Metafizik

Berdoa untuk orang lain

8:45 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

BERDOA UNTUK ORANG LAIN.

Kita boleh doakan orang lain diampunkan dosanya. Dalam hadis sahih:

عَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  "

Daripada Ummu ad-Darda' radiallahu 'anha, daripada Abu ad-Darda' radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

 مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ " .

Tidaklah seorang Muslim itu mendoakan saudaranya tanpa kehadiran saudaranya kecuali malaikat akan menjawab kepadanya: Untuk engkau seperti itu jua.

[Sahih Muslim, Bab Fadhl ad-Dua' Lil Muslimin Bi Zahril Ghaib, hadis no: 2732]

Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Sahih Muslim:

ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا. وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة ;  ،  لأنها تستجاب ، ويحصل له مثلها

Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)

Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)

Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya).

Hari JUMAAT
Rebutlah banyak waktu & tempatnya maqbul Doa.

😍😍😍Doakan, saya sekali.💚💚💚

0 comments: