Nota Bisnes
Rancang waktu 'sale' anda
TIPS BISNES HARI INI
Jangan terlalu kerap buat sale atau sale berkala yang mana customer boleh agak bila anda buat. Contohnya; sale sebulan sekali.
Bila customer boleh agak & dah tahu trend sale anda, semestinya mereka akan tunggu waktu sale baru mereka beli. Sebagai seller, kita tak nak jualan kita banyak pada waktu sale semata-mata.
Kalau nak buat sale, flash sale (mengejut & sekejap) antara cara terbaik selain sale raya & hujung tahun.
Sebenarnya antara tujuan sale dibuat (selain untuk dapat fast cash) ialah untuk tarik customer baru. Ada customer yang nak cuba-cuba beli dari kita, jadi mereka tunggu harga jatuh untuk cuba beli. Dan waktu ini lah yang menjadi penentu samada selepas ini mereka akan repeat order dari kita atau tidak. Sebab itu, kalau anda buat sale, pastikan anda buat sale untuk produk-produk anda yang memang the bomb & bestsellers. Jangan lupa juga untuk beri the best service untuk customers.
Kami di elsajida.com ada membuat analisis perkara ini, dan terbukti waktu sale adalah waktu kami paling banyak terima customer baru. Sebelum buat sale, pastikan anda ada stok secukupnya & tenaga kerja yang cukup untuk layan order.
Jom rancang waktu sale kita! 😄
#elsajidashare
0 comments:
Post a Comment