Metafizik

Kisah Imam Shafie dan anak muridnya Yunus ibn Abdal

9:30 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah....

Suatu ketika di dalam kelas pengajian Tuan Guru Imam Shafei,  muridnya, Yunus ibn Abdal Al-A'la telah berbeza pendapat dengan Tuan Imam di dalam satu isu.  Yunus telah marah lantas meninggalkan kelas dan pulang ke rumah.

Malam itu,  Yunus terdengar seseorang mengetuk pintu rumahnya.  Beliau menanya siapa yang mengetuk pintu itu. Pengetuk pintu itu bersuara "Muhammad Bin Idris!" Yunus menyangkakan seorang kawan lain bernama sedemikian tanpa terlintas dihatinya bahawa ini namanya Imam Shafei. Yunus agak terkejut bila didapati yang datang itu Imam Shafei sendiri.

Tuan Imam berkata "Wahai Yunus,  beratus² isu telah menyatukan kita, mengapa hanya 1 isu telah memecah-belahkan kita?

Janganlah mengejar kejuaraan dalam semua perselisihan,  kadang² memenangi hati itu lebih penting dari memenangi keadaan.

Jangan hancurkan jambatan yang telah kamu bina dan telah menyeberanginya,  kelak kamu mungkin memerlukannya lagi ketika kamu

Selalulah bencikan kesalahan bukan bencikan pesalah

Bencikan dosa sepenuh hatimu tetapi maafkanlah dan kasihi si pendosa

Kritikkanlah syarahan tetapi hormati pensyarah.  Kerja kita ialah untuk mematikan penyakit bukan mematikan pesakit.

Inilah sebenar²nya nasihat.
Mudah untuk menghilangkannya.
Mudah untuk membakar jambatan
Mudah untuk membenci seseorang
Mudah untuk berdendam dengan seseorang.
Tetapi apakah kesudahan yang akan kita dapati? 
Hanya menambahkan kepahitan dan tiada hasil apa²

0 comments: