Bilik Ilmu Tribe #769SAFT
Beza antara niat, doa, harapan, mustajab, waktu damai permintaan dan zon permintaan
Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul.
Hidup ini adalah gelombang dari hatinya kemudian ke akal seterusnya tindakan anggota tubuh badannya. Tiada daya Upaya melainkan dengan Izin Allah Taala.
Niat adalah kata yang terlintas bermula di hati. Bila sebut "Sahaja aku" automatik ianya datang dari hati. Minda tidak terkait walaupun satu marhum maksudnya. Dalam kebaikan ibadah semuanya bermula dengan niat.
Doa adalah "niat+permintaan". Ianya datang zahir tuan badan. Masalah dalam dunia tidak akan sama atas diri masing-masing. Ada orang nak kaya, ada nak ilmu, ada nak anak pinak, ada nak pangkat dan harta, dan permintaan sebaiknya adalah semua amalan dan ilmu betul ke jalan Rasulullah saw, husnul khatimah dan syurga firdaus walaupun tengok diri tidak layak. Inilah dipanggil rahmat kasih sayang.
Harapan adalah semua kerja atau perilaku saat ini semoga diberi berkat dan berjaya di depan hari. Di sini perlu ilmu dan teknikal yang banyak. Yang berjaya siang malam dan hujung minggu penuh dengan kelas ilmu. Tengok muka depan cermin kita di level mana? Jangan ikut wayang fb tukang komen mereka tu kaki kondem walaupun tidak belajar. Kita yang berusaha atas jalan takdir Allah Taala.
Mustajab adalah zon saat/detik/alamiah/gelombang/syncronised yang tepat pada tarikh, waktu, hari, quad3, pencahayaan, gema, hijriah, gerakan bulan bintang yang ada lantunan reset alam. Inilah yang menjadi khilaf kepada semua ulama dulu sampai sekarang. Maka, semua penilaian ini perlukan kesungguhan istiqamah mudahan kita menjumpai waktu mustajab sekali seumur hidup. Ini kerana gema (sains muzik) seluruh alam sedang berzikir dan doa termasuk pokok, ikan, bukit, air ombak, haiwan, bintang dan semuanya dipanggil tune berbeza Hz. Gelombang Hz bernombor sebagai pusat. Jika manusia tidak berzikir malulah pada alam.
Waktu damai permintaan adalah gelombang. Yang ini ramai tidak dibahaskan sebab ramai ramai tak nak belajar. Jika belajar akan dikatakan sesat dan sebagainya. Secara sains diperlukan untuk menjadi zon theta, gama, alpha, zion, hening. Bahasa mudah, lintasan sejuk hening dalam hati yang tidak boleh dirungkaikan. Contohnya, anda berdoa tiba-tiba menangis sehabisnya. Inilah dipanggil reset diri yang sangat baik.
Zon permintaan adalah Mustajab+Niat+Doa+Harapan+Waktu Permintaan. Di sini ilmu metafizik fundamental Islam + teknikal + accuracy + gelombang + coding diperlukan. Belajar betul-betul supaya kita tawaduk.
Memahami diri sendiri dan kenal Allah Taala maka kita menyayangi semuanya. Mudah-mudahan semua ilmu dan amal kita betul ikut Rasulullah saw. Mohon istiqhfar sebab sepanjang hidup kita cara solat dan amal kita belum tentu sebetulnya ikut cara nabi.
Bab lain pastikan ikut Tauhid yang betul dan waras dalam mengkaji sunnah.
Hakikatnya begitulah hendaknya asas kepada proses pendidikan yang Allah sudah patternkan sejak azali dalam Al quran. Usah dilanggar KPI dan SOP ini, kerana andai kita BERANI nak ubahnya, kita dikira sudah mencabar hukum Tuhan sebenarnya. Orang nak terima atau tak kaedah sharing ilmu kita, usah kita ambil kisah. Kita ambil kisah apa kehendak Tuhan ke atas diri kita soal sampaikan ilmu mahupun menerima ilmu. Kalau semua berada di jalan yang lurus, ihdinasiratulmustaqim, takderlah dibuatnya pilihan syurga atau neraka kan..
Untuk peringatan diri sendiri juga yang mudah lupa dan manfaat bersama. Dan ini jugalah Asas kepada ILMU 3 RUAS yang pernah sifu share sebelum ini.
Sekian, terima kasih.
Sebarang Pertanyaan bolehlah kemukakan persoalan di T.me/Tribe_769SAFT
0 comments:
Post a Comment