, dengan hanya satu sebab dia tetap akan bersama.
4: Terdapat perbezaan yang ketara antara seorang manusia dan menjadi manusia. Tidak ramai yang benar-benar memahaminya.
5. Anda disayangi ketika anda dilahirkan. Anda akan disayangi apabila anda tiada. Di antaranya anda perlu menguruskan kehidupan sendiri!
6: Jika mahu berjalan laju, berjalah sendirian sebaliknya jika mahu jalan jauh, jalanlah bersama-sama!
7 DOKTOR TERBAIK DI DUNIA:
1. Cahaya matahari
2. Rehat
3. Latihan
4. Diet
5. Keyakinan diri
6. Kawan
7. Muzik
Kekalkanlah segalanya itu dalam apa jua keadaan dan dalam semua peringkat kehidupan demi kesejahteraan hidup.
Anda pasti akan mengakui 'nilai kebendaan bukan ukuran kebahagian dan kegembiraan'.
Semakin lanjut usia kita, semakin usang dan semakin jauhlah apa yang kita ada dari sisi kita dan yang menanti hanyalah saat berhentinya detik jantung kita...
🌠🎆🎇
0 comments:
Post a Comment