Metafizik
Otak Kanan vs Otak Kiri
Bismillahirrhamanirrahim.
Sahaja Sifu berkongsi ilmu petang ini kerana Allah Taala. Mari kita sama sama mulakan majlis ilmu kita petang ini dengan membaca Surah Al-Fatihah.
MENGENAL OTAK ANDA :
Otak kita ini sebenarnya seperti MAHKOTA, dilindungi secara kukuh, dilengkapi dengan penglihatan dan pendengaran. Otak adalah organ luar biasa dalam diri kita walaupun beratnya hanya sekitar 1.5kg atau lebih kurang 2% - 5% dari jumlah berat baan kita.
Otak adalah bahagian tubuh kita yang pling cepat lapar, menggunakan 8-10 kali ganda glukosa dan oksigen jika dibandingkan dengan organ yang lain. Otak kita ini memiliki 10-15 trillion sel saraf dan setiap sel saraf pula mempunyai ribuan sambungan. Otak adalah satu-satunya organ yang terus berkembang sepanjang ia terus diaktifkan.
Tahukah anda, kapasiti memori otak yang banyak hanya digunakan sekitar 4-5% dan untuk yang genius pula 5-6%. Hingga ke saat ini, para ilmuwan belum memahami penggunaan memori yang selebihnya iaitu sekitar 94%. Aktiviti otak juga dapat dibezakan antara fikiran sedar dan fikiran bawah sedar. Wilayah fikiran sedar hanya sekitar 12% dan selebihnya adalah 88% adalah wilayah fikiran bawah sedar.
Di antara kedua-dua wilayah ini, ada garis pemisah yang disebut sebagai RETICULAR ACTIVATING SYSTEM (RAT) yang fungsinya adalah untuk menapis informasi yang tidak diperlukan atau berlebihan supaya kita tetap stabil. Di wilayah bawah sedar tersimpan semua ingatan dan tabiat, keperibadian dan gambaran diri kita. Otak kita ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu OTAK KIRI dan OTAK KANAN.
Kenapa sifu tekankan berkenaan OTAK KANAN, kerana KANAN adalah mengikut sunnatullah..tapi OTAK kita sudah dikirikan sejak awal persekolahan. Sebab itu kita membesar menjadi seorang yang penakut, ragu-ragu dan tidak yakin dengan Allah, rendah diri, tidak percaya kepada kemampuan diri dan rela memilih untuk menjadi follower sampai mati.
Memilih untuk MENYERAH daripada BERSERAH. Dalam hidup kita ini apa jua yang kita lakukan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, LANGGAR SAHAJA SUNNATULLAH, semuanya jadi debu-debu berterbangan sahaja. Dapat PENAT DAN LELAH SAHAJA.
Kita ambil sejarah awal penulisan kita bermula dengan tulisan jawi, kita bermula dari kanan ke kiri. Bila kita diperkenalkan dengan sistem pendidikan sekular sistem penulisan jawi sudah ditukar kepada rumi. Ini di mana sistem penulisan kita sudah bertukar dari kiri ke kanan. Ini bermakna agenda halus bangsa Yahudi sudah berjaya menguasai pemikiran kita. Bayangkan kehidupan kita selama 40 tahun, kita hidup macam mana teruknya sampai TAUHID DAN IMAN KITA PADA MAHA PENCIPTA hilang dari radar.
Kita tak mampu nak beriman dengan firman Allah dalam Surah 72 ayat 16,
"BARANGSIAPA BERJALAN LURUS ATAS JALANKU DENGAN PENUH IMAN DAN TAKWA, MAKA AKAN AKU TURUNKAN AIR HUJAN YANG LEBAT".
Allah dah janji, buat sahaja urusan kerja dengan penuh IMAN DAN TAKWA, rezeki melimpah ruah sudah dijanjikan Allah. Berapa ramai boleh beriman dengan perkataan ini,"DI SEBALIK KESULITAN, PASTI ADA KESENANGAN".
Ini semua implikasi daripada penggunaan otak kiri melebihi otak kanan. KITA HANYA MAMPU HIDUP SEKADAR BERAGAMA DAN BUKANNYA HIDUP BERTUHAN. Kadang-kadang orang bukan Islam lebih BERIMAN daripada kita. Cuma kita yang terpenjara di sebalik lahirnya dalam keluarga Islam, tadi tiada Roh, tiada jiwa.
