Metafizik
Konsep Hidroterapi Ais
Bismillah
Sahaja aku berkongsi ilmu hari ini kerana Allah Taala.
Ilmu tentang Ais
Doa ketika takbir ketiga solat jenazah,
Bacalah doa "Ya Allah, Ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat dia dan lapangkanlah jalan masuk dia, mandikanlah dia dengan air, salji, kesejukan, cucikanlah dia daripada kekotoran, gantikanlah rumah yang paling baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya. Masukkanlah dia kedalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan dari seksa neraka."
(Hadith Riwayat Muslim dari Abdul Rahman bin Auf bin Malik r.a)
Apa sahaja mengenai perubatan alternatif adalah sangat istimewa. Daripada falsafah ilmu, cara perubatan malah personaliti perawat itu sendiri.
Ilmu yang dipraktikkan dalam kaedah rawatan alternatif sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian. Misalnya cara berfikir yang positif, amalan cara makan dan minum sehingga lah cara tidur yang betul. Kesemua amalan ini hendaklah bermatlamat yang baik kerana kesemuanya amat berkait rapat dengan kesihatan sesuatu organ pada tubuh badan itu sendiri. Malah apa sahaja amalan dan pemikiran yang baik adalah “ubat” semulajadi kepada sesuatu penyakit dan menjadikan tubuh “imun” daripada sebarang penyakit.
Ais dan tulang
Konsep Hidroterapi Ais ialah mengimbangi mikrob dengan membiarkan mikrob bekerja mengikut fitrah kejadiannya kerana mikrob memang telah sedia ada dalam tulang belakang. Untuk lihat mikrob, periksa pada air tulang belakang. Jika tulang belakang menjadi panas, maka mikrob boleh merebak sampai ke otak.
Mengikut prinsip hidroterapi ais, penyakit ialah sejenis tenaga dan dalam mencari penyembuhan, tenaga penyakit itu perlu ditukar kepada suatu bentuk tenaga baru tetapi bukan dengan cara mematikan kuman. Maksudnya, adalah silap jika tenaga dineutralkan dengan cara membunuh kuman itu.
Tulang, otot, darah, hormon dan sistem saraf adalah rahsia pertahanan dan kekebalan tubuh badan. Jika tulang kuat, maka apa saja yang membungkus tulang itu juga menjadi sempurna. Asasnya ialah tulang kerana tulang yang sihat menjadikan darah semakin bersih. Darah yang bersih merangsang rembesan hormon yang berkualiti, maka karektor juga akan menjadi semakin bagus kerana hormon mempengaruhi karektor.
Maksudnya, kekuatan tulang merupakan asas kepada kesihatan seluruh tubuh. Jika mahukan darah yang cantik, tulang mestilah kuat. Jika darah tidak bersih, tulang tidak kuat kerana tulang ibarat terumbu batu karang di laut. Oleh kerana batu karang itu sejuk maka tulang juga perlu sejuk. Jika batu karang hidup elok barulah air laut cukup masin. Apabila batu karang cukup sejuk barulah air laut itu cukup panas. Air laut itu panas kerana ia masin. Begitulah mengikut fitrah alam yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.
Tulang mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding darah. Ini bermakna darah perlu cukup panas dan tulang perlu cukup sejuk. Tulang kecil dalam telinga itu berfungsi untuk mengawal suhu badan dan keseimbangan terutama ketika demam. Jika terlalu banyak masin, darah jadi terlalu panas, maka tulang menyerap haba itu kerana ia sejuk dan tulang yang paling sejuk ialah tulang sulbi. Jika dibakar sekali pun, tidak akan hangus tulang itu.
Tulang sulbi ialah tulang ekor yang mengawal sistem reproduktif. Kajian saintis mendapati testis juga memiliki suhu yang sangat rendah untuk mengawal tenaga hayat terhadap sperma. Maksudnya, tulang yang sejuk apabila dibakar hanya menjadi hitam kerana ia terlampau sejuk. Semua ini ada dalam rahsia tulang .
Bagaimana merawat tulang? Sebenarnya terapi tulang itu amat sinonim dengan proses Hidroterapi Ais. Rawatan mandian ais menjadikan tulang kuat. Jika tulang kuat, maka semua yang membungkus tulang itu juga menjadi kuat. Maksudnya, untuk mengembalikan tekanan tulang dan darah maka proses rendaman dalam ais perlu dilakukan. Bagi orang yang sakit malaria atau denggi, suhu tulangnya mestilah diturunkan terlebih dahulu.
