Ketenangan Hati

5:53 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Saat aku merasa kosong dan tidak berdaya
Aku mengerti Engkau telah memberiku
Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri
Saat aku merasa lemah longlai dan tidak punyai apa2
Aku tahu betapa selayaknya aku merasa begitu
Kerana pemilik kepada segalanya hanyalah Engkau sahaja
Aku hanya sebuah bongkah tanah kosong
Yang tidak memiliki apa2
Jika tidak dipinjamkan olehMu

Semoga hati ini mampu melihat segalanya
Dengan redha dan lapang dada
Melihat keindahan di sebalik setiap yang berlaku
Melihat nikmat di sebalik setiap ujian yang datang
Melihat kegembiraan dan keindahan
di sebalik setiap perjalanan hidup

Ya syakur
Ya Rabbi
Ya Rahman
Ya Rahim
Engkaulah Yang Maha Memiliki
dan Maha Memberi

Semoga aku bakal bertemu
Ketenangan hati
Yang hakiki

0 comments: