Analisa karakter diri mengikut juz diri dalam al-Quran
Pemetaan 30 tipologi manusia
Mari kita lihat Firman Allah tentang perkara ini :
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (41-Hamim As Sajdah 53)
– Diri mereka sendiri (Manusia) : Sistem Juz
– Di segenap ufuk (alam semesta) : Sistem Surat
– Al Qur’an itu adalah benar (Sistem / Kaedah hukum) : Sistem Ayat
Tempoh hari di tribe ini sifu ada kupas tentang Surah 40 ayat 57 kan, tentang MAKRO-MIKRO
Allah tinggalkan satu persoalan kepada kita semua pada Surah 40 ayat 57..??
"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui...???
Yang tidak banyak diketahui oleh manusia itu adalah "PERSAMAAN" alam makro langit dan bumi dengan alam mikro manusia.
Penjelasannya ialah :
– Setiap awal juz selalu dituliskan lafadz Al Juz
– Nilai Numerik Al Juz = 76 (Qs. Al Insan) = Manusia
– Al Juz berkaitan dengan sistem pemetaan manusia
Tak ramai yang tahu juzu' diri mengikut al quran
sedangkan al quran itu adalah mukjizat yang diturunkan untuk ad-dahri.. iaitu al-insan...
kiraan al-juzu' itu nilainya 76...
maka surah 76 adalah surah al-insan
ia melengkapi setiap insan dalam hidup di atas muka bumi ini dengan formula-formula yang boleh dijadikan panduan.
bila ada yang mengetahui juzu diri mengikut al quran
rasa bercampur baur kerana adanya kebenaran mengikut surah2 yang sememangnya dijadikan pengajaran untuk kita.
Penjelasannya ialah :
– Nilai numerik Fardhu : Fa (20), Ra (10), Dha (15) = 45.
– Nilai numerik Sunnah : Sin (12), Nun (25), Ta Marbutah (32) = 69.
– Satu manusia di atas satu Sajdah (Qs. 32 As Sajdah : 30 ayat).
– Satu manusia terkait dengan salah satu juz di antara 30 juz Al Quran sebagai As Sajdah nya (batasan-batasannya).
– Sajdah : tempat sujud : Juz adalah kaedah atau methodologi untuk mensujudkan diri, kenal diri, sadar diri, agar sujud/patuh/tunduk kepada ketentuan Allah swt di dalam Al Quran.
– Nilai Fardhu + Sunnah = 45 + 69 = 114 (Qs. An Naas/Manusia).
69 + 45 = 114 pembuktian manusia itu sendiri mewakilli 114 juz dalam Al-quran.
Penjelasannya iaitu :
– Nilai Fardhu + Sunnah = 45 + 69 = 114 (Qs. An Naas/Manusia).
– Manusia di atas As Sajdah = Manusia dan Juz.
– Nilai nombor surat As Sajdah (32) + jumlah ayatnya (30) berjumlah : 62.
– 62 + 114 = 176 (jumlah ayat dari surat ke 4 An Nisaa’ / Simbol Wanita).
– Nilai numerikal Fardhu (45), 4 + 5= 9 dan nilai numerik Sunah (69), 6 + 9= 15.
– 62 + 114 + 9 + 15 = 200 (jumlah ayat dari surat ke 3 Ali ‘Imraan / Simbol Lelaki).
– Baik wanita maupun lelaki, setiap manusia terkait dengan salah satu juz di Al Quran.
Penjelasannya iaitu : Membaca juz adalah sebagai wujud konkrit untuk memperbaiki diri, baik jiwa maupun raga, dalam rangka regenerasi ummat dan pembuktian kebenaran/kemukjizatan Al Quran.
Penjelasannya iaitu : Bertadarus Al Quran, mengandungi pesan untuk mencari jati diri manusia, dalam rangka untuk mengenali dirinya dan mengenali Allah swt.
Penjelasannya iaitu : Membaca juz adalah dalam rangka berserah diri dan membersihkan diri (At Taubah/Taubat)
sebab itu kita memerlukan istiqamah selama 40 hari utk ubah sikap menjadi attitude. 40 = 4 + 5 = 9
Al-quran yang pertama kali diturunkan ketika usia Nabi yang ke-40, merujuk kepada usia matang seseorang.
Jika kita sudah berusia 40 tahun, namun masih belum mendapatkan jalan makrifat ataupun hidayah menuju Allah SWT, berkemungkinan wahyu sukar untuk menghampiri kalian, kecuali wahyu yang bersifat sementara dan tidak menuju kepada keabdian yang menyeluruh kepada Allah SWT.
Penjelasannya iaitu : Pembacan juz juga, merupakan kelengkapan dari 5 Solat Fardhu.
Penjelasannya iaitu : 30 juz adalah sistem pemetaan 30 tipologi manusia, untuk dikenali dalam rangka membersihkan diri (meminimalkan potensi negatif) dan mengoptimalkan potensi positif
Kajian parameter al Quran sungguh menakjubkan malah mengkesimakan ramai mathematician.
kerana al-Quran dibina begitu rapi dan tidak ada sebarang kesilapan
malah Allah dah janji akan lindungi alquran sehingga kiamat
adalah rugi kalau anda masih tidak tahu juz diri dalam alquran
sebab biasanya para huffaz yang menghafal keseluruhan juz 30
akan menemui secara manual juz diri mereka
sedangkan yang tidak membaca al quran memang akan terkapai2 tidak tahu juz sendiri
ilmu al quran ini perlu disampaikan
kita tak boleh duduk saja2 tak baca alquran tanpa memahami isinya.
Penjelasannya iaitu : Pembacaan juz terkait dengan upaya untuk menata hati, mengobati penyakit hati. Juga digunakan untuk merawat diri dan juga orang lain
Di dalam Al Qur'an pun penekanan tentang hati berulang kali ditegaskan, baik dalam konteks kehidupan dunia maupun akhirat.
Hal ini semakin meyakinkan kita, memang benarlah adanya bahwa masalah “hati” adalah hal yang perlu di ambil kira dalam sepak terajang manusia sebagai KhalifahNya di muka bumi ini.
Khusus dalam konteks memperhatikan Al Quran, ada sebuah ayat yang menegaskan tentang hubungan hati dengan kepahaman manusia akan Al Quran, yakni :
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci.“ (Muhammad: 24).
Di ayat lain, Allah pun menegaskan bahwa hati manusia terkait pula dengan perolehan dan pencapaian akan petunjukNya :
Katakanlah (Muhammad), “Barangsiapa menjadi musuh Jibril, maka (ketahuilah) bahwa dialah yang telah menurunkan (Al Quran) ke dalam hatimu dengan izin Allah, membenarkan apa (kitab-kitab) yang terdahulu, dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang beriman.” (Qs.2-Al Baqarah 97)
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (Al-Hajj: 46).
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah Membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah Mengunci pendengaran dan hatinya serta Meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (45-Al Jaatsiyah 23)
Adapun dalam hubungannya dengan azab Allah, ternyata juga dikaitkan dengan hati :
Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat. (Qs. 2-Al Baqarah 7)
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah Menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, karena mereka berdusta. (Qs. 2-Al Baqarah 10)
Sebenarnya, tidak ada diceritakan pun dalam Al-quran sebarang penyakit melainkan penyakit "hati".
Dari situlah akan menjadi kanser dan sebagainya. Bila kita tahu Juz Diri, dengan amalan secara istiqamahnya dengan izin Allah akan sembuh.
0 comments:
Post a Comment