Ais dan garam dalam kuantiti yang banyak diperlukan untuk menurunkan suhu tulangnya dengan pantas. Tulang amat memerlukan kalsium.
Hidtroterapi bermaksud suatu kaedah terapi yang menggunakan air sebagai medium yang mampu memberi kelegaan kesakitan dan juga suatu kaedah dalam merawat kesihatan. Manakala hidroterapi ais adalah terapi yang diinovasikan dengan menggunakan air dan ditambah penggunaan ais dalam proses terapinya dan disertakan dengan unsur-unsur lain seperti garam kasar, garam bukit, kapur sireh, natrium, nila, gel mandian dan aromatherapy.
Mandian ais adalah satu kaedah merawat dengan membebaskan tenaga dalam bentuk haba yang berlebihan dalam mencari titik keseimbangan ke arah keseimbangan dalam mengaktifkan semula dalaman tubuh pada bahagian perut secara tindakbalas eksotemik (pembebasan) dan endotermik (penyerapan) sehingga tubuh mencapai suhu asal yang sebenar.
Dengan mandian ais mempu menyingkirkan molekul-molekul radikal bebas yang telah mewujudkan ketidakseimbangn pada tubuh.
Hidrpterapi ais adalah simbolik kepada unsur kejadian manusia yang terjadi daripada tanah, air, api, angin. Hidroterapi ais merupakan satu gagasan penyusunan matrik unsur-unsur berdasarkan penyusunan massa atom dengan perpindaan baris pada interval tertentu. Hasilnya unsur dalam diri disusun atur dalam barisan jadual yang menunjukkan jadual berkala. Terdapat unsur-unsur yang serupa secara kimiawi di dalam tubuh kita. Bahkan jika berlakunya lubang kebocoran massa, terapi ais mampu untuk menyusun semula dan mengubah unsur baru bagi mengisi ruang tersebut.
Hakikatnya para ilmuan walaupun terlalu tinggi ilmunya tetap tertanya-tanya dan menghantui fikiran mereka. Untuk menemukan jawapannya,persoalan yang perlu dijawab:
Jika semua benda tersusun maka, unsur pula tersusun daripada atom. Oleh itu, siapakah yang menyusun atom?
Maka jawapannya kita haruslah kembali kepada Allah. Setiap hidrogen yang berada disekeliling mampu menyusun zat-zat kimia yang mengalami kepincangan akibat faktor luaran dan dalaman.
Jadi apa yang belajar di tribe #769SAFT ini sangat berkait rapat antara semuanya.
Garam dengan kombinasi ais akan mengaktifkan kekuatan energi tulang. Kombinasi gabungan garam menjadikan bahan antara yang lebih berionik. Garam dapat dilihat berbentuk kristal akan membiaskan cahaya menjadi ultraviolet secara semulajadi yang akan memusnahkan gelombang-gelombang infrared.
Garam berfungsi sebagai pengalir atau elektrolit cas-cas negatif yang cekap di dalam air. Garam yang bertindakbalas dgn air akan lebih menstabilkan suhu. Garam juga sebagai pembasmi kuman, bakteria dan meneutalkan air yang tinggi klorin.
Penggunaan garam bukit untuk rawatan mandian ais sangat baik untuk kecantikan dan melembutkan kulit. Sesuai untuk yang mengalami masalah kulit. Kulit yang cantik bukti luaran tulang yang sihat. Penggunaan serentak bersama dengan garam laut akan meningkatkan kesan teraputik rawatan tulang dan kulit. Walaubagaimanapun garam laut lebih cepat mencair ais sebagai agen pengubah energi buruk selain mengimbangi suhu dan asid.
Manakala buah limau digunakan sebagai agen pelerai radiasi semulajadi. Menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan serta meningkatkan kesegaran secara semulajadi.
Fahami cara mandian ais yang betul dengan ilmu bukan sebagai ikutan sahaja.
Terima kasih sifu izinkan berkongsi ilmu hari ini, mudahan ada manfaat kebaikan.
Maaf lambat menulis dalam kereta.
Perkongsian daripada Tuan Izuwan Omar
0 comments:
Post a Comment