Tazkirah
Hakikat berpuasa...
2 Ramadhan 1429H
Hakikat berpuasa ialah menahan diri atau mengekang nafsu iaitu nafsu makan, berbelanja dan lain-lain lagi. Untuk mendapatkan keberkatan dalam puasa wajib bagi kita menjaga anggota-anggota seperti berikut:
- PUASA TELINGA - tidak mendengar perkara maksiat dan sia-sia.
- PUASA MATA - tidak melihat perkara haram, dosa dan maksiat.
- PUASA LIDAH - tidak bercakap perkara sia-sia yang membawa kepada dosa.
- PUASA TANGAN - tidak melakukan perkara haram.
- PUASA KAKI - tidak melangkah ke tempat-tempat yang melalaikan.
- PUASA HATI - membuang rasa cinta pada keseronokan dunia.
- PUASA AKAL - menjauhkan fikiran dari perkara-perkara maksiat kecuali mengingati Allah.
0 comments:
Post a Comment