Getaran Kesyukuran
Getaran Kesyukuran 01/40
Surah Ibrahim ayat 7
"Sesugguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesugguhnya azabKu sangat pedih."
Aku bersyukur pagi ini bangun dari tidur dengan minda dan jiwa yang positif.
Aku bersyukur semalam berpeluang meneman suami ke program IT VMware dan dapat makan-makan di hotel.
Aku bersyukur dalam kesibukan semalam, masih dikurniakan pm yang banyak dari pelanggan yang berminat untuk buat belian baju sedondon denganku.
Aku bersyukur semalam dapat siapkan 2 invois untuk pelanggan set hari keluarga sekolah dan set telekung.
Aku bersyukur walaupun dalam ujian untuk mencukupkan duit bayaran PTPTN dan kereta, Tuhan bukakan rezeki dari pelanggan bajusedondon.com.
Aku bersyukur rasa sakit pinggangku makin pulih dan akan cuba teruskan istiqamah makan ubat tuju angin serta bersenam.
Aku bersyukur Ya Allah kerana di sebalik ujian yang datang, aku merasakan diberi perhatian dan mendapat kasih sayang Tuhan.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
5/9/2017
Shah Alam, 6.40 pagi
0 comments:
Post a Comment