MENGENAL OTAK KANAN :
Sejak 1980 Joseph Gall telah membuat satu kesimpulan bahawa pusat fikiran dan perasaan itu bermula dari otak. Bukan di hati, bukan juga di jantung. Sejak 1930an, pakar telah menyakini bahawa otak kiri adalah otak rasional, yang berkait dengan IQ. Sementara otak kanan adalah otak emosional, yang berkait dengan EQ. Menurut hasil kajian, sekitar 80% ke 85% penduduk dunia ini menggunakan otak kiri. Bakinya sekitar 15% sampai 20% menggunakan otak kanan. Kebanyakan Penduduk Asia biasanya menggunakan otak kiri tanpa mengaktifkan otak kanannya. Hal ini kerana oleh stimulasi otak kiri yang terlalu banyak dipraktikkan di peringkat awal persekolahan kita. Hanya di peringkat pendidikan awal kanak-kanak sahaja yang mengetengahkan otak kanan.
Tahukah Anda, otak kanan itulah menentukan 80% faktor kejayaan dalam hidup, disebabkan oleh tak terpisahnya otak kanan dengan EQ..?? Berdasarkan penyelidikan otak kanan membuat anda lebih SELF-MOTIVATED, SOCIABLE, LEBIH CERDAS EMOSI DAN LEBIH AWET MUDA.?? Jika kita mengaktifkan otak kanan, maka otak kiri kita pun dengan sendirinya akan ikut berkembang. Uniknya hal ini tidak akan berlaku sebaliknya.
Otak kiri anda akan lebih aktif sewaktu anda terjaga. Sebaliknya otak kanan anda lebih aktif sewaktu Anda tidur. Disebabkan itulah, ketika tidur, segala kemahiran-kemahiran khas seperti kreativiti, imaginasi, intuisi dan sintesis mula muncul. Ini bahasa "JARGON" omputeh dan implikasi sains yang kebanyakkan orang biasa biasa susah nak faham. Dari sudut Islamiknya, kita balik kepada berasaskan ILMU SIFAT 20 yang dipopularkan di kalangan ilmuwan Tasawwuf dan aliran sufism.
Otak kiri itulah ILMU (Sifat Maa'ni/jasmani) yang hanya terbatas manakala otak kanan itulah PENGETAHUAN @ AL-ALIMUN (Sifat Maa'nawiyah/rohani) yang unlimited potential dengan izin Allah. Sebab itu pentingnya SOP dalam BUKU 555 itu adalah untuk aktifkan ROHANI yang unlimited potential itu.
Para ilmuwan mengklasifikasikan dengan otak kiri sebagai otak feminin dan otak kanan sebagai otak maskulin. Walaupun begitu, kedua-dua belahan otak ini saling berhubungan antara satu sama lain, beriringan dan saling menyokong antara satu sama lain. Just imagine apabila anda bertemu dengan kawan lama, anda biasanya ingat dengan wajahnya sahaja tetapi lupa dengan namanya. Begini, kemampuan untuk mengingati wajah itu kemampuan otak kanan sedangkan mengingat nama itu adalah kemampuan otak kiri.
JENIS IBADAH CARA KIRI :
1. Kena kaya dulu, baru nak sedekah, baru boleh pergi umrah.
2. Kena stabil dulu, baru boleh bernikah, baru boleh ada anak.
3. Cukupkan duit dulu, baru boleh berbakti pada orang tua.
4. Kena dapat nikmat best-best dulu baru rasa dan terkial-kial nak bersyukur.
5. Dapat kebebasan waktu dulu, baru nak solat dhuha, baru nak buat tahajjud.
6. Rasa berdosa dulu, kena LOST dulu baru nak solat taubat, baru istighfar, baru nak berzikir.
7. Setakat in, semua nampak masuk akal
Padahal otak kanan dan agama telah mengajarkan kita sebaliknya.
1. Sedekah dulu, barulah rezekinya melimpah ruah .
2. Kena bersyukur, husnudzon, istighfar dan zikir itu mesti diamalkan setiap masa, di mana jua berada .
3. Memang Otak kiri dan Otak kanan senantiasa bekerja seiringan dan saling bantu membantu. Apatah lagi bab perkara yang berkaitan dengan ibadah, otak kiri berperanan untuk keteraturan dan penghafalan. Apa yang dikesalkan adalah pola pemikiran cara kiri yang berlebihan terutama soal rasionaliti.
Baik, cer audit diri masing-masing, anda yang sedang ikuti sharing ilmu ini MENGGUNAKAN OTAK KANAN atau OTAK KIRI. Cer bagitau...
Jawapan :
Kiri
Kiri
Dulu kiri sekarang kanan
Dulu kiri
Kiri
Dulu kiri, sekarang tengah nak latih guna otak kanan
Guna dua-dua sifu, tapi terlebih guna kiri😔
Sains sudah membuktikan kejayaan itu memerlukan Otak kanan (EQ) sekitar 80%, sedangkan Otak Kiri (IQ) hanya sekitar 20% sahaja. Kalau anda nak tahu RAHSIA BUKU 555 itulah untuk aktifkan OTAK KANAN. Berapa ramai yang setuju..??
Setuju..
Setuju..
Kenapa..?? Nampak macam POYO dan BERLAGAK WARAK jer kan buat buku 555 tu kan.
Cer share..Detailkan pengalaman RASA dan result matters.
Sejak guna ilmu 555, asuh diri guna otak kanan. Bukan berlagak warak tapi asuh diri dengan alihkan pemikiran yang selama ini guna otak kiri.
Contoh :
Dulu rasa tak mampu nak sedekah hari2.. Ada, baru sedekah.
Tapi bila diasuh, dipaksa disiplin. Buat traffic light dan disiplin sedekah, buat dengan yakin, dan terbukti. Apa yang diamalkan selama ini, sebenarnya salah.
Dulu takut nak keluarkan sedekah, dok pikir,nak makan pun tak cukup, tak pe kut tak sedekah...
tapi sekarang dah Allah tunjuk bukti.. pernah takde duit nak isi mnyak kereta, lepas sedekah di masjid, minyak bertambah tiba-tiba.
Dulu memang gune kiri la. Buat ape2 tunggu ade dulu. Pikir. Nak bagi orang lain kita pun takde lebih. Jadi memang takde bagi la. Pun tak cukup juga. Bila perhatikan orang2 berjaya. Diorang selalu tekankan. Masa susah sedekah lepas tu baru senang. Mula2 takut dan tak yakin juga. Lepas cuba sendiri. Baru rasa.
Memang Buku 555 mengubah RASA. Dulu fikir berkali2 nak sedekah sekarang tak. Nampak jer terus buat.
Allah ajar soal rezeki dengan haiwan sahaja dengan ikut otak kanan. Burung keluar awal pagi, serah secara total pada Maha Pencipta keluar mencari rezeki. Tak pakai papago mamago pun elok jer bawa balik makanan yang mencukupi untuk anak-anak dia di sarang pada sebelah petangnya. Bersyukur. Allah bagi rezeki kat kita sedikit kenalah bersyukur. Banyak pun bersyukur. Kalau sedikit pun mengeluh sana sini, susahlah. BARANGSIAPA TAHU BERSYUKUR DENGAN YANG SEDIKIT, SUDAH TENTU TAHU BERSYUKUR DENGAN YANG BANYAK KAN. KALAU SEDIKIT PUN TAK RETI NAK BERSYUKUR, ALLAH TAKKAN BAGI LAGI MALAH YANG ADA GENGGAMAN PUN HILANG. SEBAB ALLAH TAHU, KALAU BANYAK LAGI TAK SEDARI DIRI.
Lembu pun tak masuk Kolej mahupun Universiti kan, elok jer beranak pinak dan makan ikut apa yang ada. Sikit pun tak risau berkenaan esok nak makan apa. Kita kalau yang diberikan akal fikiran, makhluk paling sempurna ciptaan Allah, belajar tinggi hingga ke IPTA, buka mata esok pagi, jadi ikan termenung seumpama menunggu pungguk rindukan bulan, risau nak makan apa. Itu nak kira macam mana itu..?? LANGSUNG TAK MAHU ADA USAHA IKHTIAR DAN TAWAKKAL. Itu terlebih kiri dah tu. BALIKLAH KE KANAN SEMULA KITA NIE, IKUT CARA SUNNATULLAH. SELAGI MASIH ADA NAFAS, SELAGI ITU MASIH ADA HARAPAN.
Pantaslah beralih ke kanan. Dahulukan pola pemikiran kanan dalam kehidupan, karier dan business sesuai dengan peraturan lalu lintas yang tertulis "GUNAKAN LORONG DI KANAN UNTUK MEMOTONG". OTAK KANAN adalah mata air yang mengalirkan anak-anak sungai yang bernama kreativiti, imaginasi dan intuisi. Jika ANDA MENJADI ORANG KANAN akan membuatkan anda MENJADI SEBUTIR BATU PERMATA DI TENGAH-TENGAH KUMPULAN BATU KARANG. BERANIKAN DIRI UNTUK MENCUBA HAL-HAL YANG BARU, SELAGI TIDAK BERTENTANGAN DENGAN HUKUM HAKAM AGAMA DAN MELANGGAR AKIDAH AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH. GUNAKAN SECARA TOTAL KEKUATAN OTAK KANAN UNTUK MEMAHAMI FAST QUADRANT, PELABURAN LANGIT DAN TANGAN GHAIB.
Setakat inilah sharing sifu petang ini, semoga bermanfaat untuk semua ya.
JAGA BUKU 555 ITU ELOK ELOK, JAGA DIRI, JAGA AGAMA DAN JAGA RAKAN RAKAN SEKELILING.
SALAM KANAN FAST.
0 comments:
Post a Comment