Metafizik
Datang Ke Allah
DATANG KE ALLAH
labaik allahuma labaik....
bukan ketika pergi menunaikan haji sahaja.
Ia harus ada dalam kesedaran dalam diri kita setiap saat. Kita datang ke Allah.
Cuba sekarang.... dalam duduk diam....
sedar kuat pada Allah.... katakan padaNya...
Ya Allah..
llahuma labaik, labaik la sharika “labaik allahuma labaik, labaik la sharika laka labaik, Innal hamda wann’imat laka laka labaik, Innal hamda wann’imat laka wal mulk, la sharika lak”
aku datang kepada MU ya Allah, aku datang.
Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau, aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala nikmat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau.
Maka datangnya kita bukan masa haji sahaja.
Haji itu untuk kita jalani setiap saat hidup ini.
Kerana itu Haji adalah rukun Islam..... Islam..
hanya satu-satunya cara hidup yang diterima Allah.
Mari praktikkan....
jangan sekadar baca untuk mengenangkan saat haji.
Harus diamalkan terus dalam kehidupan ini.
Ya Allah.... aku datang ya Allah.... aku datang.
Bukan datang ke Mekah.
Bukan datang ke Kaabah.
Bukan datang ke safa dan marwah. Bukan datang ke arafah.
Bukan datang ke Mina.
Bukan datang ke jamratul.
Tetapi datang ke Allah.
Haji itu sama seperti syahadah.
Sama dengan solat.
Sama dengan puasa.
Sama dengan zakat.
Ibadah melatih untuk datang semula...
yakni pulang ke Allah.
Agar diri mampu pulang dengan benar di saat pulang abadi nanti.
Agar ketika pulang yang benar yakni mati... diri tidak terikat dengan apa yang dimiliki.
Inilah haji mabrur.
Yang mampu membawa kita agar sedar Allah setiap saat. Agar mampu runduk... rendah hati dan tunduk padaNya.
Inilah syahadah yang benar.
Yang membenarkan hanya Allah adalah Tuhan dan menafikan yang lain.
Dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya.
Inilah solat yang khusyuk pada Allah.
Bukan pada bacaan.
Bukan pada suara.
Bukan pada makna.
Bukan pada penglihatan.
Tapi hanya pada Allah.
Tunduk dan patuh lalu rukuk dan sujud meleburkan hati yang ego.
Inilah puasa.
Melemahkan jasad yang mengikat jiwa.
Melepaskan tarikan nafsu yang hanya ingin ke tanah. Makanan dari tanah.
Kebendaan dari tanah.
Wanita dari tanah.
Anak-anak dari tanah.
Inilah zakat.
Agar jiwa tidak terikat dengan apa yang dimiliki.
Mampu memberi dalam apa jua nilai harta.
Sikit atau banyak.... terus sedekah.... terus berzakat.
Jiwa yakin dengan aturan rezeki Allah.
Labaikllahumalabai....
ya Allah aku datang ya Allah... aku datang
Semoga bermanfaat untuk semua.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment