Metafizik

Bahasa Alam

11:28 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Tuan Malek Mat Akib :
Salam
Saya telah membaca banyak sumber tentang metafizik.

Apa beza ilmu metafizik penomboran yang mengkaji 1 juta orang tentang persamaan nombor tarikh lahir dengan Nomurologi atau Feng shui iaitu ilmu tafsiran no berdasarkan tarikh lahir?

Adakah metafizik pernomboran ini sama dengan yg dibawa oleh En Azizan?

Minta diperjelaskan.

Sifu Farihan Yahya :
Tuan Malek,

Semua ilmu milik Allah. Tiada sesat dan cacat celanya. Ianya bergantung kepada yang menyampai ilmu atau menerima itu diberi hidayah oleh Allah Taala atau tidak.

Pokoknya ke mana penamatnya nak dibawa kepada ilmu ini.

Kalau di tanya di mana perbezaan kaedah sifu bawa tribe ini melalui metafizik sains penomboran Islamik berasaskan al Quran ini adalah berasaskan 1 sebab ini :-

Surah 51 ayat 49
"SETIAP SESUATU ITU BERPASANG-PASANGAN TIADA LAIN TIADA BUKAN ADALAH UNTUK MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH"

Ada kulit ada isinya
Ada lelaki dan ada perempuan
Ada kekuatan dan ada kelemahan

Bila kita tahu kita ada KEKUATAN, kena banyak mensyukuri nikmat Allah. Semuanya dari DIA
Bila kita tahu kita ada KELEMAHAN, kena banyak muhasabah dan perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Maha Pencipta.

Sebab itu sifu HOLD dulu bab numbering ini, sekali sekala sahaja. Dari awal tribe ini lebih kepada BESARKAN ALLAH melebihi dari segala sesuatu dan numbers itu sendiri.

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
(Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 )

Kata ‘ukuran’ membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya. Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini,  ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu).  Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

Ayat 8 dari surat ke-13 di atas menjelaskan bahwa Allah menciptakan segala sesuatu dengan kadar ukuran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, tidak ada ‘wajah’ atau ayat Allah, baik yang tertulis maupun yang terbentang itu ada atau terjadi begitu saja, tanpa disengaja. Semuanya sudah direncanakan, diperhitungkan, dan diatur oleh-Nya, bukan merupakan sesuatu yang kebetulan.  Apabila disengaja, tentu ada maksud dan tujuannya.

0 comments: