Tazkirah

Puasa Ibadah Istimewa.

5:40 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

1 Ramadhan 1429H

Jenis-jenis puasa:
1) Puasa Wajib: ialah puasa yang mesti ditunaikan oleh seseorang hamba yang muslim. Puasa ini jika dilakukan mendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa.
Antara puasa-puasa wajib yang mesti ditunaikan ialah termasuklah:
- Puasa Ramadhan, Puasa Kifarat, Puasa Nazar & Puasa Qada.
Puasa Ramadhan wajib dilakukan oleh setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.
Puasa kifarat ialah puasa yang dilakukan kerana bersetubuh pada waktu siang dalam bulan Ramadhan setelah tidak mampu untuk membebaskan seorang hamba.
Puasa nazar ialah puasa yang dilakukan kerana menunaikan janji kepada Allah S.W.T. setelah segala hajat atau apa yang dinazarkan tercapai.
Puasa qada ialah mengerjakan puasa bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan kerana sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak.
2) Puasa sunat: dilakukan untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam ibadah lain.
Di antara hari-hari yang disunatkan berpuasa ialah:
- 6 hari dalam bulan Syawal bermula 2 Syawal hingga akhirnya.
- setiap hari Isnin dan Khamis.
- pada 13,14 dan 15hb pada setiap bulan hijrah.
- pada 10 Muharam.
- pada 9 Zulhijjah.
- dalam bulan Rejab & Syaaban.
Pengertian puasa:
Puasa berasal daripada perkataan Arab yang mana dari segi bahasanya bermaksud menahan. Manakala dari segi istilah hukum feqah pula, puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga matahari jatuh disertai dengan niat pada malamnya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183-184:

Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa. Puasa hanya di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, maka hendaklah ia qadakan puasanya pada hari-hari yang lain...

Syarat-syarat wajib puasa ialah:
1) Beragama Islam
2) Baligh, cukup umur
3) Mumaiyiz, berakal
4) Mampu untuk berpuasa

Rukun-rukun puasa:
1) Niat puasa; lafaz niat puasa ialah:

2) Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga matahari jatuh.

Perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa:
- menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya.
- melewatkan waktu bersahur.
- membaca doa ketika hendak berbuka puasa.

- memulakan berbuka dengan makanan yang manis.
- membanyakkan membaca al-Quran.
- mengadakan jamuan berbuka puasa.
- membanyakkan bersedekah kepada orang miskin.
- melakukan solat sunat terawih.

Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa ialah:
- merasai makanan dengan hujung lidah.
- menggosok gigi selepas matahari tergelincir.
- berbekam.
- berkumur-kumur secara berlebihan.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:
- memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
- muntah dengan sengaja.
- bersetubuh.
- mengeluarkan mani dengan sengaja.
- datang haid & nifas.
- gila walaupun sekejap.
- mabuk atau pengsan sepanjang hari, mulai terbit fajar sehingga matahari jatuh.
- bersalin.
- berbuka puasa sebelum yakin masuk waktu.
- murtad.

Adab-adab berpuasa:
- Tidak membuang air liur dengan cara berludah.
-Tidak menghabiskan waktu dengan melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah.
- Tidak melihat perkara-perkara yang haram.
- Tidak mendengar sesuatu yang haram.
- Tidak bercakap perkara keji seperti mengumpat dan lain-lain.
- Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.
- Tidak pergi ke tempat-tempat maksiat.
- Tidak boros berbelanja untuk berbuka.
- Tidak makan & minum secara berlebihan ketika berbuka dan bersahur.
- Tidak membanyakkan tidur pada siang hari.

0 comments: