Latest Posts

Revolusi manipulasi instagram


Alhamdulillah, setelah berhari-hari berpenatan dengan team2 JV, In Sya Allah produk ini bakal menemui anda bermula Jumaat ini.
Revolusi Manipulasi Instagram

Satu pembaharuan modul 2016 yang lebih terkini berbanding yang penah saya keluarkan seperti sebelum ini.

Antara yang membezakannya adalah dalam modul terbaru ini, saya dedahkan tambahan:

- sehingga 9 teknik naikkan followers secara targeted
- bagaimana nak kuasai permainan gambar dan post yang menarik
- robot IG
- Insta Ads
- kuasa database
- 4 strategi buat duit BERGANDA dalam Instagram


Keseluruhan ada 17 Modul
17 modul ini bersamaan sepatutnya kelas yang saya anjurkan dari pagi sampai malam, tetapi, saya padatkan supaya sampai petang sahaja.
Itu pun dah ramai yang mula lesu dan ada yang tahan kencing.

Jadi, saya cuba pack dan padatkan lagi menjadi satu siri panduan yang complete disini.

In Sya Allah Jumaat ini bakal menembuasi news feed kalian kalian.

Tetapi, untuk hari ini dan esok, saya nk buka tawaran KHAS jika ada yang berminat untuk lalukan pra tempahan (pre order) pada harga SPECIAL.
cuma serendah RM70 sahaja!


Bila dibuka secara rasmi nanti harga pasti berlainan dan sedikit tinggi )

Jadi, jika ada yang berminat untuk pre order dan tahu lebih lanjut boleh layari : 

www.teknikjualaninsta.com 

TAWARAN PRE ORDER INI sah sehingga ESOK sahaja :)

Kelas Pemasaran Instagram (Batch 1)



Alhamdulillah semalam selesai kelas pemasaran Instagram pertama tahun ni, dengan modul yang lebih baru. Sebab tu saya namakan revolusi Manipulasi Instagram. 

In Sya Allah modul ini akan di pakejkan dalam bentuk DVD yang akan mula dibuka jualan Jumaat ini. 

Tetapi KHAS untuk pengunjung blog ni, saya nak berikan special offer, untuk dapatkan pada harga pra perlancaran. 

Tetapi terhad untuk 3 hari (sehingga Rabu ini sahaja) 

Selepas itu ditutup dan dibuka jualan secara rasmi pada Jumaat pada harga sebenar yang lebih tinggi dari harga pra perlancaran.

Jadi, bagi yang berminat dan nak tahu lebih detail, boleh layari www.teknikjualaninsta.com

 😍😍😍

Perkongsian program "Bisnes Cara Kami"


Bismillah.

Sepanjang saya hadiri program "Bisnes Cara Kami" oleh Kak Fel, ada banyak slot yang sayu & membuat ramai peserta mengalirkan airmata. 

Salah satu slot yang paling saya ingati dan menyebabkan sayu rasa di sanubari, adalah ketika Kak Fel meminta semua peserta untuk senaraikan TIGA KESILAPAN TERBESAR yang pernah kita lakukan dalam hidup dan TIGA PERKARA YANG KITA MAHU UBAH.

Kak Fel meminta kami bacakan senarai tersebut (beberapa peserta volunteer untuk bacakan kepada seluruh dewan). Dan ada satu persamaan antara semua peserta pada setiap senarai "kesilapan terbesar" tersebut iaitu TAK JAGA SOLAT/ TAK SOLAT AWAL WAKTU. 

Sedih kan? Kesilapan terbesar kita dalam hidup ini ialah silap kita dengan Tuhan, sedangkan setiap hari kita minta Dia beri kita itu dan ini. Tapi temujanji kita dengan Dia, kita pandang enteng, ambil mudah. Ya Allah ampunilah kelemahan kami ini.

Saat para peserta membaca senarai tersebut dan bab solat itu yang dituturkan, mata masing-masing berkaca, tak mampu menahan sebak, termasuk kak Fel sendiri. Tak apa kalau kita sudah sedar bahawa melalaikan solat itu adalah satu kesilapan besar dalam hidup kita asalkan selepas ini kita berazam untuk berubah. Dan semoga kita juga sedar bahawa hidup kita sebelum ini "ada sahaja yang tak kena" gara-gara kealpaan kita dalam menjaga solat.

Allah sentiasa ada dengan kita, sentiasa menemani kita tak kira apa yang berlaku pada kita. Allah tak pernah menjauh saat kita perlukan Dia, malah Dia sentiasa menanti rayuan kita kepadaNya. Tapi kita, terkadang tergoda dengan nikmat dunia yang Dia beri, terleka menyangka bahawa nikmat itu datang atas usaha kita semata. 

Jom kita sama-sama tanamkan azam dalam diri untuk solat awal waktu. Sama-sama kita berperang melawan kemalasan yang sekian lama terkubur dalam diri. Ya, memang bukan senang. Kerana itu ganjarannya besar. 

Moga selamanya Allah menjadi yang terpenting dalam hati kita. ❤️ 

#elsajidashare

Teknik jemput rezeki secara online


TIPS BISNES HARI INI

Teknik Jemput Rezeki Secara Online (Perkongsian Kak Felinna)

1. Share status FB yang baik-baik yang kawan kita tulis (walaupun kita tahu penulis status tu tak berapa baik/poyo/perangai tak seperti yang ditulis).

2. Sekali sekala share tentang produk kawan. Promote dia.

3. Support bisnes orang lain; Like status, komen, share. Kalau ada orang minta kita like, kita like. :)

4. Beli dari kawan kita yang masih buat bisnes kecil-kecilan.

5. Doakan bisnes orang lain.

Simple dan menarik kan tips ni? Konsep nya satu je; "Kalau kita nak rezeki kita luas, kita tolong luaskan rezeki orang lain dahulu."

Rancang waktu 'sale' anda


TIPS BISNES HARI INI

Jangan terlalu kerap buat sale atau sale berkala yang mana customer boleh agak bila anda buat. Contohnya; sale sebulan sekali. 

Bila customer boleh agak & dah tahu trend sale anda, semestinya mereka akan tunggu waktu sale baru mereka beli. Sebagai seller, kita tak nak jualan kita banyak pada waktu sale semata-mata. 

Kalau nak buat sale, flash sale (mengejut & sekejap) antara cara terbaik selain sale raya & hujung tahun. 

Sebenarnya antara tujuan sale dibuat (selain untuk dapat fast cash) ialah untuk tarik customer baru. Ada customer yang nak cuba-cuba beli dari kita, jadi mereka tunggu harga jatuh untuk cuba beli. Dan waktu ini lah yang menjadi penentu samada selepas ini mereka akan repeat order dari kita atau tidak. Sebab itu, kalau anda buat sale, pastikan anda buat sale untuk produk-produk anda yang memang the bomb & bestsellers. Jangan lupa juga untuk beri the best service untuk customers.

Kami di elsajida.com ada membuat analisis perkara ini, dan terbukti waktu sale adalah waktu kami paling banyak terima customer baru. Sebelum buat sale, pastikan anda ada stok secukupnya & tenaga kerja yang cukup untuk layan order. 

Jom rancang waktu sale kita! 😄

#elsajidashare

Kelas Pemasaran Instagram



Salam semua, sedikit update, ada beberapa orang yang mesej saya tanya berkenaan ada ke buat kelas berkaitan IG. 

Saya memang jarang buat kecuali atas beberapa jemputan. 

Tetapi In Sya Allah untuk permulaan 2016 ini, saya cuba anjurkan satu kelas, cuma.. agak terhad.

So, saya update sedikit di sini

PENDAFTARAN BAKAL DITUTUP !

Tinggal lagi beberapa tempat kekosongan.

Apa yang akan dicover sepanjang 1 hari ni?

- fundamental dan asas Bisnes di Instagram
- cara setup profile berpengaruh
- teknik teknik naikkan follower termasuk TARGETED FOLLOWER
- teknik tingkatkan engagement dalam Instagram
- strategi #tags
- copywriting in Insta
- Basic Insta Ads
- Database marketing
- Robot IG (cara buatkan akaun anda diurus secara automatik termasuk schedule post)
- BONUS : Cara buat duit di IG tanpa jual produk

* termasuk beberapa suprise lain (^____________^) tunggu

Yuran tak masuk akal..

Biasanya untuk satu kelas saya caj RM150.

Tapi untuk 30 orang sahaja special kelas ni cuma RM75 sahaja.

p/s : jangan risau datang kelas murah ni, tak ada sebarang upsell advacne kelas, private coaching.. modul yang disampaikan adalah modul penuh. 

Ada yang nk "lock date"

Okay, jika berminat, boleh lihat detail disini :

https://docs.google.com/forms/d/148GsyzWt99fmEpVQpPk2Mg0YzyBtMv1-ZdDJ2vFvjk0/viewform?usp=send_form

*jika anda masuk ke link di atas dan dapati dah tak boleh buka bermaksud, PENDAFTARAN TELAH PUN DITUTUP.


Ingat 1 perkara ini jika masih belum mula bisnes


TIPS BISNES HARI INI

Kalau belum mula bisnes dan buntu nak buat bisnes apa, ingat satu perkara: 

Pilih untuk jual produk yang sudah sedia ada demand (permintaan) tinggi di pasaran.

