Bilik Ilmu Tribe #769SAFT
Misi dan Visi Tribe #769SAFT
Terlebih dahulu, terutamanya yang baru sertai @BilikIlmu_769SAFT ini, Sifu Farihan ucapkan selamat datang dan berlapang dada kita di sini ya. Dan kosongkan gelas. Ilmu Allah ini terlalu luas, rantingnya banyak, semuanya tiada cacat dan celanya. Asalkan kita berpaut pada dahan yang SATU, In Sya Allah akan mendapat berkat dan barokah Allah. Sifu ini tidak ada apa di sini, hanya sekadar sarung bernyawa sahaja yang berkongsi secebis ilmu atas pengalaman perjalanan RASA, dengan izinNya.
MISI & VISI TRIBE #769SAFT
MEMBENTUK SEBUAH JIWA YANG TENANG
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan berdiri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredhai Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA) lagi sentiasa mengetahui. (Al baqarah : ayat 115)
MISI
Membina keperibadian modal insan ke arah membentuk SEBUAH AHLAK YANG TERPUJI.
OBJEKTIF TRIBE #769SAFT ini
a) Mewujudkan suasana "BERMOTIVASI" dengan menterjemahkan personaliti yang terpuji dengan menjadikan "ALLAH SWT SEBAGAI SUMBER INSPIRASI" melalui MODEL PEMBANGUNAN POTENSI KEHIDUPAN yang bersandarkan 4 sifat wajib bagi NABI MUHAMMAD S.A.W yang terpuji.
b) Membangunkan tahap sosio ekonomi para peserta ke tahap yang lebih memberangsangkan.
c) Memperkasa minda & jiwa para peserta dengan membangunkan persekitaran yang berinspirasi dan mempunyai nilai UKHUWAH yang tinggi berpaksikan KASIH SAYANG. KASIH SAYANG ITULAH SIFAT AR RAHIM ALLAH (MAHA PENYAYANG). DI MANA ADA SUBURNYA BENIH KASIH SAYANG, DI SITULAH AKAN HADIR SIFAT AR RAHMAN ALLAH (MAHA PEMURAH) NIKMAT, BERKAT DAN BAROKAH ATAS ILMU DAN PELBAGAI JUA ASPEK KEHIDUPAN.
PENGENALAN. Ilmu Mengenali DIRI adalah sangat dituntut di dalam ISLAM dan ianya dianjurkan supaya kita sebagai MANUSIA MEMPUNYAI HALA TUJU HIDUP YANG LEBIH JELAS SETELAH MENGENAL DIRI.
(Dan pada dirimu sendiri. Maka mengapakah kamu tidak melihat dan memikirkannya?) surat 51, az Zariyat: ayat 21
0 comments:
Post a Comment