di sebalik kisah

Hari-hari terakhir Ramadhan

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

29 Ramadhan 1429H

Dah masuk hari-hari terakhir dalam bulan Ramadhan..terasa cepat je masa berlalu, sedar tak sedar dah nak meninggalkan bulan karnival pahala ni..entahkan masih sempat bertemu dengan Ramadhan akan datang atau tidak...???



Antara menu-menu kuih raya yang sempat dibuat hari ini..biskut arab, kuih siput, karipap & cornflakes madu..
Masa-masa raya ni pemandangan di rumah dah mula berubah wajah..dah mula gamat dengan gelagat anak-anak sedara..tidur bersepah...mesin basuh yang tak berhenti beroperasi...pinggan mangkuk yang tak pernah kosong di singki..erm... :)
Hari esok kena shopping baju raya gak ni...baju raya yang ada kat atas mesin jahit tu macam tak sempat je nak siap..heheh...

0 comments:

monolog

Hari yang menyatukan semua...

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 1 Comments

26 Ramadhan 1429H
Dolu2 saya selalu percaya kononnya jika kita mulakan hari dengan muram & suram maka kebarangkalian 'the whole day' akan terus muram..tapi pada hari ini, segalanya terbukti bahawa kenyataan sedemikian tidak selamanya benar...
Pagi itu saya memulakan hari dengan agak suram, agak kelam..tengok muka orang lain pun rasa macam nak marah je..sampai ke tengah hari pun masih lagi sensitif..pantang terusik sedikit, cepat sangat panasnya...isk...isk...isk...
Tapi bila petang, lain pula ceritanya..datang dengan hati yang agak tenang, minda yang lebih positif..niat di hati ingin mengakhiri hari ini dengan salam kemaafan kepada semua..maklum la, hari ini hari terkahir bekerja sebelum bercuti raya..
4.00 petang: Datang seorang teman sepejabat menghulurkan kad raya...wow! tergamam juga pada mulanya, maklum saja dapat kad raya daripada teman yang tidak disangka-sangka...
4.15 petang: Saki baki kerja untuk hari esok, lusa, tulat, tubin telah diselesaikan..dasyat..kerja 'in advance'..berehat-rehat sambil melepaskan penat (cheh!penat sangat le kononnya menulis data-data, melengkapkan borang-borang..heheh..), serta membaca kad raya tadi...sampai ke nokhtah terakhir, erm...tersentuh lak hati, terharu rasanya..habis luluh segala rasa yang tidak enak terhadap dia selama ini, terbang entah ke mana...
4.30 petang: Jumpa 'big boss' yang bagaikan ayahanda..bermaaf-maafan, bagi kad raya..cas-cas positif terus mengalir memenuhi segenap pelusuk jiwa...TENANG...BAHAGIA...!!
4.45 petang: Detik-detik terakhir sebelum berangkat pulang..sesi bermaaf-maafan dengan teman-teman sekerja.mana yang tak 'sebulu' selama ini, mana yang terguris hati selama ini, mana yang tak puas hati selama ini...rasanya bagaikan segalanya telah gugur, hilang bersama-sama salam kemaafan, lenyap dalam pelukan keampunan..jiwa dan minda terasa kosong...terasa damai...INDAHNYA....
moral of the story:
"Dalam berhati-hati, tetap ada hati yang kita sakiti..
dalam berjaga-jaga tetap ada jiwa yang terluka.."
Tiada insan yang sempurna, kita tak akan mampu untuk memuaskan & menggembirakan hati semua orang..samalah juga untuk mengharapkan semua orang dapat memuaskan hati kita..
Kadang-kadang kita mungkin hanya kenal pada nama, pada rupa tapi masih belum dapat menyelami perangai dan isi hatinya yang sebenar..manusia itu pelbagai aneka dan ragamnya.. dalam garang, mungkin terselit keikhlasan hatinya...dalam nakal mungkin tersimpan keluhuran budinya, dalam sinis mungkin tersembunyi ketulusan jiwanya...erm...macam-macam kan..!
Ada 32 orang teman sejawatan, hilang 1 bagaikan tidak lengkap acuannya..pelbagai istilah teman yang boleh diklasifikasikan untuk melengkapkan kesemuanya..Ada teman tapi mesra, ada teman sehati sejiwa, ada teman bertukar idea, ada teman berkongsi rasa, ada teman menjadi 'blogger' (hehehhe...), ada teman biasa-biasa, ada teman 'panas' sentiasa..ops..!!
Memang pelbagai...tapi petang ini, kesemuanya bersatu, bermaaf-maafan melupakan sengketa yang lalu..tiba-tiba terasa bagaikan 'INDAHNYA HIDUP JIKA SALING MENGHARGAI & MEMAHAMI SESAMA SAUDARA'...
ermmm.... (",) (",) (",) (",) (",) (",) (",) (",)
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA...

