Metafizik

Langkah menuju syurga

7:05 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.

2. Duit berjuta-juta.

3. Sihat dan kuat.

4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.

5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???
Nabi SAW bersabda:

1. Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah Laa ilaaha Illallah.

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.”
(Hadis sahih R. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Keterangan

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan ridha Allah. Allah berfirman,”Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” 
(QS Al-Kahfi: 28).

Keutamaan shalat Subuh yang lain adalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala kelak akan memberikan pahala yang melebihi keindahan dunia dan isinya.

Dari 'Iyadh bin Himar r.a katanya:

"Bahawa Rasulullah SAW besabda (mafhumnya):
Penghuni syurga ada tiga golongan: orang yang mempunyai kekuasaan yang adil, baik terhadap orang lain, dan sentiasa ditunjuki ke arah kebaikan; seseorang yang berkasih sayang dan berhati lembut terhadap kaum kerabat serta Muslim; dan orang yang menjaga diri daripada rezeki yang haram dan tidak meminta-minta serta menanggung keluarganya (dalam keadaan yakin dengan pemberian Allah SWT."
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

Keterangan:

Hadis ini menyatakan dengan jelas bahawa di syurga hanya terdapat tiga golongan sahaja. Adakah kita termasuk di dalam golongan tersebut.? Hanya diri sendiri yang tahu jawapannya.....Aamiin x3

Wallahu' Alam Ya Allah

(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)

0 comments: