Bilik Ilmu Tribe #769SAFT

Allah menciptakan segala sesuatu menurut ukuran

6:41 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


ALLAH SWT MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU MENURUT UKURAN

Seluruh apa yang ada di langit dan di bumi ini adalah ciptaan Allah SWT. Dia adalah pencipta seluruh alam semesta. Allah SWT menciptakan sesuatu itu bukan sahaja sahaja, Dia menciptakan sesuatu itu menurut ukurannya dan tentu sahaja mengandungi pelbagai hikmah yang besar. Merujuk kepada dalil dalam Al quran SWT berfirman seperti disenaraikan dibawah, perkataan kadar atau ukuran itu sendiri pada asasnya telah merujuk kepada angka, kiraan & hasil kiraan..

Ini bermakna setiap sesuatu yang Allah SWT jadikan ada angkanya, ada kiraanya & ada hasil kiraannya yang menjadi dalil asas kepada metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al quran.

Merujuk kepada Hadith Nabi SAW, di situ pun ada dinyatakan tentang kadar atau ukuran yang boleh dijadikan dalil asas kepada ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al quran juga.

"Demi Dzat dan Jiwaku berada di tanganNya, surah Al Ikhlas itu senilai sepertiga Al-Quran".
(HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612)

Dalam Al-quran, ada 3 hujah pokok:-
1. HUKUM, seperti ayat perintah, larangan, halal, haram dan sebagainya

2. JANJI DAN ANCAMAN, seperti ayat ayat yang mengupas tentang syurga, neraka, balasan termasuk kisah orang soleh dan kebahagiaan yang mereka dapatkan dan kisah orang jahat, berikut seksaan yang akan mereka dapatkan.

3. BERITA TENTANG ALLAH, iaitu semua penjelasan mengenai nama dan sifat sifat Allah.

Oleh kerana Surah Al-Ikhlas itu sendiri membahas permasalahan Tauhid, bercerita tentang siapakah Allah Taala, maka kandungan surah ini merangkumi sepertiga bahagian dari Al quran.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."
(QS. Al-Qamar: Ayat 49)

"Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya."
(QS. Al-Hijr 15:19)

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(QS. Al-Mu'minun: Ayat 18)

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata."
(QS. Asy-Syura: Ayat 27)

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."
(QS. Al-Furqan: Ayat 2)

Jadi setiap segala sesuatu itu sudah diciptakan dan dirancang oleh Allah SWT dengan ukuran yang begitu rapinya. Malahan air yang turun dari langit sudah ada ukuran yang telah ditetapkan oleh Allah. Begitu juga dengan rezeki semua makhluk Allah SWT pun telah ditetapkannya.

Mari kita sama sama merenungi dan mensyukuri semua yang Allah cipta, agar keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya semakin bertambah.

Semoga bermanfaat untuk semua.

0 comments: