Nota Xifu Ihsan

Tenaga Terpendam

8:21 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Assalamualaikum. Hai semua. 😀

Sebelum kita mulakan kelas/pembacaan mari semua kita membaca ummul kitab Al-Fatihah. Moga Allah merahmati, memberkati, mengasihi semua dan memberi kita kefahaman yang terbaik kerana Allah. Aamin ya rabbal alamin.

In Sha Allah, malam ni kita belajar bab TENAGA TERPENDAM.

Melalui tarikh lahir, kita boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Kaedah ini sesuai untuk perbaiki kelemahan diri.

Boleh-boleh? 🙂😊

Masing-masing dah buat pengiraan tarikh lahir?

Kira sampai nombor asas sahaja. Kemudian senaraikan nombor yang tiada.

Contoh dalam gambar rajah :
Nombor yang tiada adalah 4,5,6,9 

Faham?👇 😊

Hurainnya seperti di bawah.

Tiada nombor 1
✏️ Tidak suka/sukar mengambil risiko (sukar meniaga)
✏️ Tiada haluan sendiri, tidak berdikari dan sukar buat keputusan
✏️ Mudah takut/tidak berani, tidak tegas, sukar menjadi ketua
✏️ Lebih suka berfikir, tidak tahu macam mana nak berfikir dengan baik
✏️ Takut berkongsi fikiran anda dengan orang lain
✏️ Perlu berusaha untuk menjadi lebih tegas / berani

Tiada nombor 2
✏️ Tidak cermat/kurang mahir mengendalikan perkara kecil
✏️ Sukar bercakap/meluahkan perasaan; malu dan segan
✏️ Kurang rasa simpati; tiada perasaan emosi terhadap orang lain
✏️ Perlu berusaha untuk merapatkan hubungan, belajar untuk menyokong orang lain dan lebih sensitif dengan keperluan pasangan atau orang lain, serta mengatasi perasaan disisihkan
✏️ Elakkan dari rasa dipermainkan/dipersalahkan

Tiada nombor 3
✏️ Sukar menjadi kreatif, tiada imaginasi atau tiada sifat seni
✏️ Sukar meluahkan bakat dan perasaan; pendiam, malas dan terperap dalam bilik
✏️ Perlu berusaha untuk meningkatkan keupayaan kreativiti dan sentiasa cari peluang dan berada di dalam suasana yang berwarna warni, muzik, imaginasi dan dunia kreatif

Tiada nombor 4
- Sangat bergantung dengan orang lain
- Tidak berdikari
- Jadual hidup tidak menentu
- Sukar menumpukan. Menyiapkan kerja
- Kurang minat belajar
- Perlu berusaha untuk berdikari, siapkan tugasan dengan baik, letakkan matlamat untuk dicapai.
- Kajilah pencapaian seharian sebagai panduan untuk hari mendatang.

Tiada nombor 5
- Kurang ambil perhatian pada kesihatan
- Mahu kerja tanpa cuti
- Tak pandai relaks dan bercelaru atau kaku
- Perlu beri perhatian pada kesihatan diri, elakkan bekerja lebih dari kemampuan, belajar relaks dan beri masa utk rehat.

Tiada nombor 6
✏️ Sukar atau tidak mahu menjaga orang lain (sukar berfungsi dalam perkahwinan atau masyarakat)
✏️ Sukar atau tiada bersopan; pentingkan diri
✏️ Rasa kurang yakin atau rasa disisihkan orang lain
✏️ Tidak pedulikan ahli keluarga atau rumahtangga; orang bawahan atau kawan
✏️ Perlu belajar cara bergaul dan berinteraksi dengan orang lain; ambil berat tentang orang lain
✏️ Buatlah kerja sukarelawan dalam masyarakat
✏️ Tingkatkan keyakinan diri untuk brgaul dengan orang lain
✏️ Buat aktiviti menjaga rumahtangga
✏️ Elakkan daripada menjadi anti masyarakat

Tiada nombor 7
- Sukar tumpu perhatian
- Kurang pengetahuan tentang kerohanian
- Perlu belajar dan berusaha untuk tumpukan perhatian.
- Mendalami dan praktikkan amalan kerohanian dan kesedaran diri

Tiada nombor 8
- Tiada tekanan hidup tapi mudah bosan dan tiada pendirian tetap.
- Sukar siapkan tugasan
- Tidak tahu guna kekuatan diri untuk berjaya.
- Kurang mahir dalam urus kewangan.
- Perlu belajar dan berusaha untuk mahir dalam bidang urusan kewangan dan meluahkan bakat kekuatan anda.

Tiada nombor 9
- Sukar atau tiada sifat penyayang. Sukar maafkan orang. Suka merendah-rendahkan orang.
- Sukar melupakan kisah lama. Buat keputusan tanpa usul periksa.
- Sukar dapat peluang dan kejayaan.
- Perlu belajar dan berusaha untuk mendalami perasaan orang lain. Memaafkan/melupakan peristiwa lalu dan meihat dunia dengan lebih luas sebelum buat keputusan.


Adakah tenaga terpendam yang dibongkarkan sama dan benar seperti diri anda kini? 😀😃


Sama-sama kita kenalpasti kelemahan dan perbaiki untuk kecemerlangan hidup.

0 comments: