Tips Niaga Instagram

6 sebab kenapa kita gagal ?

11:33 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


6 SEBAB KENAPA KITA GAGAL?

Mengapa ini berlaku?

1. Kita tidak berjaya kerana…
Kita tidak mempunyai matlamat. Tidak kira matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat akan memberi daya fokus dan usaha untuk mencapai impian kejayaan.

2. Kita tidak berjaya kerana…
Kita tidak mahu berusaha lebih daripada orang lain. Apabila melihat orang lain usaha biasa-biasa sahaja, kita fikirkan ia sudah cukup. Padahal, untuk berjaya, usaha perlu berganda. Berganda lebih daripada orang lain yang hanya mencapai ‘biasa-biasa’ sahaja dalam hidup.

3. Kita tidak berjaya kerana…
Kita ingat kita sudah ketahui segalanya. Kita sombong dalam mencari ilmu dan bertanya. Sememangnya tanpa ilmu,pastinya tidak akan capai apa sahaja dengan sempurna. Tanpa ilmu, tidak kira apa sahaja bidang yang kita ceburi, pastinya akan berjumpa kegagalan.

4. Kita tidak berjaya kerana…
Kita selalu memberi alasan untuk melakukan sesuatu. Alasan yang paling bahaya adalah alasan yang menghentikan kita dalam mengambil langkah mencapai kejayaan. Mungkin bagi diri kita ia adalah alasan yang munasabah. Namun, alasan, tetap alasan sekiranya kita tidak ikhtiar dalam mencari penyelesaiannya.

5. Kita tidak berjaya kerana…
Kita tidak mahu berubah. Kita fikirkan bahawa dengan melakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, kita akan mendapat keputusan yang berbeza. Untuk mendapat keputusan yang berbeza, pastinya perubahan perlu dilakukan. Sama ada perubahan di minda, perubahan pada jadual harian ataupun perubahan dari aksi dan sikap diri sendiri.

6. Kita tidak berjaya kerana…
Rezeki belum berpihak kepada diri kita. Walaupun mempunyai matlamat, sudah berusaha, sudah mencari ilmu, membuang segala alasan, dan sudah melakukan perubahan diri, namun sekiranya tidak berjaya juga, ertinya perlu gandakan lagi usaha-usaha ini.

Rezeki mungkin belum berpihak kepada anda, namun, untuk mendapat rezeki kejayaan, ianya perlu dilakukan secara berterusan dan tanpa putus asa. Rezeki tidak akan datang bergolek. Anda perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan terlebih dahulu!

0 comments: