Metafizik

Mulianya manusia kerana redha Allah

3:46 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah...

Di zaman yang tidak menentu sekarang ini dan ke arah penyusunan semula diri dan kewangan. Sila selak semula modul MSP + NBI dan seni kewangan. Mulai tanda semula buku 555. Sifu dah ajar sejak 3 tahun lepas lagi. 

Semoga Allah buka ilham dan melimpahi rezeki pada kalian semua. Jatuh naik itu perkara biasa. Tapi kelalaian adalah punca segalanya. Tu belum kira Istiqamah dan bersabar.

InshaAllah.

Soalan :
Sifu, kenapa Impian dan Doa tidak tertunai?
Ulangkaji di sini

WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN (Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya).

Sifu tak mahu ada wave negative di dalam circle sifu ini, bukan HAK KITA NAK MENILAI DAN MENGHUKUM ORANG, bukan sifu tak boleh nak bersoal jawab, cuma sifu tak mahu buang masa.
Kita sendiri pun tak tahu duduk mana lagi di sisi Allah.

Kita semua ini BUKAN BAIK sangat pun, cuma ALLAH TUTUP AIB KITA SAHAJA..

Bila kita rasakan diri kita sudah ahli syurga, itu namanya UJUD, RIAK DAN TAKABBUR...ini namanya MENYEKUTUKAN ALLAH.

Bismillah...

Mulianya manusia kerana redha Allah dan atas rahmat kasih sayangNya.

Kaya raya bukan untuk dipandang mulia tapi ujian menguruskan harta.
Warak bukan untuk dipandang mulia tapi ujian hati dalam melalui jalan amal.
Ilmu tinggi bukan untuk dipandang mulia tapi ujian mengalirkan ilmu dan ramai dapat manfaat.
Sihat gagah dan cantik bukan untuk dipandang mulia tapi ujian dalam bersyukur bila berasa lebihnya diri.

Semuanya berkisar haluan diri sendiri dan hidup ini kita membayar nilai amanah. 
Lagi tinggi pandangan maka besarlah ujian dan tanggungjawab amanah masing masing.

0 comments: