Metafizik

Perjalanan rasa hati

9:47 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Perkongsian daripada Puan Iza Rahim

Assalamualaikum Sifu dan sahabat yang dirahmati Allah
Maaf terlambat sikit. Ada ni Sifu.

Pertama sekali
Saya nak minta berbanyak2 maaf
Sebab mengambil masa kelas di IMQ semalam.
Terima kasih juga pada Sifu yang tak jemu2 melayan kami berdua sampai kedai tutup.

Baiklah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sahaja aku berkongsi ilmu kerana Allah Taala

Apa yang saya nak share lebih kurang macam Rihan, sebab kami berdua kena ketuk sama2😢
Tapi izinkan juga saya share sebab kata Sifu, rahmat Allah akan turun  pada mereka yang sebarkan ilmu.


Itu apa yang Sifu lukis dalam buku saya bermula dengan kejadian kita anak Adam.

Dari sperma yang bersifat Ar Rahman
Bercantum di ovari yang bersifat Ar Rahim

Sebelum kita ditiup roh, kita sebenarnya telah buat satu perjanjian dengan Allah Taala :

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". [7:172]

Setelah kita mengaku keEsaan Allah, baru roh ditiup (betulkan saya Sifu, kalau tersilap)

Sifu Farihan Yahya :
7172...71 tu kan duit sedekah, inilah asalnya
7172...89..8
Sedekah + syukur = Lalai kena kembali pd Allah  = amanah dan tanggungjawab

Dan huruf alif lam mim tu..bermaksud
Sewaktu kita di dalam rahim, kita suci, lurus seperti alif..

Bila kita zahir ke dunia, dengan macam2 godaan, cabaran dunia, maka kita jadi seperti mim...membengkok, tak lagi bertahan dengan janji kita pada Allah😢

Namun di akhirnya, kita semua perlu mencari semula pegangan dan baiki semula janji kita dengan Allah, supaya kita kembali lurus sebelum pulang ke sana.

Itu yang saya faham..betulkan saya Sifu, kalau tersilap

Ok.. kita semua di sini bila mula2 hadir tribe, macam2 niat kita bawak...macam saya bila dapat link dan info, pasal numbering, pasal potensi diri. Niat saya nak tengok boleh try ke group ni.

Bila masuk sini, lama juga jadi silent reader, sebab nak faham flow tribe. Rupanya ni yang saya cari2 selma ini..

Dalam setiap solat saya mohon Allah berikan saya  ilmu yang bermanafaat dunia akhirat, amalan yang berkat dan makbul, saya minta Allah datangkn dalam hidup saya orang2 yang dapat bimbing, orang yang dapat saya dampingi kerana ilmu Allah..

Dan
Allah makbulkan..😭

Bila pertama kali share ayat quran. Saya rasa susah, sebab belum faham tetapi lama2 saya jadi terdidik.

Jadi, apa yang Sifu minta buat tu, kita buatlah,
Ada sebab sifu minta kita buat, bukan saja2 nak jadi ostad ostajah.😊..

Kata Sifu, bila kita share satu ayat / tafsir, kita ibarat menebas atau bersihkan fikiran kita
Mendidik kita
Mula2 memang ikut2, lama2 kita akan terbiasa..
Buat dengan ikhlas semata2 kerana Dia..
Bukan sebab terpaksa sebab undang2 tribe

Kata Sifu IKHLAS ada tiga peringkat
1. Ikhlas sebab buat nak syurga, pahala atau balasan
2. Ikhlas buat atau masa teringat Allah, tak konsisten
3. Ikhlas Lillahitaala.
Ikhlas yang ke-3 tu yang Allah terima, bulat semata2 kerana DIA

Ingat tak Sifu kata
1/0= infiniti
1/1=1
Buat bulat2 kerana Dia, hasilnya tak tersangka
Buat kerana sesuatu, hasil terhad(1)
Betulkan iktikad

Sifu juga ajar kami semalam, bagaimana nak latih diri
Refer setiap penyelesaian masalah kita bersandarkan apa yang telah Allah firmankan dalam Al Quran.
Ni terbukti pada diri saya sndiri...

Kata Sifu lagi, betulkan niat setiap hari, waima nak pakai tudung sekalipun
Hidup hanya PERLU TAKUT ALLAH.
Kalau kita cemburu, tak kira cemburu pada siapa, ALLAH LAGI SANGAT2 CEMBURU
Allah TAK NAK  kita letak siapa2 dalam hati selain DIA.
Angkat Allah di tempat sepatutnya, dan ALLAH TAU BAGAIMANA nak susun hidup kita.
Allahu

Allah tempat kita bergantung, ingat Surah Al Ikhlas.
Kita ni KOSONG
Kita hanya akan nampak SIAPA KITA YANG SEBENAR, bila kita telah jadi MAYAT.
Tula kita sebenarnya...tak berdaya, tak berkuasa nak angkat kuku pun😣
Lembik, lemah..
Allahuu..😭

Kita ada dalam tribe ni, sangat2 bersyukur... kita dibimbing Allah menerusi Sifu...
Buatla apa yang Sifu minta, untuk didik diri kita juga sebelum kita balik ke sana

Kata sifu semalam, Yang ajar kita Allah..
Macam baby, siapa ajar baby meniarap, merangkak berjalan, berlari?  Semua Allah
Jadi, rugi kalau kita dah ada di track yang betul, tak ambik kesempatan ni...
Ilmu datang dalam pelbagai bentuk...

Kata Sifu lagi...Iman kita letak di hati, bukan di tasbih, atau di sejadah.
Lagi satu, Sifu kata hati2 dengan ujian Tauhid...
Ujian Tauhid paling besar ialah ujian KASIH SAYANG!
Jangan sampai kasih sayang kita pada makhluk mendahului ALLAH..ingat, Allah sangat2 cemburu..

Akhir sekali, kata sifu, apa pun yang kita buat, jangan sampai mensyirikKan ALLAH.
Kita kadang2 tak sedar perbuatan kita, cakap kita, ada yang menyebabkan kita dah jatuh syirik.

3 jenis syirik..
Syirik yang kita terang2 buat, percaya tangkal dan sebagainya
Syirik rohani....kita rasa hebat, riak
Syirik keakuan..jin besaq sangat dalam diri

Betulkan saya sifu kalau tersalah
Allahu..tak cukup rasanya masa menadah ilmu dari Sifu semalam
Allah atur sangat2 baik
Maaf pada kawan2 kelas batal semalam...
Sampai pagi ni terdengar2 suara sifu, tenang lembut memberi ilmu..

Terima kasih dari saya, Rihan dan sahabat2 di sini
Sekian sedikit apa yang saya faham hasil dari kidnap sifu dari petang sampai  kedai tutup
Kalau saya salah, minta tunjuk ajar sifu , betulkan
Sekian terima kasih
Maaf andai terkasar bahasa.

0 comments: