Metafizik
Tahajjud Cinta
*Tahajjud Cinta*
Tafakur di kala pagi syahdu
Sejadah cinta terbentang indah
Munajat kasih iringan wudhu
Mendamba rahmah menagih barakah
Munajat kasih beralun perlahan
gerak berpadu irama alam
tahajud cinta bersama tuhan
memohon doa iringan salam
bingkas bangun dari lamunan
kiblat suci menjadi saksi
malam berseri dgn ketaatan
sunnah nabi sebagai aspirasi
rayuan kasih munajat cinta
menadah tangan sekudus hati
doa dipohon hajat dipinta
rahmat diminta sampai mati
ketika cinta bertasbih
gugur titisan mutiara kasih
zikir sufi terpahat jernih
suci hati rohani bersih
ketika cinta mula bertasbih
basah lidah khusyuk munajat
tahajud cinta hamparan kasih
moga Allah kabulkan hajat
tahajud cinta bersama tuhan
sujud bertasbih di mihrab cinta
ayat-ayat kasih dialun perlahan
memuji Ilahi rahmat dipinta
Hanya PadaMu, Aku Kembali
Demi jiwaku yang berada di tanganMu,
cintaku, nyawaku, hidupku hanyalah untukMu! Kuserahkan apa adanya bersaksikan Engkau, Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Ya Allah, tiadalah Engkau menguji hambaMu dengan seberat-berat ujian, yang bersesuaian dengan dirinya, melainkan hanyalah untuk menyedarkan hambaMu ini akan ketidakupayaannya sebagai hamba yang tiada sebarang daya kuasa untuk melakukan apa jua pun, melainkan hanya dengan penyerahan diri, akal fikiran dan hati secara total kepadaMu.
Dengan pengharapanku hanya padaMu wahai Allah,
Tuhanku yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buatku,
Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang sentiasa 'menerima' diri ini yang seringkali lalai dan hanyut dalam lautan cinta duniawi dan demi Tuhanku yang Maha Bijaksana dalam merencana segala penyelesaian bagi setiap permasalahanku.
Tetapkan hatiku dalam meyakini bahawa segala ketentuanMu adalah yang terbaik buatku melalui penyerahanku penuh ikhlas kepadaMu.
Ampuni aku, bimbinglah aku, dan pilihlah aku kerana cintaMu!
0 comments:
Post a Comment