Getaran Kesyukuran Diri
Getaran Kesyukuran 08/40
Abasa ayat 24 (80:24)
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya).
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya).
Aku bersyukur pagi ini dikejutkan oleh Allah untuk bangun mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, walaupun lintasan kesedaran yang pertama itu aku abaikan dan hanya bangun pada jam 5.00pagi.
Aku bersyukur semalam menerima tempahan 29pcs set baju World's Best daripada pelanggan.
Aku bersyukur semalam dipermudahkan urusan semasa shooting video untuk pembukaan program Daya eUsahawan anjuran MDEC.
Aku bersyukur semalam dapat peluang berkenalan dengan usahawan lain, boleh bertukar2 cerita dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan.
Aku bersyukur semalam walaupun awalnya agak sesat sedikit mencari lokasi tempat video dijalankan, namun akhirnya Allah temukan pula dengan rakan2 yang turut sama mencari dan akhirnya kami sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.
Aku bersyukur pagi ini dapat mendengar bacaan Quran yang merdu dari Syaikh Misyari Rashid alAfasi, terasas tenang dan damai dalam jiwa.
Aku bersyukur semalam dapat tengok video program Daya eUsahawan tahun lepas dan ada gambar aku terselit lagi dalam video tersebut sebagai pendorong untuk aku terus maju dalam bidang perniagaan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
4/10/2017
Shah Alam, 7.02pagi
0 comments:
Post a Comment