Metafizik

Segerakan yang wajib

7:28 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim
Sahaja Aku berkongsi Ilmu kerana Allah Taala

SEGERAKAN YANG WAJIB

Kalian belajar sesuatu hari ini dengan kekalutan siapkan LAMPU TRAFFIC LIGHT masing masing. Ada sesuatu ILMU di sebalik itu hakikatnya yang sifu nak sampaikan.

Dia begini, sifu bagi satu analogi mudah:-
Sekarang kalau kita mempunyai satu kewajiban atau hutang kepada Bank, apa yang harus atau biasanya kita akan lakukan;

1.  Bayar tepat pada waktunya
2.  Nilai wang yang cukup tidak boleh kurang
3.  Bayar pada tempat yang telah ditetapkan
4.  Dan lain lain yang sesuai dengan perjanjian

Jika kita bertindak sedemikian, pihak bank akan segera mencatatnya, mengucapkan terima kasih kerana kita patuh pada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Biasanya juga pihak Bank akan menawarkan kepada kita sejumlah pinjaman baru, keringanan atau fasiliti lain kepada kalian.

Sekarang, jika berlaku sebaliknya dan kita tidak membayar hutang kita, apa yang bank biasanya lakukan terhadap kita.

1.  Mencatat kelalaian kita
2.  Memberi surat peringatan
3.  Memberikan denda atas kelewatan
4.  Memasukkan nama kita dalam senarai “BlackList”
5.  Mengirimkan “DEBT COLLECTOR” yang kasar kepada kita
6.  Dan sebagainya

Bila kita menghadapi situasi begini, biasanya kita akan merasa tertekan, stress, jiwa kacau bahkan terfikir untuk membunuh diri. JOM SEKARANG KITA GUNAKAN KAEDAH PELABURAN LANGIT FAST.

Jika kita tidak melaksanakan kewajiban seperti SOLAT, ZAKAT, PUASA RAMADHAN, HAJI DAN SEBAGAINYA..?? Agak agak kitalah apa yang Allah akan lakukan :-

1.Malaikat di sebelah kiri mencatat keburukan kita
2.Memberi peringatan dengan pelbagai kejadian dan ujian
3.Yang pasti, jiwa kita akan kacau
4.Mengirimkan “DEBT COLLECTOR” kepada kita di dunia berbentuk azab dan di kubur berupa malaikat Munkar dan Nakir
5.Memasukkan kita ke dalam “DATABASE LIST ALLAH” yang kufur nikmat dan tak tahu nak bersyukur
6.Dan terakhir, humban kita ke nerakanya. NERAKA DUNIA ITULAH NAMANYA TIADA KETENANGAN JIWA.

KETENANGAN JIWA ITU ADALAH SYURGA.
KERESAHAN JIWA ITU ADALAH NERAKA

Bab ZAKAT khususnya, ini jangan kita ambil mudah kerana hati hati apabila kita tidak atau melewatkan membayar zakat.

1.  Mungkin barang kita hilang
2.  Mungkin keluarga kita dilanda musibah
3.  Mungkin anak kita jatuh sakit
4.  Mungkin kerjaya atau business kita “Stuck” atau tersangkut
5.  Cuba bayangkan. Tanpa zakat, harta tetap musnah, dapat dosa, dan pahala tak dapat. Jadi rugi 3 kali
6.  Cuba bayangkan lagi. Dengan zakat, harta kita terpelihara, dosa dapat dihindar, dan pahala tercapai. Jadi profit margin 3 kali. PILIHLAH YANG MANA SATU?

DALAM SURAH AL FATIHAH YANG SECARA MINIMA 17 KALI KITA BACA DALAM SOLAT KITA TERDAPAT AYAT YANG BERBUNYI

“HANYA KEPADA-MU KAMI MENYEMBAH DAN HANYA KEPADA-MU KAMI MEMINTA”

HAKIKAT YANG TERSIRAT DI SEBALIK AYAT INI ADALAH “LUNASKAN KEWAJIBAN ANDA, KEMUDIAN SEGERALAH MELABUR”

0 comments: