Metafizik

Amal manakah paling disukai Allah?

10:48 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

AMAL MANAKAH PALING DISUKAI ALLAH?

Nabi Musa a.s bertanya 
"Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?

ALLAH swt berfirman, 
"Solatmu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.."

ZIKIR ?
Zikirmu itu membuat hatimu menjadi tenang.

PUASA ?
Puasamu itu melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu.

Nabi Musa a.s bertanya lagi : 
"Lalu apa ibadahku yang membuat Mu senang Ya Allah?"

ALLAH swt beefirman 
"SEDEKAH INFAQ dan ZAKAT serta AHLAQUL KARIMAH mu. Itulah yg membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali." 
(Al-Baqarah: 261-262)

Artinya...Bila kita sibuk dengan ibadah ritual, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah..Tapi bila kau berbuat dan berkorban untuk orang lain, bersedekah, infaq, berzakat untuk orang lain serta risau hatimu kepada orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah sukai. Amal jariah itulah sebenarnya rahsia yang akan membuat kematianmu menjadi amat mudah dan melapangkan kuburanmu.

(Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)

0 comments: