Metafizik

Visi, Misi dan Objektif Tribe #769SAFT

5:47 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah..
Assalamualaikum dan selamat petang semua dan selamat datang juga untuk ahli keluarga baru tribe #769SAFT. 

Sifu minta tunjuk dari kalian semua di sini sebenarnya, yang BERTANYA ITU PUN DIA, YANG MENJAWAB PUN DIA. Dengan izinNya kita semua kat sini dapat manfaat ilmunya.

Jangan panggil sifu guru lagikan ustaz, kita semua sama jer, asal dari BONGKAH PASIR yang MATI, tiada daya tiada kuasa melainkan tanpa izin dan kehendakNya. Cuma sifu amat faham bab ini DALAM CERITA KITA ADA CERITA ORANG LAIN, DAN DALAM CERITA ORANG LAIN ADA CERITA KITA.

Terlebih dahulu, terutamanya yang baru sertai tribe ini, sifu ucapkan selamat datang dan berlapang dada kita di sini ya. Ilmu Allah ini rantingnya banyak, semuanya tiada cacat dan celanya. Asalkan berpaut pada dahan yang SATU, In Sya Allah akan mendapat berkat dan barokah Allah. Sifu ini tidak ada apa di sini, hanya sarung bernyawa sahaja yang berkongsi secebis ilmu atas pengalaman perjalanan RASA, dengan izinNya.

VISI TRIBE #769SAFT
MEMBENTUK SEBUAH JIWA YANG TENANG

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan berdiri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredhai Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA) lagi sentiasa mengetahui (Al baqarah : ayat 115)

MISI
Membina keperibadian modal insan ke arah membentuk SEBUAH AHLAK YANG TERPUJI

OBJEKTIF TRIBE #769SAFT ini :
a)  Mewujudkan suasana "BERMOTIVASI” dengan menterjemahkan personaliti yang terpuji dengan menjadikan "ALLAH SWT SEBAGAI SUMBER INSPIRASI” melalui MODEL PEMBANGUNAN POTENSI KEHIDUPAN yang bersandarkan 4 sifat wajib bagi NABI MUHAMMAD S.A.W yang terpuji.

b) Membangunkan tahap sosio ekonomi  para peserta ke tahap yang lebih memberangsangkan.

c)  Memperkasa minda & jiwa para peserta dengan membangunkan persekitaran yang berinspirasi dan mempunyai nilai UKHUWAH yang tinggi berpaksikan KASIH SAYANG. 
KASIH SAYANG ITULAH SIFAT AR RAHIM ALLAH (MAHA PENYAYANG). DI MANA ADA SUBURNYA BENIH KASIH SAYANG, DI SITULAH AKAN HADIR SIFAT AR RAHMAN ALLAH (MAHA PEMURAH) NIKMAT, BERKAT DAN BAROKAH ATAS ILMU DAN PELBAGAI JUA ASPEK KEHIDUPAN.

0 comments: