Nota Xifu Ihsan

Ilmu Aura

12:06 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


ILMU AURA🌌

Tahukah anda, setiap manusia yang hidup mempunyai lapisan tubuh eterik "ghaib" yang menyelubungi badan fizikal kita yang berbentuk lembayung bujur yang dikenali sebagai AURA.

Ada 7 lapisan aura yang berlainan warna dan fungsi kepada tubuh badan manusia yang normal.

Manakala 7 lapisan #warnaAura ini sama seperti dengan 7 lapisan warna pelangi.

1) Ungu
2) Indigo
3) Biru
4) Hijau
5) Kuning
6) Oren
7) Merah

Fungsi aura ini adalah sebagai pendinding "ghaib" yang menghalang fizikal emosi, mental dan spiritual kita dari anasir negatif seperti gangguan jin dan sihir.

Aura ini tidak lagi wujud bagi orang yang mati.

Bagi kita mudah faham dalam bahasa mudah bahawa, aura ibarat 7 Lapisan atmosfera/ozon kepada bumi yang berfungsi menapis segala gas-gas beracun lagi bahaya dan cahaya UV yang berlebihan dari matahari.

Sekiranya lapisan ozon/atmosfera nipis dan bocor, maka segala radiasi dari alam semesta (kosmik) akan masuk ke bumi.

Begitulah juga peranan aura bagi manusia, apabila aura tadi bocor atau nipis, maka mudahlah bagi seseoramg individu terdedah kepada penyakit.

Sebagai contoh:

Ketika kita tidur, kita disunnahkan untuk membaca ayat kursi dan dihembuskan ke tapak tangan dan kemudiannya di seluruh tubuh supaya diri kita terhindar dari sihir  atau guna-guna yang biasanya akan menyerang tubuh di saat ia paling lemah.

Begitu juga, kenapa mayat dimandikan air bidara, kapur sirih dan dipakaikan wangian.

Hikmahnya agar jasad tadi tidak dimasuki jin atau iblis laknatullah.

Sebab itulah, antara teknik penjagaan emosi dan aura adalah dengan senantiasa berwudhuk.


0 comments: