di sebalik kisah

RAMADHAN + merdeka

7:30 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

29 Syaaban 1429H

Hari ni dah pun sampai ke penghujung Syaaban, sampai waktunya untuk melihat anak bulan & menentukan tarikh permulaan puasa Ramadhan bagi umat Islam..terasa cepat benar masa berlalu..salah satu tanda-tanda hari kiamat tu..sudah bersediakah jasmani & rohani kita untuk menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak??bulan barokah yang tiada duanya, bulan maghfirah yang dikurniakan Allah untuk hamba-hambaNya...
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada seluruh umat Islam..moga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik & berkualiti daripada yang sebelumnya..moga kesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini menjadi platform terbaik untuk mengubah diri sendiri, bermuhasabah serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..
Bagi rakyat Malaysia pula, hari ni merupakan hari kemerdekaan yang ke-51..erm, sejauh mana anda semua merasakan kita telah merdeka??benarkah kita telah merdeka dalam ertikata yang sebenarnya??kalau dilihat fenomena pada hari ini, rasanya masih ramai insan-insan yang tidak merdeka..malah bertambah ramai insan-insan yang kadangkala dilihat keliru dengan istilah merdeka itu sendiri..

merdeka pada jiwa...
merdeka pada fikiran...
merdeka pada perbuatan...
biar merdeka 1000 kali pun...
namun merdeka itu tetap sama..
andai dibiar kosong tanpa rasa..
hambar tanpa semangat yang membara...

Untuk teman yang menyambut hari lahir pada hari ini..selamat hari ulangtahun kelahiran diucapkan..walau tak mampu nak disampaikan di alam nyata, namun insyaAllah ingatan itu masih ada & tetap ada..kadang-kadang suatu kenangan itu hanya indah untuk dikenang sebagai sebuah kenangan bukannya kenyataan... :)

0 comments:

promosi

AKADEMI NASYID - AKHIR

11:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

28 Syaaban 1429H

Akademi nasyid sampai jua ke penghujungnya..malam ni dah pun episod terakhir, dah masuk peringkat akhir..
erm, secara keseluruhan memang semua peserta hebat-hebat belaka..cuma malam ni memang rasa terhibur dengan persembahan aiman & muslim voice..best sangat..sampai juri2 pun memang puji persembahan diorang..lagu baru yang aiman nyanyikan malam ni memang sesuai dengan dia, gamat jap kat studio masa dia buat persembahan tu..cicik rasanya biasa je malam ni..azhan pun o.k je..

keputusan muktamadnya..azhan yang menang, bawa pulang rm100,000..dia memang layak untuk menang, memang dari segi undian sms peminat-peminat pun azhan selalu menggungguli carta..kalaupun juri kata malam ni dia biasa-biasa saja, tapi peminat dia kat luar dah pun memberikan kemenangan untuk dia..& yang lebih penting memang sudah ditakdirkan rezeki itu tertulis untuknya.. :) :)

mungkinkah selepas ni bakal menyusul akademi nasyid 2???
moga-moga tv9 akan terus menjadi pemangkin rancangan-rancangan ilmiah sebegini, yang menyediakan alternatif untuk kita 'lari dari kebiasaan' dalam mencari kebenaran untuk meneruskan kehidupan..

0 comments:

isu semasa

headline hari ini...

12:30 AM Rashidah Abd Hamid 3 Comments

25 Syaaban 1429H

Anda di luar sana boleh memilih untuk membaca mana-mana akhbar sekalipun...apa yang pasti 'main point' yang ingin disampaikan tetap sama.."KEMENANGAN DSAI DI PERMATANG PAUH"..cuma mungkin diolah dalam bentuk yang berbeza-beza..

Barangkali 'moral of the story' nye ialah... zaman dah berubah, dunia dah maju...fikiran & pemahaman rakyat juga sudah semakin jelas dan tegas dalam menentukan ke mana arah negara.. :) :)

harapan baru rakyat malaysia...

3 comments:

isu semasa

hari ini dalam sejarah...

12:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

24 Syaaban 1429H

Hari ini dalam sejarah...sepertimana yang sekalian rakyat sedia maklum, hari ini berlangsungnya Pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang.. Calon yang bertanding:
  • Dato Seri Anwar b Ibrahim (PKR)
  • Dato Ariff Shah b Omar Shah (BN)
  • Hanafi b Mamat (AKIM)

Secara realitinya, semua orang tahu perlawanan sebenar ialah antara PKR & BN..AKIM mungkin sekadar menjadi pemecah undi sahaja..

tit..tit..one message received...

"Salam sahabat..hari ni kampus ----- bercuti sempena pilihanraya..sayangnya ukhti xde d cni, kalo tak boleh b'sama2 ke p'matang pauh.."

mesej dari teman sekampus..ye..sayangnya kini berada di negeri kelahiran sendiri..kalau masih di Pulau Pinang, boleh juga turut serta menyaksikan fenomena gelombang rakyat di sana..

TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR...

0 comments:

motivasi

ATASILAH KETAKUTAN ANDA...!!

6:00 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments




23 Syaaban 1429H

  • Jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup, tetapi ia mestilah dibaja dengan keberanian untuk tumbuh.

  • Jika ingin berjaya, pertama tetapkan matlamat besar dan kedua berani mendapatkannya.

  • Keberanian ialah keimanan yang sedang beraksi.

  • Hidup adalah perjuangan, hanya yang berani sahaja yang dapat hidup berjaya kerana keberanian ialah bala tentera jiwa yang mengawal diri daripada ditakluki, dihina dan diperhambakan.

  • Ingatlah pertama kali kita membuat perkara yang dirasakan takut untuk membuatnya, 10% tentera takut lari dihalau oleh 10% tentera berani yang semakin bertambah. Seandainya 10 kali kita melakukannya maka 100% tentera takut lari & akhirnya keberanian akan wujud serta bertapak dalam diri kita...

0 comments:

monolog

akhirnya...

8:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

22 Syaaban 1429H

Akhirnya..sampai juga ke penghujung minggu. Ya, waktu & masa itu sentiasa berputar..akur menjalankan tugasnya, beredar hari demi hari lantas meninggalkan kita dengan cebisan-cebisan kenangan serta pengalaman hidup..

Erm...minggu yang memenatkan..Rasanya sepanjang bulan ini, minggu yang baru berlalu inilah yang paling penat..Penat dengan pelbagai rasa, MARAH..KECEWA..GEMBIRA..BERSYUKUR.. kesemuanya bercantum di dalam satu jiwa.. Walau tak kesemuanya diterjemahkan ke alam nyata, tapi sememangnya minda cukup penat mengharungi liku-liku hidup seminggu ini..
Kalau langsung tak marah pada perkara-perkara yang berlaku, macam tak normal lak nanti.. hehehe...tapi amarahku tidaklah setinggi mana, tidaklah sampai boleh mengalahkan gunung fuji kat jepun tu...sekadar 'marah-marah manja' sahaja pada insan-insan yang kadang-kadang menguji kesabaran..

Maklum sajalah 'RAMBUT SAMA HITAM TETAPI HATI LAIN-LAIN'..rasa-rasanya zaman sekarang ni peribahasa tu macam dah kurang relevan sebab dah ramai manusia yang dok pakat-pakat tukar warna rambut..jadi pe kata ubah sikit peribahasa tu jadi macam ni...'HATI SAMA MERAH TETAPI FIKIRAN LAIN-LAIN'..boleh gitu??????

Semalam ada ujian SPA..soalan yang tiba-tiba buat diri sendiri jadi macam 'blur' je..
"Piala Dunia 2010 akan berlangsung di........"
Isk.....isk....isk...bab-bab bola sepak ni memang tak tahu & jarang sangat diambil tahu.. walaupun selalu kena jadi tukang teman tak rasmi & tukang buat air tak rasmi kepada peminat-peminat bola kat rumah tu..hehhe... :(

0 comments:

promosi

Konsert Showcase Finalis Akademi Nasyid

10:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

21 Syaaban 1429H

Minggu ni kira macam persembahan terakhir para peserta..tiada penyingkiran, sekadar latihan untuk mempersiapkan diri menuju ke peringkat akhir..minggu depan dah pun 'last episode'.. final champion..BEST OF LUCK untuk semua peserta especially AZHAN & CICIK..

.....Andai memang rezeki itu sudah tertulis untuk kita, lambat @ cepat kita pasti akan tetap memperolehinya...Insya-Allah...man jadda wa jada...

kat bawah ni blog rasmi akademi nasyid..Check it out...!

http://www.tv9.com.my/akademinasyid/

Menjelang Konsert Final - 1

0 comments:

monolog

WAHAI HATI...

12:30 PM Rashidah Abd Hamid 1 Comments


20 Syaaban 1429H

Wahai hati

Pandanglah keindahan, hati ingat
kepada Allah yang menjadikannya...

Makanlah yang enak-enak, hati ingat
kepada Allah yang memberikan rezeki...

Bersabarlah ketika sakit, hati ingat
kepada Allah yang hendak menguji kesabaran hamba-Nya

Bersyukurlah ketika berjaya, hati ingat
kepada Allah kerana setiap kejayaan itu miliknya...

Tabahlah jika menghadapi kegagalan, hati ingat
kepada Allah yang mengetahui hikmah di sebaliknya...

...........................................................................................

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan hanya kepada Yang Maha Esa, pemilik sekalian alam..terasanya nikmat kasih sayang-Nya pada hari ini tatkala dimurahkan rezeki, terkabul jua impianku sekian lama...erm, lepas ni boleh tumpukan pada 'the next dream'... :)

Moga kemudahan yang diberikan ini bakal memudahkan jalan menuju jalan-Nya, mendekatkan diri pada-Nya...

Moga rezeki dan amanah yang dikurniakan tidak melekakan tetapi menambahkan kesyukuran serta keimanan...

Benarlah, sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah itu amat dekat kepada hamba-hambaNya...

1 comments:

Tazkirah

MENCARI TEMAN YANG TERDIDIK HATINYA...

11:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

19 Syaaban 1429H

Layakkah mencari teman yang sedemikian??

Sedang hakikat diri ini penuh kejahilan...
Sering tewas menerima ujian..
Acapkali alpa mengharungi kehidupan...

Punyai teman yang terdidik hatinya
Menjadi dambaan kala keseorangan
Menyesali, menangisi dosa-dosa
Yang terkadang menjadi santapan harian
Saat gembira, detik berduka
Sering menidakkan hikmah suatu kejadian
Layakkah diri ini
Melangkah seiringan dengannya...

Duhai teman yang terdidik hatinya
Bimbinglah daku ke jalan hidayah-Nya
Tegurilah daku saat diri ini terleka
Peringatkan aku di kala diri terbuai dengan arus dunia

Duhai teman
Moga impian ukhuwah bisa terbina
Menuju abadi dalam redha-Nya...

0 comments:

monolog

KERJA SENANG HATI SUSAH...

8:51 PM Rashidah Abd Hamid 3 Comments

18 Syaaban 1429H

Kerja senang, hati susah @ kerja susah hati senang...yang mana satu pilihan anda??? Agaknya jika diberi peluang untuk memilih, pasti ramai yang inginkan "kerja senang, hati pun sonang.." Tapi hakikatnya, dalam hidup kita tak punya banyak kesempatan untuk memilih.. Mungkin apa yang kita perolehi sekarang, kadang-kadang bukan seperti yang kita inginkan. Walau bagaimanapun, sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan untuk kita itu pastinya adalah yang terbaik untuk diri kita sendiri, cuma mungkin saat ini...detik ini...kita terhijab, tak nampak sesuatu hikmah di sebaliknya..
Sekadar contoh rekaan semata-mata (tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)...
Mungkin kita bekerja dengan hati yang susah walaupun bebanan kerja itu tidaklah sesusah mana..tidaklah terlalu membebankan, meng'stress'kan..soal kerja selalunya dapat diselesaikan sepertimana yang diminta tapi yang jadi masalahnya hampir SETIAP HARI tiadanya DAMAI DI HATI...kiranya kes 'DAMAI YANG HILANG' la ni...heheheh...
Kalau cuma kerja sahaja yang selesai, tapi masalah dengan para pekerja tak pernah selesai...susah juga kan..dalam salah satu buku motivasi yang pernah dibaca, ada tertulis begini.. "Dalam sesuatu perhubungan sesama manusia tidak kiralah sesama rakan sekerja ke, rakan sekolah ke, masyarakat umum ke...salah satu antara prinsip utama ialah "MENGHORMATILAH JIKA INGIN DIHORMATI"...dalam erti kata lain, jika kita mengharapkan orang lain berbuat baik dengan kita, kita harus mulakan terlebih dahulu.. begitulah juga, jika ingin orang lain menghormati serta mendengar pendapat kita...kita juga harus belajar mendengar dan menerima pendapat orang lain terlebih dahulu...
Adilkah jika diri sendiri hampir setiap hari mengguris perasaan orang lain dengan kata-kata yang tidak berlapis tetapi mengharapkan orang lain bercakap sopan-santun dengan kita...
Adilkah jika diri sendiri hampir setiap hari melemparkan kata-kata sumpah seranah kepada orang lain tetapi memohon orang lain berlemah lembut dengan kita...
Adilkah jika diri sendiri sering memperlekehkan pendapat orang lain tetapi mengharapkan orang lain menerima dan menyokong pendapat kita...
Adilkah jika diri sendiri tidak bercampur gaul dengan orang ramai tetapi mengharapkan orang ramai memahami dan menurut kehendak serta arahan kita...
Adilkah demikian?????
Jika hanya seorang sahaja yang tidak menyenangi sikap kita, mungkin boleh dikatakan si polan itu cuma dengki @ cemburu terhadap kita..
Tapi kalau 'sudah terang lagi bersuluh' ramai yang tidak mampu sependapat @ 'sebulu' dengan kita...erm..barangkali ada dua kemungkinan:
- kemungkinan pertama kita dari golongan yang teraniaya..
- kemungkinan yang kedua..orang cina cakap..."SENDILI MAU INGAT LA..."
......sekadar coretan: ahli biasa yang tak punya apa2 kuasa.....

3 comments:

di sebalik kisah

HANYA MANUSIA BIASA...

2:00 PM Rashidah Abd Hamid 4 Comments

15 Syaaban 1429H

Musim cuti persekolahan baru sahaja bermula. Maka secara tidak rasminya, ramailah si teruna dan dara mengedarkan kad-kad jemputan perkahwinan.. Alhamdulillah.. Sudah bertemu jodohnya..sudah sampai 'seru'nya untuk melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan...teringat salah satu isi kandungan email yang juga berkaitan dengan isu majlis-majlis kahwin nie..jom baca.. ^_^
................................................................................................
Hanya manusia biasa
Assalamualaikum...Semoga bermanfaat......baik utk yang melamar atau pun yg dilamar, atau pun bagi yang sudah berumah tangga......Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa......Kerana Dia Manusia Biasa...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap inci percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan.
Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya sebenarnya...
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya-berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.S uatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?"
Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas di dalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe..........
"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat di atas, di barisan paling atas. Dan sampai saat ini pun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
**************************************************************************
Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.
Assalamu'alaikum w.b.t..
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon,bacalah dulu sampai selesai.Saya, yang bernama .............. menginginkan anda ................. untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buatmasa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa..Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya.Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin..
Wassalamu'alaikum w.b.t...
************************************************
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.Saya menatap sahabat di samping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa.Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada.Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."
"Ssttt......" Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur......Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orangini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.
Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.Wallahu 'alam
................................................................................................
Kepada sesiapa yang bakal naik pelamin hari ini... "SELAMAT PENGANTIN BARU" diucapkan..
Kepada sesiapa yang bakal bertandang ke kenduri-kenduri kahwin, selamat menjamu selera dengan nasi minyak...
Kepada mak-mak dan bapak-bapak bakal pengantin, selamat menyambut menantu baru...
Kepada adik-beradik, kaum kerabat, selamat menerima keluarga baru - ipar duai, biras...
Kepada yang masih belum berkahwin...masih belum bertemu jodoh...selamat mencari jodoh... ops!!! heheheh..... :):)

4 comments:

isu semasa

Mereka mempermainkan @ kita yang dipermainkan????

10:00 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

13 Syaaban 1429H

Dunia politik hari ini dilihat kian bercelaru. Semakin menjadi 'cacamerba' dengan pelbagai isu yang menyesakkan dada dan fikiran rakyat jelata. Tidak mahu mengambil tahu, anda digelar "Katak di bawah tempurung", ketinggalan zaman dengan isu-isu terkini. Mahu berlebih-lebihan mengambil tahu, anda boleh dianggap terlalu fanatik. Jadi, jalan pintasnya BERADALAH DI PERTENGAHAN TETAPI HARUS MEMPUNYAI PEGANGAN...

Dalam Islam, politik merupakan salah satu cabang yang penting, kerana melalui jalan politik inilah kesinambungan kepimpinan itu dapat diteruskan. Istilah siasah, musyawarah, syura sebenarnya sudah sebati dalam sejarah Islam. Cuma yang menjadi masalahnya, di zaman-zaman penghujung ini, bertambah ramai 'tangan-tangan' makhluk yang mengaku sebagai khalifah di muka bumi mengotori serta mencemari dunia politik ini.

Firman Allah dalam Surah Rum ayat 41 bermaksud:
TELAH timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (ar-Rum: 41)

Secara peribadinya saya merasakan dalam apa situasi sekalipun KITA BOLEH MENYOKONG SESUATU NAMUN TIDAK MENYOKONG DENGAN MEMBUTA TULI... dan ..... KITA JUGA BOLEH MEMBANGKANG SESUATU TETAPI TIDAK KETERLALUAN MEMANDANG SERONG... Dalam bahasa mudahnya, apa yang baik kita ikuti, apa yang buruk kita berusaha untuk menjauhi. Sesuatu yang pasti ialah setiap pihak, setiap insan pasti ada baik dan buruknya. Tidak wujud 'insan kamil' kerana hanya DIA yang berhak memiliki kesempurnaan..

Dan bilamana harus memilih satu antara dua, pertimbangkanlah kesemua aspek dengan merujuk kepada kedua-dua sumber. Setelah itu tetapkanlah keputusan sendiri. Jangan biarkan diri kita terus 'TERTIPU DALAM TERANG, PERCAYA DALAM KESAMARAN'...

kebenaran itu pasti akan tersingkap jua...
takbir...ALLAHU AKBAR!!!

2 comments:

motivasi

DEDIKASI BUAT TEMAN TERSAYANG..

8:53 PM Rashidah Abd Hamid 3 Comments

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalulah bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan kata-kata yang indah dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
buatmu teman tersayang...
moga terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan...

3 comments:

monolog

keserasian roh

5:40 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

11 Syaaban 1429H
Kadang-kadang agaknya memang ada insan-insan yang kita rasa tak boleh nak sependapat dengan dia… kita dah cuba sebaik mungkin, sentiasa ingatkan diri untuk cuba bersangka baik pada dia… tapi tu la..'org putih' cakap takde "chemistry"..heheh..

Jelasnya setiap yg kita cakap @ suarakan akan kelihatan tak kena di matanya.. dan segala apa yang disuarakan oleh dia pun nampak macam tak berape nak kena dengan kehendak hati & akal kita… susahnya nak mencapai kesepakatan untuk menyatukan insan-insan yang berlainan cara & gaya pemikiran ni kan…

Teringat salah satu isi kandungan dalam sesi ceramah..soal KESERASIAN ROH…kata ustaz tu (dah tak ingat sape), kita sesama manusia ni sebenarnya ada soal serasi..roh yang perlukan keserasian, hati yang perlukan keserasian dll..

Pernah tak anda2 semua rasa cam ni?? kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu, tapi jauh di sudut hati kita rasa tak suka pada dia..ada rasa yang kurang senang tapi kita tak tahu kenapa…kemudian bila kita dah kenal, kita jadi kawan..tapi kita masih lagi rasa tak berapa nak suka dengan orang tu..masih lagi rasa macam ada yang tak kena.. tak boleh nak sependapat lagi dengan dia..

Sebaliknya, kadang2 ada orang yang kita tak kenal tapi bila tengok muka dia rasa macam tenang je..sejuk je mata memandang.. rasa teringin nak jadi kawan..nak kenal hati budi. Rasa senang dengan diri dia, kita tak kenal tapi prasangka yang baik2 tu semua ada untuk dia.

Rupa-rupanya semua tu sebab keserasian roh.. bila roh kita serasi dengan roh dia, kita akan lebih menyenangi dia..bila roh kita macam tak berape nak ‘ngam’ dengan dia.. macam- macam rasa ada

Salah satu cara untuk dapatkan keserasian roh ni ialah dengan ‘sembahyang berjemaah’.. di sinilah tempat yang sesuai untuk menjadikan roh serasi antara satu sama lain..so, kalo ada rasa tak suka dengan seseorang ke..cuba2 la solat jemaah sekali dengan dia.. mudah-mudahan ada jalan keluar dari segala sifat mazmumah yang ada dalam diri kita..

Wallahu’lam..

2 comments:

isu semasa

Sekitar Sukan Olimpik Beijing 2008

9:00 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

9 Syaaban 1429H
Dalam berita sukan kat buletin utama sat2 td br je duk sebut psl badminton..erm, sptmana yg diharapkan..wat mase ni Lee Chong Wei menepati ramalan..semenjak dua tiga menjak ni dh ramai org agaknye kembali b’minat dgn badminton..mungkin sejak bintang Lee Chong Wei kembali bersinar..yela, dolu2 org cuma suka badminton mase zaman penguasaan anak2 Sidek je..mase tu la bawa Piala Thomas keliling Malaysia..kalo xsilap tahun 1992..mase tu gah zmn sek lg..tp mmg dh mula suka kat sukan nie..
#########################################################
PIALA THOMAS 1992, KUALA LUMPUR
Tanggal 17 Mei 1992 merupakan catatan sejarah bagi Malaysia apabila ia berjaya merampas kembali Piala Thomas selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir pertandingan badminton antarabangsa yang berprestij itu.




#######################################################

Skrg ni bila Lee Chong Wei kembali hangat, ditambah dgn yg lain2 cam Mew Choo, beregu skit2 (Zakri Latif..Fairuzizwan..Chong Tan Fook..Lee Wan Wah..) nampaknya minatku pada sukan ni dah kmbali..pantang ade live kat tv..kalo xde keje, 4 sure duk kat depan tv..ngadap badminton smpai abis..

Td Wong Choon Han dh kalahkan Taufiq Hidayat..erm..satu peningkatan tu..nmpk gaye cam badminton ade harapan cerah je kat olimpik ni..xkisah le pingt pe pun, janji bawa balik pingat ye..mmg le ramai yg letakkan harapan utk dpt emas..tp kalo xdpt pun..nk wat camne..mgkn blm masenye..Dr Tuah kata “kita kena bersedia utk hadapi yg t’buruk..w’pun kita slalu menginginkan yg t’baik tp jgn lupa bersedia utk hadapi kemungkinan yg t’buruk..”

Cuma yg wat rase sedih skit sbb xde wakil kaum sndiri yg menonjol..agak t’kilan gak la..mmg support Lee Chong Wei cuma kalo ade dr kalangan bangsa seagama sndiri kan lg bagus..pastu nk lagi bagus, dlm sukan ade peraturan baru yg menekankan bab pakaian yg lbh b’sopan..yg menutup aurat mungkin.. macam sblm ni kan penah je ada atlit Bahrain (Ruqaya Al Ghasara) yg masih mampu memenangi emas 200 meter wanita di Sukan Asia walaupun pakai seluar panjang, baju lengan panjang,tudung menutup kepala..

kalo lelaki yg jd atlit, lg senang nk tutup aurat..cuma pastikan seluar tu labuh skit je,bawah paras lutut..xpun leh pakai seluar cam yg Nor Saiful Zaini pakai mase dia main hoki tu..sekurang-kurangnya cuba gak utk mengikuti tuntutan syariat..pe la sangat kan..bukannye susah pun..
same2 la kita cuba menurut kehendak DIA yg menciptakan kita semua..KALAU PUN TIDAK DAPAT UNTUK DIIKUTI SEMUANYA..JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA..
buatlah sekadar yg t’mampu..berusaha b’sungguh2 utk mencapai redha-NYA..wallahu a’lam..

2 comments:

Tazkirah

kerja vs cuti ???

10:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

8 Syaaban 1429H


Salam alaik..
Dah masuk hari ahad..sok dh hari Isnin..isk..isk..rase cam malasnye nk g keje sok..xpuas lg nk rehat kat rumah..huhu..tp tu la manusia kan..xpenah nk rase puas dgn pe yg ade.. dolu2 zaman bljr, zmn cuti sem nk sgt keje..la ni bile dh keje, nk sgt cuti lak....

***********************************************************************************
BEKERJALAH…
Kejayaan di dunia tidak cukup dengan melaksanakan solat, berzikir dan berdoa, tetapi juga harus disertai dengan membangunkan ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Mencari rezeki yang halal dituntut dalam Islam, bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Taubah ayat 105 yang bermaksud:


"Katakanlah (wahai Muhammad) beramal dan bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan."

Islam menggalakkan umatnya rajin dan bersungguh-sungguh bekerja. Tempoh 24 jam harus diagih-agihkan dengan baik antara waktu beribadah, bekerja, berehat dan sebagainya. Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah Jumuah ayat ke-10 yang bermaksud:


"Dan apabila solat telah ditunaikan, maka bertaburanlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya."

Saidina Umar pernah memarahi seorang pemuda dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah kerana pemuda itu hanya duduk di masjid dan tidak mahu bekerja, sedangkan si pemuda mempunyai tubuh yang sihat.

Kata Umar, "Ini waktu bekerja. Mengapa kamu hanya duduk-duduk di masjid? Jangan sangka langit akan menurunkan hujan emas kepada kamu!"

***********************************************************************************

Astaghfirullahil 'azim (Aku beristighfar padaMu Ya Allah)..tengok..kan dh kena tazkirah..lain kali ikhlaskan niat tu utk pegi keje ye..mencari rezeki yang halal & diredhai-Nya.. :) :)

0 comments:

promosi

Konsert ke-8 Akademi Nasyid

10:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

7 Syaaban 1429H





salam alaik..
minggu ni AN dh masuk minggu ke-8..dh makin hmpir ke penghujung..hari ni nk jd cam juri tmbhn jap..nk bg komen..heheh.. :):)

1) D Vision
- p'smbhn pmbukaan..t'lepas lak nk tgk secara life..gah amik buah manggis kat bonet kete mase depa nyanyi tue..dgr sipi2 je p'smbhn depa..tp o.k la kot..

2) Aiman
- erm, not bad..ade peningkatan tp cam yg juri tetap kat studio komen la..dia xsmpai utk bawa 'not' tinggi.. teringt last week, ank sedara yg sedang meningkt remaja tanye soalan cepuemas psl aiman..
"Makcu suka tk tgk aiman nyanyi, masuk AN ni??erm, makcu suke dia tak??dia hensem tak??"
isk..isk..isk.. soalan yg 1st tu o.k lg nk jwb..yg kedua & ketiga tue..huhuhu..kes haru ni..
agak2 nye ank2 sedaraku dh x sbr nk dpt pak sedara kot..ops.. :):)

3) In Heart
- secara jujurnya, sy xbape b'kenan sgt kmpln nie..nape??ntah la, mgkn sbb xdpt nk rase 'feel' kmpln nasyid tu pada depa..cheh! suke2 ati je nk komen depa ye..tp BTW depa mmg kreatif, mampu m'pelbagaikan p'sembahan..boleh m'hiburkan..cuma tue la..

4) Syukri @ Cicik
- klip video sblm dia nyanyi pun dh leh wat sy t'haru..t'sntuh rasenye..mlm ni 'my favourite candidates' nie nyanyi lagu "SELAWAT" & "GIGIL"..komen dari juri tetap, mereka puji keikhlasan & kesungguhan cicik cuba bw kelainan..cuba bw lagu selawat..for me,yes..that's the right word..mlm ni rasenye nmpk kesungguhan dia, nmpk keinginan utk b'hijrah..
buat cicik, moga diberi kekuatan utk terus istiqamah..insyaallah..






5) Farhan
- depa nyanyi lagu 'Tetamu senja'..lagu asal dr kopratasa..kebetulan lak mlm ni abg siso jd juri.. erm, lirik lagu nie best..bese la, lirik2 lagu puisi kan..mmg penuh dgn kesenian.. :):)


6) Azhan
- another my favourite candidates in AN..azhan bw lagu yg bese nyanyi kat sek tue..pe ye tajuk nye..t'ingt lak zaman dolu2..sy pun penah nyanyi lagu ni dlm p'tndingan nasyid..hehe..how sweet the memories..
mlm ni keluarga azhan ade dtg..isteri dia, ank die, mak die..azhan cukup tulus..ikhlas dgn jiwa nasyid & jiwa islam yg kukuh dlm dirinya.. betapa agungnya hidayah & taufiq Allah pd dia.. dia punya bakat yg cukup besar..one of my favourite AN student besides Cicik @ Syukri..



o.k..tue komen utk peserta minggu ni..tetamu undangan mlm ni Jay Jay..dia nyanyi lagu 'Perjalanan ke Syurga'..suare dia mmg best, m'dayu2..
3 tpt terendah mlm ni..seme kmpln..D Vision, In Heart & Farhan..yg t'keluar ade 2 kmpln- Farhan & In Heart..lg 3 minggu AN dh smpai ke peringkat akhir..30 OGOS ni..
biar pe pun, rancangan ni mmg bagus..menyediakan platform yg b'beza utk b'hibur..bak lirik dlm lagu tema AN..

'...berhibur tiada salahnya...cuma cara dan gayanya...bagi yang mencari hiburan murni... yang mendidik jiwa...'

0 comments:

monolog

Berubah??

9:30 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

5 Syaaban 1429H

Berubah??perkataan keramat yang bisa membuatkan seluruh urat saraf & nadiku berdenyut kencang..rupanye ade yang menyedari perihal diriku yang semakin berubah.. betul ke aku sudah berubah????
Sebenarnya soalan ni memang pernah tercuit di mindaku sebelum ni..terasa di hati yg diri sendiri semakin lain, semakin berbeza.. tapi bilamana perbezaan itu turut dihidu, t’pampang nyata di mata orang lain..mungkin % kebenarannya semakin melebar..maksudnya ”benarlah” tu...
Aku rindu pada identiti diri yang dulu..yang mana satu ye??erm,mungkin yang lebih punye perasaan, lebih tulus & jujur..malah mungkin lebih baik dari sekarang..in other words, sekarang ni dah makin ’nakal’ la kot.. ^_^

"Sesungguhnya perubahan itu tidak seharusnya menyakitkan.."
Kata2 ni pinjam dari blog 'opismate'..i do like the quote..yg jadi masalahnya perubahan aku seolah-olah lebih cenderung ke arah yang tidak seaptutnya..kan dlm agama, kita disarankan,
"hari ini lebih baik dr semalam..."
Tapi nmpknya masih gagal aku praktikkan pada diri sendiri..

....moga mentari hari esok masih bersinar, mengubah yang kelam kpd terang, memberi cahaya pada yang kegelapan...


dalam keadaan emosi yang x menentu ni..erm..hati cepat sgt nk hilang sabar..pantang t’slh sikit..ibarat minyak petrol di simbah ke api..cpt sgt maraknye..
tetiba hati jd sensitif..& saat itu maka puak2 setan pun bergumbira kerana masih ade cucu cicit adam yg mengikut telunjuknye..api amarah yg dicucuk memang mengena..x pasal2 ade insan lain yg jd mangsa..astaghfirullah hil azim..pe kena dgn diri aku nie??

Pada insan yg berkenaan..ape lg yg boleh sy katakan..pkr dh t’jadi..sy betul2 minta maaf dgn kejadian ptg td..i’m really sorry..

Rasulullah pernah menerangkan:

"Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dgn air.. Maka apabila seseorang kamu marah, hendaklah ia berwudhu.."

2 comments:

monolog

ANDAI KU TAHU….

8:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

4 Syaaban 1429H

Salam alaik..
Akhirnya,dapat juga lirik lagu ni..1st time dengar lagu ni hari Sabtu lepas, masa konsert ke-7 Akademi Nasyid.. cicik yg nyanyi..nape sblm ni cam xpenah perasan ade lagu ni ye?? :) :)


Andai ku tahu (UNGU)
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku..

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku..
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku..

Andai ku tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku..

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga...

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu
Aku takut akan semua doa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu...



Syahdu je bila dengar lagu ni..terasa sgt akan kelemahan diri yang kadangkala t’sasar, x mampu utk istiqamah di jalan yang sepatutnya..

0 comments:

Tazkirah

MARHABAN YA SYAABAN..

8:43 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

1 Syaaban 1429H

Kelebihan Bulan Syaaban


  1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. (Al-Hadis)
  2. Barangsiapa berpuasa pada awal Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-Hadis)
  3. Berkata Siti Aisyah R.A., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. adalah bulan Syaaban.
  4. Sabda Nabi S.A.W.: Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
  5. Sabda Rasulullah S.A.W.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
  6. Sabda Nabi S.A.W.: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhluk-Nya melainkan orang yang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
  7. Tersebut dalam kitab Al-Barokah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Syaaban.
  8. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.
  9. Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah: Bahawa malam nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
  10. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban enam orang:

- Orang yang kekal minum arak.

- Orang yang durhaka kepada kedua ibu bapanya.

- Orang yang kekal dalam zina.

- Orang yang berkelahi.

- Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah dusta.

- Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi.

0 comments:

promosi

Konsert ke-7 Akademi Nasyid

10:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments



Diam tak diam, dah masuk minggu ke-7 rupanye 'my favourite programme' nie.. Alhamdulillah..selalunya, pkr yg baik2 tu terase cpt benar b'lalu.. Setuju???
o.k minggu nie cam biasa nk tgk 2 pljr 'favourite' - Cicik & Azhan.. yg lain2 pun nk tgk gak cuma yg 2 ni lebih sikit nk tgk nye.. :)
minggu ni cicik bawa lagu "ANDAI KU TAHU"..sape ye penyanyi asal lagu ni??sblm ni cam xpenah tau pun..
tanye kat kwn2..oooo..lagu kmpln ungu..tp lirik 'not bad' la..can give us something to think.. realize about our 'short life'..
azhan lak bw lagu "PERGI TAK KEMBALI"..cam ade connection je..molek sgt..pas azhan,cicik lak nyanyi lagu tu..
ade p'kaitan yg erat antara keduanye kan..

0 comments:

monolog

Suatu permulaan yang BARU

8:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


"Kehidupan ini hanyalah untuk 3 hari. Hari yang telah b'lalu, maka tiada lagi kesempatan untuk kita mendapatkannya semula. Hari esok yang kita tidak ketahui, adakah dapat untuk menikmatinya lagi atau tidak. Dan hari serta saat di mana kita sedang berada di dalamnya. Oleh itu, manfaatkanlah hari di mana kita sedang berada di dalamnya dengan sebaik-baiknya..."
(Nabi Isa a.s.)



HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Hari esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...



salam alaik..
hari baru, bulan baru..moga kita juga meneruskan kehidupan dengan azam yang baru.. azam untuk m'perbaiki diri agar hari ini lebih baik daripada yang terdahulu..


0 comments: