Metafizik

3 Jenis Amal Ibadah

8:05 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments







Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, sharing yang baik dari NK untuk sarapan rohani pagi ini, baik dalam sharing NK dikatakan DOSA DOSA BESAR YANG TIDAK DIAMPUNKAN. MANAKAH YANG DIKATAKAN DOSA-DOSA KECIL ITU NK..?? 
DAN MANAKAH YANG DIKATAKAN DOSA-DOSA BESAR ITU..?? 
DAN BAGAIMANAKAH SOLAT YANG DIKATAKAN BENAR BENAR IKHLAS ITU..???


Musibah terbesar dalam hidup ini bukan sakit, miskin, dihina, gagal...tetapi apabila hati melupakan Allah.

Lupa Allah itu akan menghilangkan segala ketenangan. Apabila hilang ketenangan, segalanya tidak akan berguna lagi...walaupun kita sihat, kaya, disanjung dan berjaya.

Ingatlah Allah. Ingatlah Allah banyak-banyak. InsyaAllah, apa sahaja yang kita miliki dan alami akan membawa bahagia! 
(Surah Ar Raad ayat 28 : DENGAN HANYA INGAT ALLAH, JIWA AKAN MENJADI TENANG)

Ingat Allah itu mudah tapi payah apabila kita lemah bermujahadah dan tidak mendapat taufik serta hidayah dari Allah. BUKU 555 itulah praktikalnya untuk kita senantiasa ingat Allah dan melalui proses mujahadah diri. Bila kita dahulukan Allah di atas segala sesuatu, maka Allah akan mendahului kita atas segala sesuatu. Maka semuanya akan dipermudahkan oleh Allah, mudah-mudah dan sehabis mudah.

Maka...berdoalah minta diberi hidayah dan taufik untuk mengingatiNya:

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َعِÙ†ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ø°ِÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ´ُÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ­ُسْÙ†ِ عِبَادَتِÙƒَ

[Ya Allah, tolonglah aku agar selalu berdzikir/mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].” (HR. Abu Daud dan Ahmad, shahih)

Kepada mereka yg dipilih oleh الله تعالى utk menjalani jalan akhirat atau menjadi مريد الله , maka bersyukur kpdNya di atas anugerah ini dan tolong jangan merasa diri lebih baik daripada yang lain atau memandang yang lain dengan pandangan yang merendahkan.

Sepatutnya semakin suci dan jernih hati, maka semakin menebal sifat kasih sayang dan belas kasihan kpd makhluk الله yg lain serta mendoakan yg lain agar diberi taufiq dan hidayahNya.

Waktu itu kita bukan sekadar menangisi untuk diri sendiri malah menangisi atas keadaan orang lain yang masih tenggelam dalam lautan jahil, dunia dan nafsu.

Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana kita mengakhiri kehidupan ini samada dalam husnul khatimahkah atau bagaimana?

Ya الله. .Jangan Engkau haramkan kebaikan daripada sisiMu kepada kami dek kerana dosa2 yang ada di sisi kami... 😭😭😭

آمين



Tanpa AMALAN BUKU 555, semuanya seumpama kertas kosong sahaja, itu pasangannya. Kena ingat itu.

Belilah buku 555 atau apa sahaja buku yang selesa di mata, tapi format kena ikut SOP yang telah diberikan di Akademi.

0 comments: