Metafizik

Life is about giving

2:37 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

IKHLAS ATAU TAK IKHLAS, TETAP DIBALAS

Sebenarnya berapa pun yang kalian sedekahkan, pasti Allah balas dan lipat gandakan. Tidak jadi soal apakah anda ikhlas atau tak. Sifu kupas sikit ni sebab kot ada yang was-was pula, ikhlas ka tak ikhlas aku bersedekah ini. Bila Was-Was tak jadi ikhlas juga. Dan tidak jadi soal juga apakah kalian nie beriman atau tak.

Mana buktinya, banyak hartawan yang dermawan menjadi semakin kaya, padahal mereka Atheis (jenis bangsa tidak ada pegangan Agama). Benar sekali mereka Atheis. Bagi mereka hampir-hampir tidak ada istilah Ikhlas dalam hidup mereka. Hampir-hampir tidak ada masalah Iman. Tujuan mereka bersedekah adalah untuk mengangkat mereka dan elakkan hutang.

Balasannya, inilah janji tertulis dariNya. Yang sifu maksudkan di sini adalah balasan jangka masa pendek (dunia). Tentu sahaja dengan ikhlas dan iman, kita akan beroleh nilai tambah, berupa balasan jangka masa panjang (akhirat) iaitu REDHA, PAHALA, SYURGA DARI-NYA. Terus balasan jangka masa pendek itu berbentuk apa pula..?? Ianya berbentuk material atau sesuatu yang setara dengan itu. Misalnya :

1. Kewangan
2. Kesihatan
3. Keselamatan
4. Kemudahan urusan

Dengan erti kata lain, sedekah itu dapat menjadi

1. Bank peribadi, kerana memudahkan kewangan kita
2. Doktor peribadi, kerana memelihara kesihatan kita
3. Bodyguard peribadi, kerana memelihara kita dari bala
4. Assistant peribadi, kerana memudahkan segala urusan kita

Di sudut yang lain pula, sebenarnya setiap kali kita bersedekah, itu mendorong RODA EKONOMI kita berputar lebih produktif sebenarnya. Bahkan membuka pintu rezeki banyak orang. LIFE IS ABOUT GIVING. Kerja kita MEMBERI. Dan semoga itu semua kembali kepada kalian semua.

1. Katakanlah kalian memberikan wang kepada pengemis.
2. Dengan wang itu, si pengemis tadi dapat membeli sebungkus nasi.
3. Itu bererti, si penjual nasi dapat menjalankan usahanya, menafkahi keluarganya, membukakan pintu rezeki pula kepada orang lain.
4. Nampak kan di situ, RODA EKONOMI PUN BERPUTAR LEBIH PRODUKTIF.

YES, LIFE IS BEAUTIFUL, LOVE IS WONDERFUL, GIVING IS POWERFUL

Faham faham

0 comments: