Getaran Kesyukuran Diri

Getaran Kesyukuran 05/40

7:53 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Ali Imran auay 135 (3:135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah; dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

Aku bersyukur pagi ini tersedar dengan sendiri untuk bangun mengerjakan Solat Tahajjud walaupun tanpa jam loceng kerana telefon dicas semalam.

Aku bersyukur dapat meneruskan rutin kejayaan pagi dan mengahbiskan bacaan mathurat pagi.

Aku bersyukur semalam telah siap membungkus kesemua 47pcs set baju famili dalam kotak dan plastik Pos Laju walaupun posmen/kurier CTSI tidak datang mengambil parcel.

Aku bersyukur malam tadi dapat peluang sertai group whatsapp pusat Wanita Berdaya Kota Anggerik untuk mengetahui aktiviti mereka dan turut serta pula selepas ini.

Aku bersyukur semalam suami membeli Pizza Hut untuk menu makan malam kami, sedapnya sup cendawan.

Aku bersyukur petang semalam sempat menonton rancangan Halaqah yang membincangkan tentang Hari Kiamat di TV9.

Aku bersyukur panas badan suami semakin surut, moga suami cepat sembuh sepenuhnya dari demam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
1/10/2017
Shah Alam, 7.53pagi

0 comments: