Metafizik

3 hari - 2 nafas - 2 pilihan - 2 tempat

12:47 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah*
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah*
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah*
*Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu*

*Imam Ibn Qayyim*
*Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari...*

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

*HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :*

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

*HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN:*

1. Hidup dalam keredhaan Allah.
2. Hidup dalam kemurkaan Allah.

*HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:*

1. Kekal didalam Neraka.
2. Kekal didalam Syurga.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Sentiasa dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Aamiin...

0 comments: