Nota Xifu Ihsan
Tanda aura bermasalah/kusam/kotor/bocor
Assalamualaikum & Salam Jumaat Barakah 😁😁.
Hari ni nak kongsikan tanda aura anda bermasalah (aura kusam/kotor/bocor).
Aura ialah terdiri daripada medan elektrokmagnetik seperti kulit telur yang mengelilingi tubuh kita yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar @ dirasai oleh kulit.
Namun, aura memberi kesan terhadap fizikal (panas baran/pemalas) dan spiritual.
Punca kebocoran aura ialah:-
1. Udara yang kotor
2. Pemakanan kurang sihat
3. Pendedahan radiasi (HP/TV/komputer & lain-lain)
4. Tekanan kerja/keluarga
5. Kurang bersenam
6. Malas mengerjakan SOLAT
7. MALAS baca Al-Quran
8. Dadah / Rokok
9. Rakan sosial yang negatif
TANDA AURA BOCOR
1. Selalu menguap ketika pakai atau hidu minyak aura.
2. Selalu sendawa ketika dengar bacaan al-Quran atau pakai minyak aura/garam aura.
3. Pening, sendawa atau muntah apabila mencium minyak aura/garam aura atau ketika mendengar azan atau bacaan al-quran.
4. Mengantuk dan lesu badan.
5. Sakit-sakit belakang yang kerap (gangguan jin).
6. Selalu sakit seram sejuk pada waktu Asar-Maghrib (sihir).
7. Mimpi yang bukan-bukan lagi menyeramkan.
8. Selalu bermimpi binatang-binatang berbisa (sihir).
9. Selalu nampak macam kelibat/bayang-bayang dalam rumah atau terasa diekori (sihir).
10. Lebam-lebam di bahagian paha dan betis selepas bangun tidur (jin).
11. Malas solat.
12. RASA MALAS TERAMAT.
13. PANAS BARAN/MEMAKI/MEMUKUL.
14. Rasa tidak yakin / cemas.
15. Berfikiran negatif.
16. Histeria.
17. Rezeki susah nak masuk/biznes tak laku.
18. Orang rasa 'menyampah' melihat wajah anda.
19. SUKAR NAK MAAFKAN ORANG LAIN.
20. Tidak suka bergaul.
21. Selalu sakit.
Kesimpulannya, aura anda bocor banyak @ sedikit? 🤔🤔🤔
0 comments:
Post a Comment