Jangan sesekali fikir untuk cipta satu produk baru yang belum (atau kecil) permintaannya. 

Terus sahaja pilih produk/servis yang memang ada permintaan. Yang memang membantu menyelesaikan masalah ramai pihak. (Contoh; tudung/baju yg ironless) 

Orang bisnes perlu sentiasa letakkan diri di tempat pengguna/customers. Perlu fikir, kalau anda jadi customer, produk macam mana yang anda betul-betul perlu & servis layanan yang macam mana yang anda mahukan. 

#elsajidashare

12 Formula untuk tingkatkan organik reach di facebook


Siapa yang bijak menggunakan fungsi viral facebook secara ‘NATURAL’ tanpa menipu like, tanpa paksaan rakan-rakan anda, pasti buatkan anda terpaksa terima hasil sebaran yang kempen yang ‘DASYAT’ menghampiri 95% reach sekiranya anda tahu formulanya.

Di bawah saya ringkaskan 12 Formula yang saya pernah gunakan untuk tingkatkan reach hingga ke 95% secara organik dan tentunya anda tidak perlu keluar duit walau satu sen pun.

1- Pilihan gambar A atau gambar B.
Ini merupakan rahsia terunggul yang saya masih simpan hinggalah ke hari ini.
Pernah saya kongsikan kepada owner-owner produk fizikal strategi viral ini, macam biasalah siapa yang gunakan strategi ini pasti akan dapat reach organik yang melampaui normal.

Baru-baru ini saya ada menonton Filem The Social Network yang pasti anda tahu menceritakan kisah pengasas Facebook, saya ada perasan first Viral Photo yang di post Mark Zukerberg iaitu:

Dua gambar gadis.
Gadis A atau gadis B

Soalan yang ditulis Mark Zukerberg pada status gambar itu,
Which girl is hot ?

Keesokan harinya, post facebook itu telah menjadi viral, terlalu banyak orang komen.
Akibatnya lebih ramai orang mendaftar akaun facebook.

Ya anda juga boleh tiru MZ. Saya dah buat, Tuan Muhammad Fadhli dah buat, dan ada juga telah mencuba.

Nak tahu cubalah. Tak kena duit pun.

2- Isi tempat kosong.
Saya masih ingat zaman sekolah rendah, saya dan rakan-rakan kelas memang suka soalan isi tempat kosong terutamanya isi satu perkataan sahaja. Saya pernah lihat Tuan Raja Kamil juga pernah gunakan strategi ini, saya juga selalu gunakan strategi ini.

Contohnya:

Saya sanggup ______________ untuk hilangkan resdung.

Siapkan dengan gambar yang menarik.

Anda pasti terkejut ramai akan komen, dan tiba-tiba wall atau fanpage anda akan
jadi lebih aktif dan meriah.

Walaupun post ini diulang-ulang sebulan sekali, namun formula ini masih berikan ‘kick’ untuk viralkan fanpage anda.

3- Teka-teki.
Saya memang sukakan sesuatu yang mencabar, jangan terkejut.
Fan saya juga merupakan golongan yang pantang dicabar.

Untuk viralkan sesuatu kempen saya pernah gunakan strategi teka-teki.

Sebagai contoh:

“Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang sentiasa terbuka, tapi tak boleh tutup”

Siapa yang boleh jawab sila komen di bawah saya ada jawapan, kemudian PM
admin berikan jawapan.

Surprise ! jika betul jawapannya Admin berikan diskaun 10%.

Hasilnya ? Phew memang menggoncang jiwa.

4- Cadangan hadiah atau FREE gift.
Memang tidak pernah mengecewakan saya. Formula minta fan anda komen cadangan
FREE gift atau hadiah yang bakal mereka terima jika beli produk anda.

Memang selalu akan CASH in RM7 ribu ke RM10 ribu dalam masa 2-3 hari sahaja.

5- Cadangan nama.
Sekiranya anda ada anak kucing atau apa-apa sahaja pet, anda boleh minta fan anda cadangkan nama yang sesuai dengan gambar pet anda tu.

Cubalah pasti, enggagement meningkat.

6- Cadangan harga.
Saya pernah meminta fan saya memberikan pendapat produk apa yang mereka suka syarikat kami hasilkan, dan saya tanya sekali cadangan harganya, memang pelbagai komen dan cadangan diberikan. Memang viral.

Dapat juga dua dalam satu, Viral pun dapat, Info pun dapat, paling best, saya dah tahu kalau nak keluarkan produk tersebut, harga apa yang pastinya dibeli fan-fan saya.

7- Teka perkataan.
Saya sukakan fan saya aktif, saya selalu post di wall gambar yang mengandungi
abjad-abjad dan bahagian paling best ialah, mereka perlu jadikan perkataan sebanyak mungkin.

Anda hanya perlu tanya,

"Apakah perkataan yang boleh anda hasilkan daripada gambar ini"

Pasti tidak pernah mengecewakan reach anda. Apabila reach anda meningkat, segala post promosi anda di fanpage pasti juga dilihat oleh mereka.

Walla, jualan juga meningkat.

8- 3 perkataan pertama yang anda nampak.
Saya pernah kongsikan gambar perkataan-perkataan yang banyak, dan minta salah seorang rakan. Beliau mahukan fanpage kembali aktif, walaupun hanya mempunyai 50 Like, dan TAT hanya 3 orang, setelah beliau letakkan post ini, segalanya berubah,

Dia menerima 8 komen dan 7 like pada post viral ini.
Anda pasti terfikir
”Memang kah post begini senang dapat komen. Bukannya boleh dapat sale pun ”

Ini merupakan strategi viral. Di bawah strategi viral ini anda postkan satu posting khas untuk promosi. Pastinya reach post promosi meningkat secara mendadak.

Bak kata Nike, Just Do It. Buat dulu baru tahu.

9- Berikan 2 sebab kenapa.
Saya selalu gunakan post ini untuk tarik komen yang banyak. sebagai contoh anda boleh gunakan:

”Berikan 2 Sebab Kenapa Jadi Begini. Gadis Bertudung DiPeluk Penyanyi KPOP ”

Ini merupakan contoh sahaja, saya ingin berikan gambaran mengapa post begini pasti menjadi Viral. Anda boleh gunakan kreativiti untuk aktifkan fan-fan anda yang sudah lama tidur.

Cubalah.

10- Susunan yang betul.
Post ini merupakan soalan yang melibatkan gambar. Saya pernah postkan gambar susunan puzzle dan minta fan susunkan mengikut susunan yang betul.

Ringkaskan susunan supaya mereka boleh komen mengikut abjad seperti

Susunan ABC ke ACB ke BAC ke BCA ke CAB ke CBA, mereka akan komen dengan pilihan masing-masing.

11- Berapakah jumlah.
Selalunya ia merupakan gambar, berapa jumlah binatang ke, berapa jumlah segitiga, berapa jumlah segi empat dan sebagainya.

Mereka akan berikan jawapan mereka.
Pasti Viral. Minta mereka share untuk ajak kawan-kawan turut serta komen.

12- Baca nombor yang mempunyai maksud (seperti kod)
Gabungan nombor dan digit ini mampu sebenarnya menghasilkan perkataan yang boleh dibaca oleh minda anda.

Sebagai contoh:

54Y4 530R4N6 54H4J4 Y6 80L3H 84C4 1N1
K0M3N D184W4H
54Y4 530R4N6 Y6 H384T

Gunakan kreativi anda pasti membuahkan hasil.

Ini tips mahal
Selamat mencuba!
😊

Kalau anda rasa tips ini berguna,
Bantulah kawan2 lain dengan sampaikan mesej ini juga kepada mereka

Buat yang baru nak mula niaga melalui instagram, channel ini sangat sesuai

Bawalah hati & jasad memasuki rumah-Nya


Bismillah. 

Pernah tak bila masuk ke masjid, lagi-lagi sewaktu imam sedang membaca AlQuran, hati terus terasa sayu? Sekelip mata, saat kaki melangkah masuk ke masjid, rasa seolah-olah hilang semua masalah. Atau sekurang-kurangnya akan terasa betapa kecilnya masalah yang kita sedang hadapi.

Ketenangan dalam hati yang Dia beri ketika berada dalam masjid sungguh tak tergambar dan tiada di mana-mana tempat selain rumahNya. Sungguh, hatta laungan ALLAHUAKBAR dari imam juga bisa menggetarkan hati. 

Mungkin hati kita gembira, saat kita bawa ia dekat kepada Pencipta. Mungkin setelah sekian lama hati kita rindu akan suasana di masjid, yang penuh dengan momen istimewa antara seorang hamba dengan Tuhannya. 

Kerana itu, 

andai terasa beratnya ujian yang Dia beri, andai masalah duniawi memberi tekanan kepada diri, 

pergilah ke rumahNya untuk bercerita segala kisah kepada Dia. Bawalah hati & jasad memasuki masjidNya. InshaAllah di sana kita akan temui satu ketenangan. 

Percayalah, hati kita terlalu rindu kepada Sang Pencipta. 


#elsajidashare