1 comments:

monolog

MARI BELAJAR PERIBAHASA...

11:00 PM Rashidah Abd Hamid 1 Comments

22 Ramadhan 1429H

Jangan kerana harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan...Bersikap terlalu nekad juga tiada maknanya jika hanya meletakkan nasib ibarat telur di hujung tanduk lantas mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi orang lain. Barangkali tidak adil juga untuk terus serkap jarang kerana sikap baling batu sembunyi tangan ini sudah cukup menjadikan semua yang terlibat bagai cacing kepanasan...Risaukan kemungkinan hari esok yang masih samar-samar dan belum pasti...

Kalaupun ingin menggenggam bara api biar sampai jadi arang pun janganlah hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mungkin si pembuat onar punyai alasan tersendiri namun usahlah berdolak dalih menegakkan benang yang basah. Senang cakap berani buat beranilah tanggung. Jika terus berdiam diri, bagaikan sengaja ingin menjadi api di dalam sekam.

Apa yang penting sekarang, tampillah buat pengakuan dan kita sama-sama selesaikan secara aman. Kami yang menjadi mangsa keadaan ini pun bukannya ingin berdendam 7 keturunan.. Bila segala-segalanya telah selesai, sama-samalah kita bermaaf-maafan...Sama-sama buang yang keruh, ambil yang jernih...Biasalah, apa pun hakikatnya sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula rakan sejawatan....

Bukan tidak boleh bersikap keras kepala tetapi janganlah menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing..Benarlah; lain padang lain belalang, lain orang lain la ragamnya..Erm, bab-bab ragam manusia kena rujuk kepada Pakar Psikologi & Kaunseling.. Yelah, tiap-tiap perkara itu jika kita tidak tahu maka bertanyalah kepada yang pakar..bukan ke hanya jauhari yang mengenal manikam...ha, kat opis ada seorang pakar psikologi & kaunseling.. nanti boleh lah merujuk kepada dia..bab-bab jiwa kacau, hati sasau ni kalau ditanya pada pakar pemakanan nanti lain pula jadinya..tak gitu pakar kaunseling???hehhehe.... (jangan marah na...) peace....aman malaysia.... :) :)

1 comments:

di sebalik kisah

COOOOBAAANNNN...

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

18 Ramadhan 1429H

Salam alaik..
Pagi yang indah, bersyukur masih diberi kesempatan menghirup udaraNya..pagi ni datang ke opis dengan semangat baru yang berkobar-kobar..maklum le malam tadi baru je lepas dapat 'suntikan' masa tazkirah ringkas di celah-celah solat terawih..alhamdulillah, nampaknya saranan pak imam tu mendapat tempat pada hati-hati makmumnya.. :)
Walaupun masih lagi terkesan dengan 'mimpi ngeri' hari semalam tapi pagi ni segalanya nampak dah kembali seperti biasa..mudah-mudahan...
Bersempena nuzul Quran semalam, pak imam antara lain mengingatkan para jemaah berkenaan dengan kisah keikhlasan & tahap keimanan Nabi S.A.W serta para sahabat baginda..betapa mereka masih utuh mengharungi Perang Badar walaupun dalam keletihan berpuasa, betapa mereka masih utuh mempertahankan Islam walau dicabar & dihalang oleh kaum musyrikin Quraisy..Subhanallah, begitulah berbedanya nilai keimanan & keikhlasan mereka terhadap agama berbanding umat yang ada pada hari ini..
Di hujung-hujung tazkirah, pak imam menganjurkan supaya para jemaah melakukan 'turning point' bersempena dengan peristiwa nuzul Quran..antara lain katanya, jika pada tahun-tahun sebelum ini makin menghampiri penghujung Ramadhan kita makin leka menyibukkan diri dengan sambutan Syawal..apa kata mulai Ramadhan tahun ini, kita BERUBAH..bersama-sama kita jadikan nuzul Quran ini seolah-olah sebagai awal Ramadhan, kita tingkatkan usaha mengejar karnival pahala yang ada, kita giatkan usaha mencari keberkatan malam Lailatul Qadar yang teristimewa...

[Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersama-sama ini dipanjangkan e-mail daripada kementerian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan berkaitan pembayaran bonus kepada semua PPH.
Berdasarkan e-mail tersebut, semua PPH tidak layak untuk dibayar bonus. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri telah memproses pembayaran tersebut.
Oleh yang demikian, pohon kerjasama semua PPH untuk tidak menggunakan wang bonus yang dimasukkan bersama-sama gaji bulan September 2008 dan wang tersebut mesti dibayar balik kepada Unit Kewangan PPDNHEP Negeri Pahang setelah gaji diterima.
Sekian, terima kasih.]

erm...inilah email yang barangkali telah menyebabkan suhu bilik laporan di opis tu tiba-tiba mencecah 50C..isk...isk...isk...agak-agaknya kalau gunung berapi tu, memang dah meletus pun melelehkan laharnya yang panas mengalir ke muka bumi...isk..isk..isk...dasyat...
alamak, macam mana ni??baru pagi tadi datang dengan azam baru, dengan minda yang positif.. tiba-tiba ada pula anasir-anasir yang mengganggu ketenteraman minda..tak boleh jadi ni.. kena terus bertahan...anggaplah segalanya merupakan ujian dan COOOBAAANNN di bulan puasa ni..
sabar...sabar...sabarlah wahai hati... :) :)

0 comments:

monolog

Malang memang tidak berbau.....

2:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

17 Ramadhan 1429H

Betul la pepatah dolu-dolu..malang tidak berbau..biasanya memang berhati-hati, tapi bila sekali kita ter'cuai'...erm..waktu tu la kejadian yang tak diingini terjadi..sekelip mata je..
tergamam sekejap..tak tau nak buat apa..mujurla semangat masih ada, walaupun agaknya memang dah tinggal 'semangat yang suam-suam kuku' sahaja..

"erm, ni kalau nak baiki kita kena order dulu dari kl..sebabnya adik punye ni model baru, kita memang xde stok kat sini.."
"kalau nak tunggu order dari kl, lama tak??bila ye boleh siap??"
"kalau adik memang confirm nak, kita boleh order petang ni..t/hari esok sampai..pastu terus boleh ganti la."
"berapa ye harga nye??"
"a'a, sebab ni memang yang baru..kita pun order dari kl, yang original..terus terang cakap, memang mahal sikit la..kalau sebelah kanan ni saja, harganya RM295.."

(gulp...telan air liur dengar harganye..dekat nak rm300 gak..isk..isk...ni yang tak sanggup nak dengar, bab-bab 'maintenance' je dah ratus-ratus...isk..isk...)

0 comments:

di sebalik kisah

Mangsa Terbakar...!!! NGEERII

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

16 Ramadhan 1429H

Jalan-jalan di bazar Ramadhan...banyak betul mangsa-mangsa terbakar yang dijumpai...
eeiii....ngeeerii...

1) Mangsa yang tinggal...

2) Mangsa yang bergelimpangan...

3) Mangsa yang hangus...

4) Mangsa yang kemerahan...

5) Mangsa yang menyayat...

6) Mangsa yang tergolek....

7) Mangsa yang terkulai...



isk...isk...isk...kesiaaannn depaa kan...heheheh... (",)

2 comments:

di sebalik kisah

Servis Laptop..

11:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

15 Ramadhan 1429H

Kedai 1:
- Assalamualaikum..di sini ada sediakan perkhidmatan servis laptop?
- Waalaikumsalam..Ya, ada..dudukla dulu..jumpa dengan abang yang hujung tu ye..
- Ya??kenapa??
- Erm, laptop saya ni ....bla...bla...bla...
- O.k saya check dulu ye..kalau sebab virus kita boleh scan je, tak perlu format semula..
tengok gayanya, laptop ni memang nak kena format juga la..
- ooo..kalau nak format berapa ye?
- Sekarang ni seme dah naik harga kan..jadinya dah mahal sikit la..dulu kita caj RM50 je, skrg ni dh naik sikit RM70..tapi boleh siap hari ni juga la, boleh tambah software lain..yang tu kita xde caj pe2..
-RM70 ye..(isk..isk..lebih 1/2 tangki minyak viva tu...)..erm, xpela kalau macam tu..terima kasih ye..

Kedai 2:
- Assalamualaikum..ada sediakan khidmat baiki komputer??
- Waalaikumsalam..kat sini takde dik..adik cuba pergi kat kedai ....bla...bla...bla..

Kedai 3:
- Assalamualaikum...ada servis format laptop ye kat sini?
- Waalaikumsalam..a'a, ada..
- Berapa ye kosnye kalau nak format laptop?
- RM40, tapi biar saya check dulu la pe masalahnya laptop tu..mgkin xperlu format ke..
sy dah scan tadi, dah xde virus la..tapi t'pulang la cam ne, kalu nak format juga kita boleh format..
- erm, format la rasanya..kalau saya hantar hari ni bila ye boleh siap??petang ni boleh??
- InsyaAllah..paling awal pun jam 12.30 t/hari boleh siap rasanya..tak pun, nanti sebelum jam 1.00 petang datang tengok dulu la..
- O.k, kalau macam tu saya tinggalkan dulu la laptop ni ye..lebih kurang jam 1.00 petang nanti saya datang ambil..terima kasih ye..
- Sama-sama..

Kejernihan wajahmu...
sempurna pada pandanganku..
kau kirana..
keturunan terpilih..
disanjung serta dihormati..
kau permata..
kesederhanaanmu
mengecap kekayaan dunia
kau mestiqa
ketaqwaan dirimu
itu yang merantai jiwaku..
bukan aku memuji
apalagi memuja
salahku kagumi...
tiba-tiba teringat lirik lagu Bisikan Nurani dendangan kumpulan In-team.. kenapa????????
hehehe...tak apalah...
biarlah hanya saya & Tuhan saja yang tahu... (",)

0 comments:

monolog

Satu hari di hujung minggu...

2:00 PM Rashidah Abd Hamid 1 Comments

14 Ramadhan 1429H

Pagi ni ada 2 agenda yang perlu diselesaikan sebelum jam 11.00 pagi. Pertamanya meninjau-ninjau sambil membeli barangan dapur di Pekan Sehari..hehhe..aktiviti rutin setiap hujung minggu. Kena cepat ni, sebab nanti kalau >jam 11 pagi ikan-ikan sungai dah habis lak..Tak sempat lak nak beli 'ikan kerai' nanti.. (",)

Keduanya, menyambung tugas separa rasmi yang belum disiapkan pada hari semalam. Apa dia?? Apa lagi, masukkan data dalam sistem PRIMA le...

Ketuk...ketap...ketuk..ketap..

Kedengaran petikan jari-jemari di papan kekunci komputer (isk..isk...betul ke bunyi macam tu??heheh..) memasukkan segala data-data yang diperlukan untuk rekod hari Sabtu. Alhamdulillah, mujurlah diberi tempoh masa sehingga pagi ini..

Sekarang jam menunjukkan jam 10.45 pagi, kurang 15 minit ke jam 11.00 pagi. Daya ketangkasan menaip perlu dipertingkatkan untuk menyelesaikan proses memasukkan data sebelum jarum panjang tepat ke angka 12..

AYAT-AYAT CINTA (ROSSA)
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Rasanya ini dah masuk kali ke-5 lagu tu diulang-ulang dari PC controller pemilik cyber cafe ni semenjak saya menjadi penghuni sementara di sini. Kadang-kadang terdengar pula alunan suaranya yang turut mengikuti bait-bait lagu tersebut. Kalau masih belum rabun, rasanya pemilik cc ni tadi seorang India tapi meminati lagu ni....??

Barangkali juga dia telah membaca novel tulisan Habiburrahman El Shirazy @ Kang Abik ini... Atau barangkali juga dia telah berkesempatan menonton filem ini.. Jika dia benar-benar telah membaca novel tulisan Kang Abik ini...Alhamdulilah..
Kenapa melafaz hamdalah???

Kepada para peminat novel yang masih belum mendapatkan novel ini, segeralah mendapatkannya di pasaran..promosi ni.. :)
Secara totalnya, novel ini walaupun mendukung tajuk 'Ayat-ayat cinta'..namun apa yang terpapar di dalamnya bukanlah soal cinta semata-mata. Ia boleh jadi soal dakwah, soal agama @ lebih tepat soal cinta yang berlandaskan agama..Sesuai sekali dengan 'trademark' nya,
"Sebuah Novel Pembangun Jiwa"...


Berbalik kepada pemilik cc ni tadi, moga-moga dia telah membaca novel ini & mendapat sesuatu manfaat darinya..merasai denyut nadi dakwah di dalam bacaannya...Alhamdulillah..

Moga-moga di bulan Ramadhan yang barakah ini, bertambahlah lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. di atas mayapada ini..mudah-mudahan..Insya-Allah..segalanya hanya dengan izin & rahmat daripada Allah jua..wallahu a'lam...

1 comments:

monolog

Server down, laptop pun 'down'...????!

8:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

13 Ramadhan 1429H
Pagi ni menyambung tugas separa rasmi di pejabat...Sebetulnya niat asal hanya ingin menghantar data kepada kumpulan laporan tetapi alang-alang dah menjejakkan kaki ke pejabat.. terus je la menyambung tugas separa rasmi memasukkan data ke sistem PRIMA...
9.30 pagi... 10.30 pagi... 11.30 pagi... 12.30 tengah hari...
Sistem masih gagal berfungsi, malah tak dapat nak di'access' pun.. yang terpapar di skrin komputer hanyalah ERROR..balik rumah dulu la, nanti sambung di rumah..
2.00 petang... 3.00 petang... 4.00 petang...6.30 petang...
Kali ke-4 mencuba..erm..dia dah buat lagi dah..yang terpapar di skrin laptop kesayangan hanyalah..
error 797..there was connection error..it might be due to the modem that can't function or busy..
isk...isk..isk...masuk hari ni dah seminggu lebih laptop ni buat hal..tak boleh nak diaplikasikan sepenuhnya..tak tahu la apa masalahnya..agak-agak sebab dah jadi 'penternak' virus tak rasmi kot..
Hari ni dah jadi 'HARI BERSABAR SEDUNIA'..dengan sistem PRIMA yang bermasalah, tak boleh nak di'access' tambah pulak dengan laptop yang tak boleh nak 'connect internet'...huhu..
nampak gayanya laptop kesayangan ni kena hantar masuk wad gak la..kena bawa pergi format semula di kedai komputer..
erm, bulan-bulan Ramadhan ni bukan sahaja rohani yang harus diservis semula..laptop pun nak kena servis juga rupanya... :)

0 comments:

Tazkirah

Penyimpan Mohor2 Besaq Mengisytiharkan...

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

10 Ramadhan 1429H
Salam alaik..
dah masuk hari ke-10 berpuasa..check email, ada dapat 1 email yang agak menarik untuk dikongsi bersama..mana yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk kita jadikan sempadan..
betul tak??
di bawah ni antara kandungan email yang telah di edit...jom baca...






Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...

untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....

Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!..... Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..

Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....

Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

0 comments:

Tazkirah

KE MANA PAHALA..

4:36 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

6 Ramadhan 1429H

Ke mana pahala
Kruk...kruk...
Perutku menjerit lagi...
Aku tahu...
Ia minta diisi...
Tapi tidak...
Ia tidak boleh diisi...
Selagi sang suria belum terbenam...
Dangdut...Rock...
Telingaku mendengar lagi...
Tapi...jangan...
Aku tak bisa mendengar...
Lagha...lagha...
Imanku berkata...
Iman adalah mutiara...
Dendangan nasyid bergema...
Muzik-muzik...Citrawarna...
Halwa pada telinga...
Madu pada mata...
Lupakan saja!!!!
Maksiat!!! Maksiat!!!
Mataku terpandang lagi..
Terpandang aurat yang tidak tertutup...
Terpandang mata yang bukan mahramku...
Mulut pula ingin berkata
Berkata yang sia-sia dan dusta...
Puasaku...puasaku...
Puasaku dahagakan ganjarannya...
Pahalanya ke mana...?
Pahalanya ke mana..??

2 comments:

Tazkirah

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH

7:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Malam ke-5:

Allah mengurniakan baginya pahala keampunan seumpama pahala orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah & Masjidil Aqsa.

0 comments:

di sebalik kisah

Ketam masak lemak cili padi..

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 4 Comments

4 Ramadhan 1429H

Salam alaik..

ari ni kerja luar di Kuala Krau lagi..dah siap buat keje tu, ternampak ketam kat pasar mini..eiii..besaq besaq nya..ni sedap kalo wat masak lemak untuk juadah b'buka..hehehe... Bulan2 pose ni, macam2 selera...tapi ketam masak lemak memang 'one of my favourite menu' di bulan Ramadhan (dari dolu2 lg)..ketam masak lemak cili padi..uish...sodaaapppnye..

dalam sebulan tu tak sah kalo xde menu ni, paling kurang pun sekali..paling lebih b'kali2...heheh..

petang kat opis tetiba ada yang buka cerita pasal menu kegemaran ni..macam kelakar je.. kenapa hari ni semua orang mengidam nak makan ketam ni??hehhe..tadi pun kak A dah beli ketam untuk juadah berbuka..tup2 ada lagi 'opismate' yang mengidam nak makan ketam.. (",)

apa-apa pun, petang ni nak singgah bazar ramadhan, beli ayam percik & air soya...



tip..tap...tip..tap...tip..tap...

alamak, nampak gayanya terpaksa batalkan ayam percik petang ni..dah hujan, tak sempat nak pergi ke bazar.. :(

SELAMAT BERBUKA PUASA...

4 comments:

Tazkirah

KELEBIHAN RAMADHAN...

11:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

3 Ramadhan 1429H

Sabda Nabi S.A.W.: Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya...

  1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.
  2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama berpuasa adalah syurga balasannya.
  3. Diampunkan dosa-dosanya di malam Lailatul Qadar.
  4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.
  5. Dan dikurniakan 2 nikmat kepada mereka iaitu keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhannya di akhirat.

0 comments:

Tazkirah

Hakikat berpuasa...

10:46 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

2 Ramadhan 1429H
Hakikat berpuasa ialah menahan diri atau mengekang nafsu iaitu nafsu makan, berbelanja dan lain-lain lagi. Untuk mendapatkan keberkatan dalam puasa wajib bagi kita menjaga anggota-anggota seperti berikut:
  • PUASA TELINGA - tidak mendengar perkara maksiat dan sia-sia.
  • PUASA MATA - tidak melihat perkara haram, dosa dan maksiat.
  • PUASA LIDAH - tidak bercakap perkara sia-sia yang membawa kepada dosa.
  • PUASA TANGAN - tidak melakukan perkara haram.
  • PUASA KAKI - tidak melangkah ke tempat-tempat yang melalaikan.
  • PUASA HATI - membuang rasa cinta pada keseronokan dunia.
  • PUASA AKAL - menjauhkan fikiran dari perkara-perkara maksiat kecuali mengingati Allah.

0 comments:

Tazkirah

Puasa Ibadah Istimewa.

5:40 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

1 Ramadhan 1429H

Jenis-jenis puasa:
1) Puasa Wajib: ialah puasa yang mesti ditunaikan oleh seseorang hamba yang muslim. Puasa ini jika dilakukan mendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa.
Antara puasa-puasa wajib yang mesti ditunaikan ialah termasuklah:
- Puasa Ramadhan, Puasa Kifarat, Puasa Nazar & Puasa Qada.
Puasa Ramadhan wajib dilakukan oleh setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.
Puasa kifarat ialah puasa yang dilakukan kerana bersetubuh pada waktu siang dalam bulan Ramadhan setelah tidak mampu untuk membebaskan seorang hamba.
Puasa nazar ialah puasa yang dilakukan kerana menunaikan janji kepada Allah S.W.T. setelah segala hajat atau apa yang dinazarkan tercapai.
Puasa qada ialah mengerjakan puasa bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan kerana sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak.
2) Puasa sunat: dilakukan untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam ibadah lain.
Di antara hari-hari yang disunatkan berpuasa ialah:
- 6 hari dalam bulan Syawal bermula 2 Syawal hingga akhirnya.
- setiap hari Isnin dan Khamis.
- pada 13,14 dan 15hb pada setiap bulan hijrah.
- pada 10 Muharam.
- pada 9 Zulhijjah.
- dalam bulan Rejab & Syaaban.
Pengertian puasa:
Puasa berasal daripada perkataan Arab yang mana dari segi bahasanya bermaksud menahan. Manakala dari segi istilah hukum feqah pula, puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga matahari jatuh disertai dengan niat pada malamnya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183-184:

Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa. Puasa hanya di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, maka hendaklah ia qadakan puasanya pada hari-hari yang lain...

Syarat-syarat wajib puasa ialah:
1) Beragama Islam
2) Baligh, cukup umur
3) Mumaiyiz, berakal
4) Mampu untuk berpuasa

Rukun-rukun puasa:
1) Niat puasa; lafaz niat puasa ialah:

2) Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga matahari jatuh.

Perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa:
- menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya.
- melewatkan waktu bersahur.
- membaca doa ketika hendak berbuka puasa.

- memulakan berbuka dengan makanan yang manis.
- membanyakkan membaca al-Quran.
- mengadakan jamuan berbuka puasa.
- membanyakkan bersedekah kepada orang miskin.
- melakukan solat sunat terawih.

Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa ialah:
- merasai makanan dengan hujung lidah.
- menggosok gigi selepas matahari tergelincir.
- berbekam.
- berkumur-kumur secara berlebihan.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:
- memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
- muntah dengan sengaja.
- bersetubuh.
- mengeluarkan mani dengan sengaja.
- datang haid & nifas.
- gila walaupun sekejap.
- mabuk atau pengsan sepanjang hari, mulai terbit fajar sehingga matahari jatuh.
- bersalin.
- berbuka puasa sebelum yakin masuk waktu.
- murtad.

Adab-adab berpuasa:
- Tidak membuang air liur dengan cara berludah.
-Tidak menghabiskan waktu dengan melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah.
- Tidak melihat perkara-perkara yang haram.
- Tidak mendengar sesuatu yang haram.
- Tidak bercakap perkara keji seperti mengumpat dan lain-lain.
- Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.
- Tidak pergi ke tempat-tempat maksiat.
- Tidak boros berbelanja untuk berbuka.
- Tidak makan & minum secara berlebihan ketika berbuka dan bersahur.
- Tidak membanyakkan tidur pada siang hari.

0 comments: