Nota Bisnes
Harga produk
TIPS BISNES HARI INI
Harga:
🌸 Secara etika, kita perlu menjual dengan harga pasaran. Macam mana nak tahu harga pasaran? Tengok standard produk tu dalam pasaran berapa RM harganya. Contoh: tudung bidang 60. Harganya standard dijual dalam RM35 ke atas.
🌸 Kalau kita borong dari orang, atau jadi ejen, mesti jual ikut harga yang mereka jual atau jual lebih mahal. (Kecuali kalau buat sale/clearance). Jangan bersaing guna harga, tapi bersaing lah dengan cara memantapkan servis & kualiti barang kita. Give an awesome shopping experience to our customers.
🌸 Tak salah letak harga 2 (atau 3) kali ganda lebih dari harga kain, sebab dalam proses siapkan tudung tu (contohnya), bukan hanya ada kos kain. Ada kos minyak, tenaga, masa, marketing, idea, packaging etc. Dan harga tinggi BUKAN RIBA'. Riba' adalah bila orang berhutang pada kita & kita minta dia bayar lebih tinggi. Selagi mana orang sanggup bayar harga tertentu untuk beli barang kita, tak apa kita letak harga mcm tu. Tak salah dari sisi agama atau etika bisnes. Sebab kita memang tak paksa orang beli barang kita, mereka ada pilihan lain. (Kecuali kalau kita jual barang keperluan seperti beras dan pakat ramai-ramai sesama peniaga utk naikkan harga. Yang ni memang salah)
🌸 Ada orang kata, dia jual murah untuk tolong orang susah. Okay, satu perkara penting kita perlu faham tentang bisnes; "kita berniaga dengan orang yang mampu beli & berduit. Untuk orang yang susah, kita buat kebajikan (contohnya sedekah)."
Antara sebab kita tak boleh jual jauh lebih murah dari harga pasaran ialah: ia menzalimi peniaga-peniaga lain & will kill the market & pasaran tak akan berkembang. Ada banyak lagi kesan buruk nya. InshaAllah nanti saya akan kongsikan lagi. :)
Nor Sajidah Zulkafli
Founder EL SAJIDA
0 comments:
Post a Comment