Nota Xifu Ihsan

Rahsia peribadi individu nombor kod Asas 4

2:55 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


4. Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod *Asas 4*

*KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)*

[[ *Pro* ]]
✔️Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. 
✔️Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. 
✔️Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. 
✔️Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. 
✔️Peramah. 
✔️Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. 
✔️Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

[[ *Kontra* ]]
➖Suka memendamkan perasaan. 
➖Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara.
➖ Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. 
➖Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

💥 *Selebriti* yang memiliki nombor kod *asas 4* termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.💥

🔗 *Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769* :
💡 *Analisa Umum* :
⏩Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh.
⏩ Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. 
⏩Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. 
⏩Mengambil berat kepada butiran terperinci.
⏩Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional.
⏩ Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal.
⏩ Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
⏩Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.

[[ *Yang tak BEST* ]]
❌Anda suka simpan sendiri, 
❌Berfikiran sempit, cemburu, amat degil.
❌Suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. 
❌Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.

💠Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.💠

0 comments: