Metafizik
Valet Doa percuma
VALET DOA PERCUMA....😁😁
Tak perlu buang duit untuk bayar valet doa mahal-mahal. Bid'ah semua tu.
Hari Jumaat ni, adalah hari yang afdhal untuk berdoa.
Diantara kelebihan hari Jumaat dan waktu yang paling mustajab doa:
1. Hari Jumaat penghulu segala hari,sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah, iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Aidil-Adha dan Hari Raya Aidil-Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian, iaitu hari yang dijadikan Adam dan beliau diturunkan dari Syurga ke muka bumi dan pada hari itu juga wafatnya Adam, Allah mengurniakan satu saat doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat dan pada hari Jumaat juga terjadi hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
2. Berwuduk, datang ke masjid, dengar khutbah Jumaat dan tidak bercakap-cakap menghapus dosa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, lalu mendengar (khutbah) dan tidak bercakap-cakap (ketika khatib berkhutbah), dihapuskan dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
3. Doa makbul, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba yang memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengkabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas Asar”. (HR Abu Daud)
4. Solat Jumaat menghapus dosa, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selama dosa-dosa besar tidak dikerjakan”. (HR Imam Muslim)
5. Doa makbul di antara dua khutbah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (HR At-Tirmizi)
6. Jumaat hari paling baik, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam AS diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR Muslim)
7. Mandi hari Jumaat, Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR Ibnu Majah)
Gunakan ruang waktu tu untuk submit doa kita..
Percuma pulak tu.
#salamjumaat
#zainrichss769
#auraenergy769
0 comments:
Post a Comment