Bilik Ilmu Tribe #769SAFT

Al Nuura Yang 5 Yang 6

4:22 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Lagu : Al Nuraa Yang 5 Yang 6
Artis : Mawi & Hazama ft. Daly Filsuf

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini

Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Allahummaj’al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj’al fi nafsi nuuraa
Waj’al lii yau maliqo ika nuuraa

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran

Andai Mahu Memahami Erti Hakikat Sebuah Kehidupan
BELAJAR MELIHAT KAIN HINGGA KE KAPAS

Baik, sifu Kupas lagu AL-Nuraa, ada mesej Ketuhanan Yang Allah nak kita fahami. Ini berdasarkan kefahaman Allah yang dihadirkan ke dalam kefahaman sifu

Dari Dia kita Datang
Dari Dia kita Pergi
(hakikat insan diciptakan atau datang daripada Allah, dan kita juga pergi atau dengan kata lain hubungan kita semakin jauh dengan Allah)

Ada Bulan ada Bintang
Dan juga Matahari
Ada malam ada Siang
Ada gelap ada terang
(ini menerangkan bahawa setiap apa yang Allah ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan sepertimana firmanNya dalam Surah 51 ayat 49, "Aku Ciptakan Sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain tiada bukan melainkan untuk mengtauhid dan Esakan Allah". Ada bulan, ada bintang, Ada Jasmani Ada Rohani, Ada kekuatan Ada Kelemahan. Dan setiap sesuatu yang Allah ciptakan itu tiada yang sia-sia melainkan untuk menyatakan kebesaran dan kekuasaannya. Seperti mana Allah cipta ada fungsinya seperti malam dan siang, atau tentang kita manusia ada sisi baik (Sukma sepertimana terangnya siang) dan sisi yang kurang baik (fasik sepertimana gelapnya malam)

Ada Kasih Ada Sayang
Sampai Masa Kita pulang
(ini merujuk kepada Sifat Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Walau apa pun dosa kita seluas 1 lengkung dunia, tapi pulang dalam keadaan tanpa menduakan Allah, selagi kita bertaubat maka Allah akan ampunkan dan terima dengan izinNya seluas 1 lengkung dunia juga (Insha Allah). Kita hadir ke dunia ini dengan Ar Rahman dan Ar Rahim Allah, maka ujian terbesar adalah Ujian Kasih Sayang Jua. Bukan manusia juga cemburu, Allah juga Maha Cemburu Andai di hatimu itu ada selain Allah Bertakhta di situ)

Yang 5 Yang 6
(ini merujuk kepada Rukun Islam yang 5 dan Rukun Iman yang 6. Rukun Islam itu SYARIAT kiasan kepada kehidupan DUNIAWI yang meraih pandangan manusia, Rukun Iman itu HAKIKAT itu kiasan kepada kehidupan UKHRAWI yang meraih pandangan Allah. Kebanyakan daripada kita lebih mengejar pandangan Manusia daripada Pandangan Allah..

SYARIAT TANPA HAKIKAT SAHAJA SAHAJA
HAKIKAT TANPA SYARIAT BATAL

seluas luas lautan sampai kita masih lagi mencari
(ini merujuk kepada barangapa lagi yang kita mahu cari, sedangkan Allah sudah sediakan segala-galanya kepada kita sebagai bekal kehidupan di dunia. Hanya kebodohan dan kejahilan kita sahaja yang membuatkan kita hidup tidak ketahuan. Kita ini hakikatnya bukannya setitis air dalam sebuah lautan, tapi lautan dalam setitis air. Ilmu Allah ini sangat luas, rantingnya banyak apa yang kita tahu tak sampai setitik air, usah ego usah sombong, bahkan mungkin tak sampai saiz satu zarah dari Ilmu Allah)

Ku Imbas Kembali sepanjang perjalanan Ku Cuba Berlari Berpijak atas realiti
(ini merujuk kepada ingat balik sepanjang hidup perbuatan dosa yang kita lakukan, cuba lari daripada perbuatan dosa tersebut dan kembali ke jalan Allah, Tapi amat susah bagi dia dan ada sesuatu yang menarik dia untuk kembali ke dalam lembah dosa. Dia terus cuba bermujahadah diri untuk berubah. Ada dua suara dalam hati dia, satunya IMAN yang menyuruh dia untuk berubah dan ada SYAITAN yang menyuruh dia untuk jangan berubah. Ini menyebabkan bingung, hati berbolak balik, keliru dan tidak ketahuan.

Namun ku tetap mencari sampai selagi ada matahari dan bulan
(ini merujuk kepada dia tetap terus berusaha untuk berusaha selagi dunia tak kiamat, selagi masih ada nafas, selagi itu masih ada harapan)

Doa meminta Cahaya dalam Kehidupan itulah Doa Tahajjud yang menjadi amalan Rasulullah SAW.

Tunjukkanlah Jalan Terang
Tunjukkanlah Jalan Pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam Titian dan harapan
73 pintu 73 jalan (7 sifat maani Saksi lagi Menyaksikan kehadiran Allah, Muhammad, Insan)
72 jalan Sesat Hanya 1 jalan Kebenaran (hanya 1 jalan, orang BERTAUHID yang duduk atas jalan benar)
(ini merujuk kepada kita seharusnya berdoa kepada Allah tanpa henti supaya Allah kurniakan Taufik dan Hidayat jalan yang Terang/memberi petunjuk dalam kehidupan serta jalan pulang kepada Allah supaya tidak sesat dalam kehidupan. Dalam titian dan harapan ini merujuk kepada Titian Siratul-Mustaqim)

Terima kasih kepada Puan Norzianah atas asbab dengan izin Allah untuk kupas hakikat di sebalik lirik lagu. Apa yang berbunyi itulah Asma Allah mahupun kicauan burung..

Semoga belajar sesuatu dan mendapat manfaat semua.. Inilah QUADRANT PERTAMA MODEL POTENSI KEHIDUPAN SAFT iaitu FASA SIDDIQ...andai ini tak melepasi, fasa AMANAH, FATONAH DAN TABLIGH tidak akan kita kecapi..nak pikul AMANAH macam mana andai kita tidak kenal TUAN PEMBERI AMANAH..

@BilikIlmu_769SAFT

0 comments: