Metafizik

Tanda hati kau kuat

7:19 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah
Asslamualaikum dan Selamat Pagi Wahai Jiwa Jiwa yang tenang.
Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua hari ini, mudah-mudah dan sehabis mudah ya. Aaamiin...

Dah buka PILI AIR TAHAJJUD semua ka tadi, SOP bahagian awal pagi dah settle ka tadi..??

Puan Izan Rahim :
Assalamualaikum sahabat semua. Mohon doakan agar proses stem cell collection yang akan djalani oleh kakak saya Rahiza dipermudahkan dengan lancar. Hari ini kakak saya membuat sedekah yang terbesar untuk saya, beliau sedekahkan stem cell untuk dipindahkan kepada saya yang menghidap multiple myeloma (sejenis barah darah).

Sifu Farihan Yahya :
PENGUMUMAN : Marilah kita buka lembaran hari ini dengan mendoakan salah seorang ahli keluarga #769SAFT iaitu CikPuan Rahiza yang akan menjalani pembedahan hari ini ya.
Join sifu kita sama sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau ya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Al-Fatehah, NIAT kita hadiahkan kepada Tuan Empunya diri iaitu Rahiza Abdul Rahim. 
"YA ALLAH, YA TUHAN KAMI, DENGAN LIMPAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU YA ALLAH. KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH, ENGKAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN PEMBEDAHAN PROSES COLLECTION STEMCELL KE ATAS DIRI RAHIZA ABDUL RAHIM HARI INI, MUDAH-MUDAH DAN SEHABIS MUDAH. ENGKAU TUMBUHKANLAH DAN GANTIKANLAH SEMULA SEL-SEL YANG BERTAWADDUK KEPADAMU YA ALLAH, YANG MENGESAKANMU SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN, YANG TAAT DAN SETIA HANYA KEPADA PERINTAH MU YA ALLAH. SEGALA KEPUNYAANMU, KAMU PULANGKAN SEMULA MENURUT PERINTAHMU YA ALLAH."
Aaamiiin

Puan Iza Rahim :
Subhanallah Sifu. 
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah
Terima Kasih Sifu.
Mohon dipermudahkan olehNya, mudah sehabis mudah.

0 comments: