Metafizik

Dunia bagaikan penunggang kuda

10:55 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Sifu Farihan Yahya :
Ada urusan apa itu Tuan Muda Iqbal di Langkawi itu, boleh sifu beri slot sikit sharing di sini sedikit sebanyak bersama ahli keluarga baru kita sebagai Alumni MSP sifu boleh boleh. Perkenalkan diri, latarbelakang perniagaan dan ilmu dapatan dari MSP itu sendiri.

Tuan Iqbal Ilias : 
PSM sifu. Tempat kita mula berjumpa. Saya diminta utk hadirkan diri oleh guru kita di sana.

Sifu Farihan Yahya :
alhamdulillah. PSM - kelas Public Speaking Mastery, semua sudah ketentuanNya kita bertemu di situ ya

Tuan Iqbal Ilias :
Saya Iqbal Ilias, memiliki beberapa perniagaan. Antara perniagaan yang terawal adalah perniagaan barangan Hoki, jenama Panthera. Dah pernah jatuh bangun dan rasa sepak terajang dariNya utk teguran (sebab lama tak duduk dengan sifu, ni pon tak dapat nak cerita lagi).

Kini juga merupakan branding and marketing consultant utk beberapa jenama yang sedang dibangunkan.

Tidak memiliki apa-apa pon sebenarnya sebab di mana saya berada hari ini adalah ilham dan rezeki dariNya.

Sebelum jumpa sifu, saya sbenarnya dah lost. Mencari sebab kenapa dihidupkan atas muka bumi kerana semua mudah utk dapat dalam hidup ni. Jika kekayaan yang dikejar mmg tidak kaya sampai bila-bila. Sampai tahap itu dah fikir masa tu.

Sehingga duduk satu meja makan dgn sifu di Langkawi, solan pertama keluar dari mulut sifu, apa yang awak nak sebenarnya? Itu adalah turning point.

Dalam class MSP, jumpa banyak nombor 123, 213, 321 yang ada pada diri. Sifu kata semua sudah tertulis.

Hari ini saya sering dijemput utk menjadi speaker seperti mana yang sifu katakan. Kalau dah lobak tu lobak juga lah. Memang tak boleh lari.

Selain dari tu, banyak ilmu dan teguran yang datangnya dari sumber yang tak disangka sebab Dia ada dimana-mana.

Bila kenali diri sendiri, kita tahu siapa sebenarnya kita dan tugas kita dimuka bumi.

Tu je kot sifu @FarihanYahya

Sifu Farihan Yahya :
Alhamdulillah, syukur dan terima kasih. Cukuplah tu INTRO setakat hari ini ya. Bantu sifu di sini juga sekali sekala ya dengan pola 123. 213 dan 321 utk memakmurkan insan di sini boleh. Sifu doakan Allah permudahkan segala urusan Tuan Muda Iqbal, mudah-mudah dan sehabis muda.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Aku tidak memiliki dunia sedikitpun. Kedudukan aku di dunia ini bagaikan penunggang kuda yang sedang memacu laju. Suatu saat aku berteduh di bawah pohon, setelah itu aku meneruskan perjalanan dan pohon itu aku tinggalkan."
Diriwayatkan oleh al-Tarmidzi, ibnu Majah dan al-Hakim melalui jalur Ibnu Mas'ud.

0 comments: