Tips Niaga Instagram
Refleksi diri setiap hari
Selamat pagi pada semua.
Sesungguhnya rezeki itu anugerah dari Allah. Berkat selawat semoga dipermudahkan rezeki kita semua lebih berkat dan baik dari sebelumnya.
Jangan lupa refleksi diri setiap hari.
Bersangka baiklah pada Allah setiap masa, saat dan waktu.
Jangan abaikan Allah di kala senang mahupun susah.
Allah suka dipuji.
Pujilah Allah siang dan malam dengan nama Allah yang baik.
Jangan merungut atau kecewa sedangkan banyak lagi rahmat yang Allah beri.
Jika dulu Allah beri rezeki yang hebat bermakna Allah boleh beri lagi hebat cuma kita sebagai manusia kena bersyukur.
Jangan sombong, jangan menghina guru dan jangan mendengus kerana ia menjauhkan rezeki dari kita.
Semoga Allah memberkati usaha kita untuk membangunkan diri, keluarga dan agama. InsyaAllah.
Cik Hajar
0 comments:
Post a Comment