Mendampingi Tuhan

Perkongsian program "Bisnes Cara Kami"

2:01 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah.

Sepanjang saya hadiri program "Bisnes Cara Kami" oleh Kak Fel, ada banyak slot yang sayu & membuat ramai peserta mengalirkan airmata. 

Salah satu slot yang paling saya ingati dan menyebabkan sayu rasa di sanubari, adalah ketika Kak Fel meminta semua peserta untuk senaraikan TIGA KESILAPAN TERBESAR yang pernah kita lakukan dalam hidup dan TIGA PERKARA YANG KITA MAHU UBAH.

Kak Fel meminta kami bacakan senarai tersebut (beberapa peserta volunteer untuk bacakan kepada seluruh dewan). Dan ada satu persamaan antara semua peserta pada setiap senarai "kesilapan terbesar" tersebut iaitu TAK JAGA SOLAT/ TAK SOLAT AWAL WAKTU. 

Sedih kan? Kesilapan terbesar kita dalam hidup ini ialah silap kita dengan Tuhan, sedangkan setiap hari kita minta Dia beri kita itu dan ini. Tapi temujanji kita dengan Dia, kita pandang enteng, ambil mudah. Ya Allah ampunilah kelemahan kami ini.

Saat para peserta membaca senarai tersebut dan bab solat itu yang dituturkan, mata masing-masing berkaca, tak mampu menahan sebak, termasuk kak Fel sendiri. Tak apa kalau kita sudah sedar bahawa melalaikan solat itu adalah satu kesilapan besar dalam hidup kita asalkan selepas ini kita berazam untuk berubah. Dan semoga kita juga sedar bahawa hidup kita sebelum ini "ada sahaja yang tak kena" gara-gara kealpaan kita dalam menjaga solat.

Allah sentiasa ada dengan kita, sentiasa menemani kita tak kira apa yang berlaku pada kita. Allah tak pernah menjauh saat kita perlukan Dia, malah Dia sentiasa menanti rayuan kita kepadaNya. Tapi kita, terkadang tergoda dengan nikmat dunia yang Dia beri, terleka menyangka bahawa nikmat itu datang atas usaha kita semata. 

Jom kita sama-sama tanamkan azam dalam diri untuk solat awal waktu. Sama-sama kita berperang melawan kemalasan yang sekian lama terkubur dalam diri. Ya, memang bukan senang. Kerana itu ganjarannya besar. 

Moga selamanya Allah menjadi yang terpenting dalam hati kita. ❤️ 

#elsajidashare

0 comments: