Getaran Kesyukuran Diri

Getaran Kesyukuran 03/40

9:43 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Al Anbiyaa ayat 108 (21:108)
Katakanlah : "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"

Aku bersyukur pagi ini dapat menunaikan Solat Sunat Tahajjud dan Witir walaupun telah agak terlewat bangun daripada jam loceng yang dikunci.

Aku bersyukur dapat menghabiskan bacaan al mathurat pagi, semoga terus istiqamah juga melakukannya sebagai rutin awal pagi.

Aku bersyukur badan suami walaupun masih panas tapi telah berkurang sedikit dari malam tadi, semoga dia cepat kebah dari demamnya.

Aku bersyukur dapat berkhidmat kepada suami sewaktu dia sedang kesakitan, demam panas, sakit urat dan batuk sejak dari semalam.

Aku bersyukur semalam pelanggan yang buat belian 47pcs set baju Armada Couture telah menyelesaikan baki bayarannya.

Aku bersyukur semalam dapat order lagi untuk tempahan customade untuk 43pcs set baju Halal Love premium oleh cikgu di Jerantut. 

Aku bersyukur atas rahmat dan kasih sayang Allah, betapa sesugguhnya Allah Maha Baik dan Maha Pemurah terhadap hamba-hambaNya. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
29/9/2017
Shah Alam, 9.43pagi

0 comments: