Metafizik

Kata mutiara Saidina Ali R.A

3:54 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

"KATA MUTIARA SAIDINA ALI R.A."

Saidina Ali merupakan yang termuda diantara 4 Khulafa ar-Rasyidin. Beliau merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan bahawa golongan muda ini jikalau diberikan pendedahan yang baik dan kepercayaan untuk menerajui, pasti akan membuahkan hasil yang baik.

Saya ingin mengulas sedikit kata mutiara Saidina Ali di bawah:

1.''Hate no one, no matter how much they've wronged you.''
Jangan dibelenggu rantai kebencian. Kebencian ini salah satu penyakit hati dan jikalau penyakit itu hadir, tiadalah lain kecuali Allah menambahnya. Penyakit hati ini tiada penawar lain melainkan Al-Quran.

2. ''Live humbly, no matter how wealthy you become. ''
Hidup secara sederhana dan berendah diri. Kesenangan juga merupakan suatu ujian. Dan perlu sentiasa beringat semuanya milik Allah dan bila-bila masa Dia boleh menariknya kembali. Jikalau ada Nabi yang diuji Allah dengan kesenangan dan kesusahan, apa pula istimewanya kita?

3. ''Think positively, no matter how hard life is.''
Ambil positif dari yang negatif. Kita hanya akan mampu capai apabila kita mengamalkan sikap terbuka, berlapang dada dan minda yang luas.

4. ''Give much, even if you've been given little.''
Jika ada lebih, berilah lebih walaupun yang kita terima itu kurang. Rezeki kita bukannya datang dari manusia tetapi Allah. Manusia itu hanyalah medium pemberian. Ketahuilah juga dengan memberi sebahagian itu adalah suatu proses penyucian diri.

5. ''Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you, and do not stop praying for the best for those you love.''
Hubungan silaturrahim sesama kita wajib dijaga, yang jauh dan yang dekat, dengan teknologi boleh berhubungan maka tiada alasan. Maafkanlah dan sentiasa mendoakan yang terbaik sesama insan.

Pada saya 5 perkara ini ialah asas ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang menghasilkan 'vibe' dan aura yang tenang. Dalam keadaan tenang, pelbagai keputusan kita dibuat dengan baik.
Selamat beramal dan kembalikanlah ketenangan jiwa kita.

Jamalee Bashah

0 comments: