Nota Xifu Ihsan

Sifat peribadi individu nombor kod Asas 2

2:55 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


2. Sifat peribadi individu nombor Kod Asas 2

PENDAMAI (ELEMENT - WATER)

[[ Pro ]] 
▶️Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik.
▶️Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. 
▶️Peramah. 
▶️Sangat suka menjaga kebersihan.
▶️Rajin. 
▶️Berfikiran matang. 
▶️Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. 
▶️Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. 

🌟Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin.
🌟 Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. 
🌟 Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

[[ Kontra ]]
▶️Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. 
▶️Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). 
▶️Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. 
▶️Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

🌠Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).🌠

🔗 Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769 :
⏩Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan di mana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
⏩Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri.
⏩ Anda adalah 'follower', pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus.
⏩ Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.

✨Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. 
✨Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.

[[ Yang tak BEST ]]
❌Anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. 
❌Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. 
❌Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. 
❌Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

0 comments: